Assalamualaikum W.B.T
Dear Viewer,
Hari ini Ekin nak share sesuatu untuk kaum Adam yang tengah mencari peneman hidup. Chewahhh... Hehehe.. Terbaik.... Ekin nak share tips-tips untuk memikat hati wanita.. Auu.... Jangan nak tackle Ekin sudah..
Kadang kala lelaki menganggap terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan wanita itu terselit juga keegoannya yang tersendiri yang jarang ditonjolkan. Oleh itu, kaum Adam kenalah bersabar untuk mendapatkan hati kaum Hawa dan mencintainya seadanya.
- Kaum Hawa inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya daripada insan yang tersayang. Oleh itu, kaum Adam kenalah tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tiada ternilai kepada kaum Hawa. Bila mereka terasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi pasangan yang setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada seseorang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai.
- Gunakan sepenuhnya teknologi yang sedia ada. Seringlah menelefon ataupun menghantar email untuk menanyakan khabar atau paling minima mengucapkan HAI untuk menunjukkan bahawa dia sentiasa dihati kalian. Bagi kaum Hawa walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ianya merupakan sesuatu yang amat bermakna dan bahagia untuk menerimanya.
- Berkongsilah masalah dengan kaum Hawa, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka penting dalam diri kalian dan amat diperlukan.
- Janganlah kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan pada tarikh-tarikh penting. Contohnya hari lahir. Cubalah buat supprise sikit kat insan tersayang. Pastinya si dia merasa dihargai.
- Kaum Hawa amat terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan semua perkara dengan insan yang tersayang. Mereka akan meminta tolong daripada kalian walaupun mereka boleh menguruskannya dengan sendiri. Jangan menolak jika si dia memerlukan pertolongan seperti itu. Inilah masa kalian menunjukkan perasaan caring kalian kepada tersayang.
- Pujuklah dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka amat memerlukan kalian untuk berada disisi.
- Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak untuk mendapatkan.
- Berbincanglah selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang kalian hadapi.
- Jangan kalian menggunakan kuasa VITO kalian untuk membuat keputusan. Cuba fahami keinginan si dia dan kemahuannya. Sesetengah kaum Hawa tidak suka meluahkan dengan cara berterus-terang tentang apa yang mereka inginkan. Kadang-kala mereka suka berkias dan memberi contoh ceroita orang lain kepada kalian. Jadi kalian kenalah peka dan gunakan kepakaran kalian untuk memenangi hati si dia.
- Jangan lupa, mereka juga mempunyai sifat ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terasa terancam dan tercabar.. Pastinya sifat amarah, cemburu, dan cepat merajuk akan lahir dengan automatik. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam rasa.
- Mereka akan MELETUP suatu hari nanti, jadi janganlah kalian ikut sekali meletup macam si dia. Cuba bersifat toleransi dan cari penyebab dan bawa berbincang. Di tahap ini, kesabaran dan toleransi, komunikasi amat penting. Lakukan di saat mereka sudah sejuk. Mungkin kalian juga boleh berasa lega dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka sayang akan kalian..
Created By Mizz Vanilla
No comments:
Post a Comment