우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 3 February 2012

Daku Telah Falling In Love

Assalamualaikum W.B.T

Salam seindah malaikat pelangi cinta yang mewarnai hari-hari Eykine di kala kebosanan melanda. Hehehe..

Adakah ini tandanya Eykine telah falling in love selepas putus tunang? Totally its not lah.. hehehe.. Mana-mana jelah. Hari ini Eykine nak share pada viewer blog Eykine tentang tanda-tanda seseorang yang tengah jatuh cinta. Oppss.. Bukan jatuh tangga okey.. hehehe..

Antara tanda-tandanya adalah:

Tatkala kita berjumpa dia secara tidak sengaja pasti keadaan kita akan menjadi serba tidak kena. Buat itu tak kena, buat ini pun tak kena. Hakikatnya sebelum ini apa yang kamu lakukan adalah baik-baik belaka. Kata orang kalau hati dah suka pastinya degupan jantung jadi tidak menentu dan ianya seakan-akan bergelora. Bahkan ketika mata bertentang mata pastinya semakin sukar untuk memulakan perbualan. 


Sekiranya anda sering tertanya-tanya dalam hati dimana si dia tentu akan terdetik di hati anda untuk mengetahui apa yang terjadi pada si dia. Lebih-lebih lagi apabila sehari suntuk tidak melihat kelibat si dia. Pasti terdetik hati anda menyatakan adakah si dia sakit? Atau adakah si dia keluar dengan insan yang lain. Tahukah anda keadaan ini menandakan bahawa anda sebenarnya secara tidak sedar anda pun bertanyakan hal ini kepada teman-teman rapatnya. Itu tandanya anda mula suka pada si dia. hehehe..

Sekarang ini punyalah banyak lagu cintan cintun. Yang anda sedang dalam mood in love maka tatkala lagu-lagu cinta di mainkan di radio, mp3, ipod sure kamu akan teringat akan dirinya.

Kata orang jika seseorang itu jatuh cinta pasti akan terdapat perubahan penampilan diri dalam dirinya tanpa anda sedari. Sama ada anda sedar atau tidak anda sebenarnya sedang cuba menarik perhatian si dia agar anda berpeluang untuk bersamanya.

Semenjak itu anda akan menjadi seorang yang lebih peka.

Thursday 2 February 2012

Alasan Anda Mencintai Dia

Assalamualaikum W.B.T

Orang kata cinta pandang pertama memang sukar untuk dilupakan. Lagi-lagi bila kita tak memandang wajah si dia yang cantik atau kacak. Adoi.. Harus ke macam tu? Sampaikan makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Itulah salah satu ayat penangan dalam percintaan. hehehe..

Ada juga sebilangan dari kita yang bercinta adakalanya dia akan menyanjungi sikap kekasih hatinya itu. Cuba buat yang terbaik dalam perhubungan yang tersedia terjalin itu. Wujudkan keserasian antara satu sama lain, saling menjaga perasaan pasangan masing-masing. Urm.. Betul ke ada garis panduan sebegitu dalam percintaan?  Sampaikan apa yang dilakukan oleh pasangan adalah benar belaka. Tapi harap-harap sikap itu kekallah sampai ke alam perkahwinan. Amin...


Tahukah anda bahawa anda sememangnya dalam kelemasan dalam mencintai si dia. Tentu sekali anda tidak mengakuinya. Mari kita semak alasan mengapa kita atau anda mencintai pasangan anda secara semulajadi. Sesungguhnya cinta itu tidak boleh dipaksa, ingat tau.. :)

Anda mencintai si dia bukan kerana siapa dirinya. Akan tetapi siapa dirimu apabila kamu berada disampingnya.

Pada waktu tersebut tiada yang mencintai dirimu melainkan dirinya yang bertapak di sanubarimu. Bak kata orang lebih baik kita bersama pada orang yang tahu menghargai perasaan kita dari orang yang tidak tahu menilai langsung erti sesebuah percintaan yang ikhlas dan setia.


Si dia sudah semestinya akan selalu peka dengan keadaan dirimu dalam segala aspek kehidupan dan si dia juga tahu bagaimanakah caranya untuk memujuk kamu dikala rajuk mula bertemu hati sudah pasti saat itu amat romantik sekali.

Saat yang paling mengharukan tatkala si dia sanggup berada di sisi kamu disaat kamu sakit, gagal, ceria ataupun berduka lara si dia akan sentiasa berada berhampiran dengan dirimu. Dan tidak akan sesekali untuk melupakanmu. 

Mungkin juga seseorang yang menghargai kamu tahu bagaimana mahu mengambil hati kamu. Malah sudah semestinya si dia juga berupaya untuk membuat hati kamu cukup bahagia apabila bersama dengannya.

Created by Miss Vanilla






Tips Bila Terpaksa Bersendiri

Assalamualaikum W.B.T

Post kali ini khas untuk kekasih, isteri mahupun lelaki yang telah ditinggalkan? Atau semulajadi "single" atau mengambil keputusan untuk kembali "single". Bosan atau kesepian tanpa pasangan di sisi.

Tips yang boleh anda lakukan untuk meredakan perasaan yang gundah gulana.. Al-maklumlah perasaan boleh mempengaruhi kerjaya.

Tips-tips yang dapat dikongsikan antaranya:

~Maha Pencipta~
Kembalilah kepada penciptaNya. Mohonlah petunjuk dariNya agar perkara yang lepas itu mematangkan diri kita agar lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat lagi. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan untuk kita adalah bersebab dan jadikanlah ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNya.

~Bercuti~
Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang amat merumitkan bagi kamu. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian seragam anda, perbelanjaan dan destinasi yang ingin ditujui.

~Perbaiki Diri
Jangan sesekali berubah untuk memenuhi tuntutan bekas kekasih. Tapi sewajarnya anda memperbaiki diri dari segi sudut kerjaya, kewangan yang kukuh dan juga binalah keyakinan diri yang mantap agar masa depan anda menjadi lebih baik dan stabil.
Namun awas, setelah anda mencapai semua yang diatas pastinya golongan lelaki mahupun wanita mengelilingi anda untuk mengambil kesempatan keatas anda.

~Jumpa Kawan~
Seperti kebanyakkan lelaki mahupun wanita apabila mereka bercinta pastinya mereka meninggalkan teman-teman rapat. Bukan lupa tetapi tidak cukup masa. Nah, sekaranglah peluang anda untuk bersama-sama rakan-rakan dal luangkan masa seperti sebelumnya. Pastinya mereka memberi layanan yang terbaik kerana telah lama tidak bersua muka.




Jangan Menangis Untukku

Assalamualaikum W.B.T


Sekali ku telah berjanji
Tak kan mudah ku telan kembali
Kerana aku telah memilih cinta
Hanyalah satu untuk dirimu

Namun apa yang telah kau berikan?
Memang lidah itu tidak bertulang
Dulu kita berjanji untuk tidak saling menyakiti

Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu
Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka

Selalu untuk mencuba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sedar cintamu terlahir bukanlah untukku.

Tinta hasil nurkilan.

Wednesday 1 February 2012

Masa Lalu

Assalamualaikum W.B.T


Tiada titisan air mata
Ku rasa kini sudah kering
Meratapi masa laluku
Yang tidak berpihak kepadaku

Kini engaku ada dimana
Tidak ku tahu khabarmu
Mungkinkah nanti akan kutemui
Dirimu yang aku cintai

Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dirimu menangis dipelukanku
Lalu berkata " Pertahankan cinta kita"

Dimana kini masa laluku
Adakah engkau membaca puisiku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Tips Agar Cinta Tidak Lesu

Assalamualaikum W.B.T

Kepada pasangan yang tengah hangat ber"couple", Eykine nasihatkan supaya segera bernikah dengan cara yang sah. Kerana perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan secara berlebihan adalah HARAM dan DILARANG dalam Islam.

Tidak semua perhubungan berakhir dengan keindahan, sekali pun itulah yang diharapkan oleh lelaki dan wanita.

Tanyalah pada mana-mana pasangan sekali pun, masing-masing mahukan yang terbaik dalam hidup. Bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga pula, tentu saja mengharapkan tiada perbalahan mahupun penceraian berlaku dalam alam berumah tangga.

Sekali pun penuh dengan pelbagai ujian namun adakalanya ramai yang tidak mampu bertahan. Ada masa-masa perhubungan menjadi suram, lesu dan penuh konflik.

Justeru Eykine berkongsikan tips untuk mengekalkan cinta agar tidak lesu. Antaranya adalah:

1. Bersikap Jujur
    Kenapa kejujuran diletakkan sebagai perkara asas dalam sebuah rumah tangga atau perhubungan? Tiada  siapa yang boleh membaca hati dan fikiran orang lain melainkan adanya ilmu kebatinan. Ini samalah apabila ditanya tentang adakah anda jujur kepada pasangan anda.

   Jawapan di bibir mungkin mengiakan tetapi di dalam hati, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ada kalanya dibibir tidak sama dengan apa yang diungkapkan oleh hati. Bibir mengungkap kejujuran semata-mata untuk menjaga hati orang lain agar tidak berasa sedih mendengar bait ungkapan.

   Seharusnya anda bersikap jujur dengan pasangan kerana dengan berterus-terang sahajalah, sebuah perhubungan itu dapat diselamatkan. Jadi berterus-teranglah kerana ia akan menyelamatkan keadaan sekali gus membuktikan bahawa anda masih sayangkan perhubungan ini.

2. Berkongsi Perasaan
   Konflik akan muncul sekiranya salah seorang memendam perasaan. Bagi mereka, lebih baik berdiam diri dari bercerita yang mana adakalanya boleh membuat hubungan menjadi kecoh.

  Kalau anda merasakan hubungan menjadi suram, berkongsilah perasaan dengan si dia yang anda sayangi. Sekurang-kurangnya apabila anda sudah meluahkan apa yang terbuku di dada, anda tentu lega. Mana tahu, dia juga berfikiran sama dan percayalah hubungan akan menjadi bertambah mesra dan erat.

3. Berubah sikap
   Setelah anda berterus -terang, berkongsi perasaan dengan pasangan aspek ketiga paling penting ialah mengubah sikap yang mungkin sudah menjadi tabiat anda sebelum ini. 

  Bagi yang belum pula, mungkin boleh membuat kejutan menghadiahkan si dia dengan sekuntum bunga atau coklat. Paling penting adalah mengubah sikap negatif ke positif. Jangan hanya tahu jujur sahaja namun tidak berubah sikap. 

  Lebih baik berubah segala-galanya kalau anda merasakan bahawa hubungan menjadi semakin suram. Jadi anda boleh menunjukkan bukti kepada pasangan, anda adalah orang yang paling layak mendampinginya.

4. Jangan terus menghukum
   Jangan terus menghukum pasangan anda jika anda sudah tahu kesalahannya. Kerana ianya akan meretakkan hubungan yang terjalin. Kalau anda menyedari perhubungan sudah mula merosot kualitinya di mana cinta tidak lagi membara-bara, rona-rona cinta juga semakin menyepi, lebih baik anda mengingati kembali rasa cinta yang pernah wujud.

   Yakinlah, kerana tiada sesiapa yang boleh menghindar daripada melakukan kesilapan kerana manusia bukan bersifat maksum. Mungkin tanpa kita sedari kita juga pernah melakukan kesalahan. Tidak dinafikan jika seseorang itu cuba menyorokkan kesalahan namun apabila melihat kesalahan orang lain itu lebih besar darinya. Demi menyelamatkan hubungan, maka berubahlah menjadi seorang yang bertimbang rasa.