우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 14 January 2012

Sebab Cinta Tidak Dihargai

Assalamualaikum W.B.T

Dear viewer,
  Hari ini Ekin nak share sesuatu iaitu penyebab cinta kita tidak dihargai. So, baca sehingga habis dan jangan salahkan sesiapa kalau cinta yang disemai tidak dihargai. Bahkan, terimalah ianya sebagai pengajaran dalam hidup.


Antara penyebab cinta tidak dihargai adalah:

Tidak Mengetahui Maksud Cinta Yang Sebenarnya
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan cinta. Selidik dahulu adakah anda benar-benar memahami konsep cinta yang sebenarnya ataupun anda perlu belajar dahulu tentang cinta yang sebanar dahulu. 

Tidak Tahu Menghargai Sebuah Cinta
Bukan semua orang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya ataupun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak akan membakar diri.

Hanya Sekadar Suka-Suka
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu-individu yang selalu bertukar pasangan. Jika suka, anda akan mendekatinya, kalau sudah jemu pastinya ditinggalkan. Mengapa ini terjadi? Tanya pada diri anda sendiri!

Terpengaruh
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan mudah menyerah cinta bukanlah dianggap sebagai sambil lewa. Hanya kerana terpengaruh, kalian menyerahkan cinta pada si dia tanpa berfikir, adakah kalian benar-benar mencintainya?

Teman Kesunyian
Sering kali seseorang individu yang kesunyian selepas putus cinta akan lekas mencari cinta yang baru. Sukar untuk hidup keseorangan, bosan dan sentiasa memerlukan teman membuatkan seseorang meraih cinta. Cinta seperti ini tidak mudah berkekalan kerana tidak mengenali si dia dengan lebih dekat dan terus mengikat janji. Akhirnya, kalian akan berasa menyesal dengan pilihan yang tergesa-gesa itu.

Saingan Orang Lain
Semata-mata untuk menyaingi orang lain terutamanya teman-teman karib, kalian sering kali mencari kekasih. Bila sudah ada kekasih bolehlah menunjuk-nunjuk saham kalian juga laku. 

Berpura-Pura
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri atau keluarga, atau pun ingin mempergunakan  si dia untuk kepentingan diri sendiri. Dasar HIPOKRIT sekiranya kalian memiliki perasaan sebegini.





Created by Miss Vanilla

No comments:

Post a Comment