우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 7 January 2012

Bukti Lelaki Itu Rumit

Assalamualaikum W.B.T


  • Jika wanita melayan seseorang lelaki dengan baik, pastinya dia akan menyangka bahawa wanita tersebut telah jatuh hati padanya.
  • Jika seseorang wanita berpakaian cantik, pastinya akan fikir bahawa wanita tersebut ingin mengodanya. Jika tidak, pasti dirinya mengatakan wanita tersebut kekampungan.
  • Jika seseorang wanita itu berdebat dengan lelaki, pastinya lelaki itu mengatakan bahawa wanita tersebut keras kepala. Jika wanita itu hanya diam, pastinya lelaki menganggap kamu rendah IQ..
  • Jika wanita lebih pintar daripada lelaki, pastinya air muka lelaki akan jatuh. Jika lelaki itu pintar pastinya dia memuji diri sendiri.
  • Jika wanita tidak mencintai lelaki yang tergila-gilakan wanita tersebut pastinya dirinya akan berusaha bermati-matian untuk mendapatkan wanita tersebut. Jika wanita tersebut mencintai seseorang lelaki, pastinya lelaki itu berusaha untuk meninggalkan wanita tersebut.
  • Jika wanita meluahkan masalahnya kepada lelaki, pastinya lelaki tersebut mengatakan wanita itu membebankan. Atau tidak pun, lelaki akan menuduh wanita tersebut tidak mempercayainya.
  • Jika seseorang wanita itu cerewet, pastinya lelaki melebel wanita seperti itu sebagai pengasuhnya. Jika lelaki cerewet tentang wanita, pastinya lelaki tersebut mengambil berat tentang wanita tersebut.
  • Jika wanita mungkir janji, pastinya lelaki tidak mempercayai wanita itu lagi. Jika lelaki mengingkari janji mereka, itu semua kerana terpaksa.
  • Jika wanita menyakiti lelaki, pastinya wanita dilabel sebagai kejam terhadap lelaki. Jika lelaki menyakiti wanita, itu kerana wanita mudah terasa dan susah di duga perasaan.

By Miss Vanilla

No comments:

Post a Comment