Assalamualaikum W.B.T
Kebahagiaan terletak pada insan yang menangis, insan yang terluka, insan yang mencari dan insan yang telah mencuba.. Hanya mereka dapat menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka..
Sesiapa yang pernah merasa kekecewaan dan terluka diatas kehilangan cinta yang terbina.. Sesiapa pun pasti telah merasa kesedihan dan akhirnya meratapi akan musnahnya cinta..
Dan selalunya air mata yang mengalir itu adalah teman karib kaum wanita.. Dan jarang sekali melihat kaum lelaki menunjukkkan kesedihannya dan kekecewaan sehinggakan setitik air mata yang mengalir melalui pipi itu bermaksud musnahlah hubungan percintaan yang terjalin..
Kadang kala menangis itu bukan saja kerana kesedihan cinta sesama manusia.. Mungkin kerana kehilangan seseorang yang meninggalkan dunia selamanya.. Mungkin juga yang mengalami komplikasi dengan masalah peribadi dan sebagainya..
Sedar.. Sedar di hujung mata.. Titisan air mata mengalir tak terungkap maksudnya.. Harus kemana lagi kaki ini melangkah? Kemana lagi hendak dibawa hati yang luka ini? Lelah menguasai diri.. Kehidupan ini bagaikan tiada makna.. SEKIRANYA DIRINYA BUKAN UNTUK KU... Biarpun jatuh terkubur debu bumi.. "Aku tunggu jawapan dariMu Ya Allah"
Dan apabila diri ini terluka, menangislah saja.. Jangan disimpan kekecewaan itu lama-lama, luahkan saja dengan air mata.. Luahkan tanpa segan silu..
Menangis itu bukan tandanya kita tewas.. Dan menangis juga bukan tandanya kita mengalah atau kalah.. Tetapi air mata itu dapat mencuci rohani, sakit hati, dendam dan rasa amarah dalam hati.. Pastinya hati berasa lega setelah meluahkannya sedikit demi sedikit..
Tangisan itu adalah luahan perasaan individu yang masih mempunyai harga diri.. Namun menangislah kerana Allah agar ianya bermanfaat di dunia dan diakhirat.. Dan menangislah dalam keinsafan.. Menangis bukan saja untuk kesedihan.. Menangis itu cuma seketika untuk melepaskan beban di dalam hati..
Kita sebagai hamba sering saja melakukan kesalahan.. Sering kali menangis kerana kesalahan yang telah dilakukan dan takut akan azab yang akan diterima.. Biar saja air mata itu menitis.. Kerana itulah anugerah Allah berikan kepada hambaNya..
Bahkan, diriku ini sering menangis kerana kesilapan yang telah aku lakukan.. Ianya satu anugerah yang tidak terkira bagi ku..
Inspired Miss Vanilla
06/01/12
No comments:
Post a Comment