우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 31 January 2012

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear viewer,
  Eykine hari ini nak cerita sedikit tentang apa yang Eykine lalui. Ada saatnya Eykine rasa nak menangis je. Eykine tak tahu dekat siapa Eykine luahkan apa yang Eykine rasa. Kawan? Kawan Eykine semua dah jauh dari Eykine. Family? Seorang pun tak nak dengar apa yang Eykine cakap. Hurm.. Sebab itulah Eykine luah melalui blog Eykine ini.
  Bagaimana rasa dikhianati ataupun ditipu oleh seseorang yang rapat dengan kita? Pastinya perasaan kita menjadi sakit. Kalau tidakpun kita berasa sedih. Eykine dah tak tahan dengan kehidupan Eykine sekarang. Seseorang yang rapat dengan Eykine telah mengkhianati Eykine. Syabas Eykine ucapkan. Bagus sangat apa yang awak buat dekat Eykine. Depan Eykine, dia acting macam tiada apa yang berlaku, kalau dibelakang Eykine pula.. Adalah benda yang tak baik dia buat.
  Sebab itulah Eykine rela bersendiri daripada ditemani. Eykine tak sanggup disakiti. Eykine dah puas dengan apa yang orang cakap dekat Eykine, bukannya benda yang baik nak dibualkan, nak memalukan orang lagilah ada. Hurm... Tak apa, Eykine tak bertindak namun Allah akan membalasnya.
  Eykine hanya mampu berdiam diri. Walaupun Eykine rindu dengan Mr. A, hati Eykine tetap diam. Sampai bila-bila, Eykine akan merindui dan mencintai Mr.A dari jauh walaupun Mr.A membenci Eykine. Eykine tahu yang Eykine bukannya Nabi yang sentiasa sempurna, Eykine tak terhindar dari dosa-dosa dunia. Biarkanlah Eykine hidup seperti ini, takdir cinta Eykine dengan Mr. A adalah seperti ini. Ada Mr.A dengan si dia yang baru, bukan Eykine yang mahu, semoga Allah memimpin Eykine kejalan yang diredhaiNya.

No comments:

Post a Comment