우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 24 May 2012

Pergi

Assalamualaikum W.B.T

Hurm... Eykine akan sambung belajar lagi. Tempat belajar jauh dari tempat tinggal Eykine. Perasaan sedih ada, perasaan gembira pun ada juga... Argh.... Eykine terpaksa meninggalkan Sibu, Sarawak. Dan terpaksa menetap kat Selangor. Hurm...

Sedih sangat-sangat. 

Tapi Eykine kena terus meneruskan pengajian. Kerana itulah yang pastinya Eykine lakukan. Tinggalkan rumah untuk terus menuntut ilmu. 

Tuesday 8 May 2012

Oat

Assalamualaikum W.B.T

Jom kenali oat:

"Rolled Oatmeal"
Turut dikenali sebagai "oatmeal". Oat jenis ini diproses untuk dimanfaatkan dalam bentuk bijirin atau bahan campuran dalam adunan kek dan biskut.











"Quick  Oats"
Ia berbentuk serpihan nipis. Tidak mengambil masa yang lama dan ia mudah dimasak.











"Scotch Oats"
Juga dikenali sebagai "steel-cut-oats". Oat jenis ini dicincang halus dan mempunyai rasa sedikit kenyal. Ia biasanya dimasak sebagai bubur atau dimakan dalam bentuk bijirin.












"Instant Oats"
Ia boleh juga dikategorikan sebagai oat segera dan dipraktikan untuk disediakan. Ia dipotong nipis dan mudah masak. Oat jenis ini tdak sekenyal oat lain dan biasanya ia telah dicampur dengan garam atau bahan perasa yang lain.











"Oat Groats"
Oat ini diproses secara sederhana dan masih kaya dengan nutrisi semula jadinya dan masih kenyal. Walaupun begitu, proses memasaknya mengambil masa yang agak lama. Ia tidak mempunyai sebarang rasa. Adalah baik menghidangkannya dengan sedikit campuran madu atau buah-buahan.

Tidak Mahu Makan Oat?

Assalamualaikum W.B.T

Tahukah anda, betapa banyak kebaikan oat untuk kesihatan seseorang? Ia kaya dengan serat yang membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Serat inilah yang membersihkan usus perut supaya kita terhindar daripada mendapat kanser kolon. Kali ini Eykine ingin bercerita tentang serat ini, bacalah sehingga penghujungnya ya!!


SERAT, BAIK UNTUK TUBUH
  Sekitar tahun 1880 an, Sylvester W. Graham pernah menyarankan pengambilan oat untuk kesihatan usus. Entah  mengapa, kesedaran tentang serat tidak cukup kuat pada waktu itu. Hampir seabad itu, barulah pakar sains  mula mengkaji tentang tugas serat dalam peranannya membantu kesihatan seseorang. Setelah banyak kajian dijalankan, lebih ramai orang mengetahui tentang kepentingan serat.


  Mengambil makanan tinggi serat membantu untuk ke tandas kerana ia menggalakkan proses penghadaman, mengurangkan masa transit makanan melalui saluran gastrousus serta mengawal tahap kolestrol dan kandungan gula dalam darah. Serat ada 2 jenis iaitu jenis larut dan jenis tidak larut.
  
  Dua jenis serat ini adalah contoh terbaik jenis mudah larut, contohnya bran oat dan oatmeal. Serat ini juga boleh didapati dalam buah-buahan dan kekacang. Lebih baik lagi, dalam kekacang juga terdapat vitamin B dan asid folik. Asid folik membantu menambah sel darah merah dan menyumbang karbohidrat kompleks yang penting untuk proses penghadaman.

  Tugas serat ini mengawal tahap kandungan gula dalam darah menyebabkan pengambilan serat mudah larut penting untuk pemakanan terutamanya untuk pesakit kencing manis. Apabila serat mudah larut dimakan, ia membentuk sejenis jel dalam perut yang melambatkan kadar perjalanan zat makanan meninggalkan perut untuk masuk ke dalam usus kecil. Apabila proses ini berlaku, penyerapan glukosa oleh tubuh juga dapat dikurangkan.

  Jika anda mahu mengurangkan berat badan, elok juga amalkan oat. Melambatkan penyerapan zat makanan bermakna menangguhkan rasa lapar/ Rasa inilah yang membolehkan anda berasa kenyang lebih lama. Menurut sebuah penyelidikan kesihatan, serat oat boleh merendahkan kolestrol darah apabila ia dimakan sebagai sebahagian pemakanan rendah lemak.

SERAT TAK LARUT?

  Serat tidak larut terkandung dalam makanan yang berasaskan oat atau beras perang. Beberapa jenis sayur dan buah juga mengandungi serat tidak larut. Serat ini dikatakan memberi kesan terhadap kesihatan usus besar. Ia tidak diserap dan bergerak cepat dalam usus ketika proses penghadaman.

   Serat tidak larut memudahkan proses penghadaman dan mempercepatkan seseorang itu ke tandas jika mengamalkannya. Dengan mengamalkan oat tidak larut, akan membantu mengurangkan tekanan pada dinding kolon dan membantu mencegah sembelit. Serat tidak larut bertindak untuk mencairkan karsinogen, sejenis bahan yang terdapat dalam najis. Selain itu juga, ia melindungi dinding usus dari serangan bahan toksik yang tidak sihat.

Saturday 5 May 2012

Doa Hari Kiamat

Assalamualaikum W.B.T

Berikut merupakan pengertian berkenaan doa memohon perlindungan pada hari kebangkitan kelak.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Beberapa Pengajaran Doa:
  • Ketika melaksanakan ibadah Haji, ada di antara umat Islam yang hanya mendoakan kebaikan urusan dunia mereka sahaja. Selain itu, ada yang berdoa dengan doa di atas: Mereka itulah yang akan mendapat kebahagiaan yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitung-Nya." Al-Baqarah 2:202
  • Doa ini mengajar kita bahawa sikap yang benar adalah mendoakan kebaikan kedua-dua iaitu akhirat dan dunia.
  • Doa yang umum tetapi ringkas ini sesuai dibaca pada bila-bila masa dan ia merupakan sebaik-baik doa apabila kita sendiri kadang-kala tidak tahu apa yang kita mahu pohon daripada Allah.
  • Kerap kali apabila berdoa, kita hanya minta apa yang berkaitan dengan dunia seperti lulus peperiksaan, mendapat kerja yang baik, mendapat pasangan hidup yang soleh dan cepat kaya. Amat sedikit yang berdoa tentang kebaikan pada Hari Akhirat.
  • Pada waktu yang sama, ada juga yang hanya meminta apa yang berkaitan dengan Akhirat seperti pahala dan syurga sambil mengabaikan atau memandang remeh kehidupan di dunia.