우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 5 January 2012

Senyuman Yang Terukir Kadang Kala Tidak Mendatangkan Makna Pada Hati

Assalamualaikum W.B.T

Jika ada rindu tidak bermaknanya cinta.. Tapi bila ada cinta, pastinya ada rindu.

Jiwa kita ketara merasakan kekosongan apabila kita kesepian dan keseorangan. Kita merasakan seolah-olah tiada tempat untuk berpaut di dalam mencari ketenangan.. Kita sunyi.. Kita keseorangan.. Kita kesunyian..

Kita terasa kesunyian ketika melalui ranjau onak duri kehidupan.. Walaupun ada suara suara yang memberikan sokongan kepada hati untuk dijadikan azam pada diri.. Namun kita tetap merasakan kesunyiannya denai hati.  Walaupun suara itu masih kedengaran, dan memberikan arahan kedalam minda.. Kita tetap merasa kesunyian.

Kita merasakan kita keseorangan walaupun disekeliling kita ramai teman.. Mempunyai sahabat dan teman yang sanggup menemani kita.. Namun kita masih merasa kesunyian.. Kita terus berada di alam sendiri tanpa di kesan oleh individu disekeliling kita. Kita semakin jauh.. Kita hanyut.. Jiwa menjadi semakin suram.

Kita telah kehingan rentak kehidupan kita di dalam mencari identiti sendiri.. Kita masih mengharapkan belaian kasih sayang yang pernah terjalin.. Kita merasa kesepian apabila dirinya tiada lagi bersama kita..

Kita amat merindukan kenangan lalu yang telah lama pergi.. Kadang kala kita merasakan kenangan tersebut akan berulang dan kembali ke detik itu.. Kita menipu diri sendiri dengan mengatakan kita akan bersama kembali dengan insan dahulu.

Janganlah ditangisi perpisahan dan kegagalan dalam bercinta, kerana hakikatnya jodoh itu bukan manusia yang menentukan. Kita hanya mampu merancang, manakala yang selebihnya Allah yang menguruskannya dan memberikan yang terbaik kepada hambaNya.. Atas kasih sayang Allah kita dan si dia bertemu, dan diatas limpahNya lah kita dipisahkan dengan mengandungi hikmahnya yang tersendiri.. Pernahkah kita memikirkan kebesaran Illahi?

Kita memberikan harapan palsu pada diri sendiri.. Dan semakin teruk, semakin itu kita parah, sakit sehingga tak terungkap apa-apa..

Sedangkan yang berlaku tetaplah berlaku.. Tidak akan waktu dan masa itu akan berputar kembali.. Tiada lagi luahan yang pedih itu seolah telah hilang suramnya.

Senyuman yang terukir mempunyai seribu penjelasan bersama raut wajah yang diberikan.. Walaupun disekeliling tidak dapat mentaksirkan apa yang terbuku di hati.. Namun hati.. Jiwa kita.. Yang merasa sakit dan sunyi.. Tetap merasa kesepian..

Kasih sayangku telah kuberikan kepadamu.. Walaupun dirimu telah pergi meninggalkan aku disini. Hanya hati ini merasa kesakitan apabila engkau meninggalkan aku. Hanya ku mampu mendoakan kebahagiaan kepada dirimu..

Luahan Miss Vanilla

No comments:

Post a Comment