우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 16 January 2012

Tips Kehamilan Untuk Lelaki Sebagai Ayah

Assalamualaikum W.B.T

Dear Viewer,
  Ekin nak share sesuatu kepada bakal menjadi seorang ayah atau pun suami kepada seorang insan yang teristimewa. Tahukah ada beberapa perkara yang patut dihindari oleh bakal ayah yang menginginkan anak bersama isteri, jika tidak pastinya sukar untuk mendapatkan waris yang diingini.

Perkara yang patut dihindari adalah:

Jangan selalu mandi air panas atau sauna
Kesuburan kaum lelaki berada dalam keadaan baik, bila di jaga dalam suhu yang yang tidak terlalu tinggi,iaitu beberapa darjah dari suhu yang normal. Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang ketat atau sintetik akan membuatkan testis menjadi panas dan mempengaruhi penghasilan sperm. Keadaan panas pada bahagia testis menurunkan produktiviti penghasilan sperm.

Jangan terlalu kerap berbasikal
Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus keatas padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindar tekanan seperti ini.


Elakkan stress atau tekanan
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical Collage of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.

Elakkan daripada terdedah dengan bahan radiasi
Terkena bahan radiasi atau kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma dan merosakkan genetik untuk menghasilkan generasi sendiri.

Jangan ambil ubat sebarangan
Tanyakan pada doktor anda apakah kesan pengambilan ubat-ubatan terhadap fungsi seksual anda. Kebanyakkan ubat-ubat untuk penyakit yang teruk mengakibatkan masalah penurunan penghasilan sperma dan kurang subur.

Jangan merokok
Kajian-kajian yang dijalankan sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkakn sperma yang sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Pada suami yang perokok tegar, kalian haruslah memberhantikan tabiat merokok ini kerana ianya menyebabkan isteri dan anak menjadi perokok pasif.

Elakkan makanan ringan
Elakkan memakan makanan yang kurang berkhasiat. Sesungguhnya gantikan ia dengan makanan yang sihat seperti sayur, buah-buahan, dan sebagainya. Dengan ini kalian akan lebih sihat menjadi seorang ayah kepada generasi yang baru.

Created by Miss Vanilla.

No comments:

Post a Comment