Assalamualaikum W.B.T
Dear Viewer,
Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan oleh semua orang. Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya pasti semua orang mengalaminya. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima cacian daripada orang lain hanya keranan menyatakan sesuatu yang benar. Malah, ada yang terluka kerana cinta.
Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk meminta maaf. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan "dimaafkan" itu tetap dilafazkan kepada orang yang meminta maaf itu. Tetapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi di hati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari sesiapa yang pernah menyakitkan hati.
Persoalannya kini adakah maaf sebegitu ikhlas?
Apabila Hati Terluka Kerana Seseorang
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah satu cabang daripada dugaan Allah Ta'ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin dengan cara memburuk atau mengumpat dari belakang, dan macam-macam lagi.
Dan oleh itu, manusia tetap manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati pastinya singgah dihati setiap orang. Apabila memendam rasa pastinya, maka dendam pula yang mengambil alih. Apabila mengetahui seseorang mengumpat kita, rasa sakit hati akan muncul secara tiba-tiba tanpa diundang. Kenapa? Pasti kita rasa diri telah dikhianati. Ataupun maruah diri mula tercalar.
Baik. Itu perasaan normal pada setiap manusia. Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada kita untuk memohon kemaafan dalam keadaan kita yang masih memendam rasa sakit hati, maka kita memaafkan kerana ternampak sedikit meluat untuk melihat wajah si pesalah.
Walaupun pada masa yang sama kita tidak memaafkan kesalahan seseorang itu dengan sebaik-baiknya. Adakah itu normal? Bagi saya ianya tidak.
Memaafkan Namun Masih Terluka
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan datang dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara yang lebih kurang sama dengan perkara yang dilakukan oleh seseorang yang telah mengaibkannya.
Pada pendapat saya, apabila seseorang itu "berpura-pura" memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah kemaafan yang sebenar. Ianya diumpamakan perisa yang menambahkan lagi dendam diri sendiri.
Perlukah masa untuk memulihkan hati yang disakiti?
Tiada masalah. Ambilah sebanyak mana yang kita mahu. Tetapi jangan membohongi diri sendiri apabila memaafkan seseorang. Ingatlah, insan yang pernah melakukan kesalahan terhadap kita yang memohon kemaafan, dan kita tidak memaafkan dengan seadanya, maka urusan mereka dengan kita telah selesai. Selebihnya, urusan kita dengan Allah Ta'ala pula.
Sekali lagi, itu bukan maaf namanya!
Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus terang. Dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana kita tahu, kita meminta sedikit masa untuk mengubati hati yang telah disakiti oleh orang lain. Maka dalam masa itu, kita akan belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada kita dengan memberikan mereka ketaatan yang palsu. Mereka sebahagian dari diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
Jangan mudah mengatakan maaf seandainya hati tidak mengatakan begitu!
Created by Miss Vanilla
Part 1
No comments:
Post a Comment