Assalamualaikum W.B.T
Kenapa masih dalam imaginasi yang kelam dan panjang... Seolah masih ada sisa-sisa cinta yang masih bertaut menanti kita disaban hari.. Masih perlukah bisikan manja diucapkan? Dan berlalu pergi setelah cinta yang dibina hancur musnah.. Ianya mempunyai sejarah tersendiri.
Kadang kala kita masih berharap sesuatu akan hadir pada kita yang masih kecewa.. Dan kita selalu alpa dalam keasyikan kenangan lama sehinggakan kita tidak sedar yang kita telah berimaginasi.. Itulah tandanya kita tidak bersyukur atas apa yang berlaku.. Jangan terlalu mengejar keindah pelangi selepas hujan yang berganjak malam..
Manusia berubah.. Dunia berubah.. Dan ada yang terpaksa berubah supaya seiring dengannya.. Perubahan pada perasaan yang tidak nampak dimata namun dapat dirasai.. Namun kenapa susah untuk kita mengubah diri dari melupakan kenangan yang lalu? Terus memeluk erti kesepian.. Atau berubah untuk menerima hati yang baru?
Apabila sesebuah pertalian kehilangan cahaya antara satu sama lain, pastinya perpisahan berlaku.. Namun ianya mengakibatkan sebelah pihak terperangkap di dalam angan yang panjang.. Setiap masa menaruh perasaan terhadap insan yang tercinta yang telah terpisah.. Sedangkan itu adalah mainan perasaan.. Masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa cinta yang terjalin sudah tiada.. Seolah-olah masih mengharap.
Dan masih ada yang terperangkap dalam angan yang parah.. Seperti merindui bintang itu.. Sedangkan tiada kasih sayang yang tertinggal.. Menanti seseorang memberikan cinta kepadanya.. Sedangkan orang itu tidak merasainya..
Itulah manusia, mendahagakan kasih sayang yang tiada.. Mengharapkan pada perasaan yang boleh membunuh hati serta merta.. Sudahlah terimalah semuanya sebagai pengajaran dan kenangan manis untuk diri sendiri.. Bersedialah untuk berubah dan menerima cinta yang baru.. Matikan angan-angan panjang yang melekakan kita.
Berubahlah dalam menanti cahaya bulan yang samar pada mendung malam.. Terasa amat susah untuk dilihat, kadang kala terang sedangkan pungguk masih merindui bulan..
Buat hati kecewa, berubahlah wahai sayang.. Dan terimalah cinta yang akan menceriakan hidupmu yang suram itu.. Dan percayallah, kesengsaraan itu tidak akan kekal sekiranya kita berusaha mencarinya di segenap ruang.
Created by Miss Vanilla
06/01/12
No comments:
Post a Comment