우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 11 January 2012

Kasanova

Assalamualaikum W.B.T

Dear viewer, 
  Hari ini Ekin nak kongsi serba sedikit tentang kasanova. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini, Ekin selalu dikacau oleh kasanova. Depan Ekin dia cakap lain, belakang Ekin dia cakap lain. Bencilah.. Dahlah selalu menggoda Ekin dengan muka jambu dia tu. Naik muak Ekin dibuatnya.. Antara yang Ekin nak kongsikan adalah:

Maksud Kasanova

Lelaki yang suka memikat dan memperdayakan perempuan. Kasanova bukan saja dihala kepada lelaki bujang sahaja, namun orang kenamaan pun sama jadi kasanova, ianya digelar kepada segelitir lelaki yang seperti itu. Maka seseorang lelaki itu mempunyai status yang tinggi untuk digelar lelaki KASANOVA sekiranya dia suka menggoda, memperdayakan dan suka memikat. 

Sasaran Si Kasanova

Sasaran lelaki kasanova ini tidak kira status, sama ada anak dara yakni belum kahwin, hatta Mak Datin pun nak di ayat. 

Ciri-ciri Lelaki Kasanova

  1. Di awal perkenalan, si jejaka menjadi insan yang mulia yang paling mulus. Apa saja yang si jelita inginkan pastinya si jejaka menunaikannya. Namun ingat, ianya hanya bertahan selama sebulan sahaja. Sedikit demi sedikit si jejaka kasanova ini akan menunjukkan taringnya.
  2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma pelaburan untu memikat si jelita di awal perkenalan, namun akhirnya si jelita juga yang menjadi mangsa untuk meminta wang.
  3. Lelaki kasanova tidah pernah patuh dengan janji. Tengok saja setiap kali keluar bersama, siapa yang sampai dahulu?
  4. Sering memberi pelbagai alasan apabila kesalahannya dikesan. Lebih nyata lagi apabila dia menyalahkan orang lain atas kesilapannya sendiri.
  5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat mangsa.
  6. Baru kenal tak sampai seminggu dah berani nak sentuh-sentuh bahagian sensitif si jelita. Sengaja untuk menggoda si jelita agar tewas kepada si kasanova.
  7. Apabila keluar dengan si kasanova, si kasanova sentiasa tunjuk macho di hadapan si jelita. Adakala si kasanova akan menegur perempuan lain dengan ramah di hadapan si jelita. Kononnya mahu membuktikan dirinya tidak curang di belakang si jelita. Tetapi si kasanova memang peramah dengan semua orang.
  8. Selepas sebulan berkawan, si kasanova berani meminta wang kepada si jelita. Tanpa segan silu si kasanova meminta. Si kasanova akan memberi alasan apabila si jelita menanyakan apa yang diguna pada wang yang dipinjam.
  9. Si kasanova mempunyai paras rupa yang segak yang menyebabkan si jelita mudah cair. Hati-hati wahai si jelita, jangan mudah percaya dengan paras rupa, percayalah pada hati seseorang itu sebelum menjalinkan hubungan.
  10. Si kasanova jarang untuk menceritakan hal keluarganya malah mahu membawa si jelita berjumpa dengan ibu bapanya. Ini sememangnya sering berlaku. 

Created by Miss Vanilla



No comments:

Post a Comment