Assalamualaikum W.B.T
Dear Viewer,
Ekin nak sambung entry yang Ekin belum siap nie. ^^... Baru lepas mencari idea untuk entry sambungan nie.. Smile... :)
Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang pada kita. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MasyaAllah..
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah untuk memaafkan itu adalah akhlak muslimat yang terpuji.
Justeru, saya berpendapat orang yang mudah memaafkan adalah orang yang paling kuat. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana Allah Ta'ala.
Rasulullah pernah bersabda:
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah kita tergolong dalam golongan yang orang yang berdendam malah ada yang bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astagfirullah~
"... dan hendaklah mereka memaafkan dan melapangkan dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah An-Nuur)
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda menuntut umatnya untuk memaafkan kesalahan dengan memberikan kemaafan kepada si perlakunya. Aduh..! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah SAW yang bukan sahaja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling dengan batu hingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Rasullulah SAW meminta Allah SWT menurunkan bala seksaan keatas mereka yang memperlakukan dirinya sebegitu. Malah, Baginda menolak untuk berbuat demikian.
MasyaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan dari hati maka mintalah waktu untuk meredhainya, maka berterus teranglah untuk itu. Jangan memberi kemaafan ketika hati masih berdendam. Kerana ada perhitungan oleh Allah SWT untuk itu.
Pssst~ Saya tahu anda seorang yang lembut hati dan tidak berdendam.
Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga didunia dan diakhirat. Senyum.. =)
Created by Miss Vanilla
No comments:
Post a Comment