우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 29 March 2012

Keburukan Minuman Berais

Assalamualaikum W.B.T

Lama dah tak up-to-date blog ni. Hehehe... Oleh sebab Eykine baru pulang dari Hospital Umum Sarawak, baru Eykine ada masa walaupun sedikit. Hari ini saya nak kongsikan Keburukan Minuman Berais. Urm...

Masa kini di media massa terdapat banyak iklan yang berkaitan dengan  minuman yang berais. Pasti kita sebagai penonton pun meneguk air liur apabila minuman tersebut lebih-lebih lagi ada ketulan ais didalam gelas. Nyumm.... hehehehe

Huhuhu.... Sedapkan. Lagi-lagi diminum disaat musim kemarau. Err....

Okey, sekarang Eykine nak kongsikan sesuatu yang baik tentang air sejuk ini.

Kebaikan Minuman Berais

  1. Minuman berais yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuh adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  3. Liputan ais di Antartika dan Artik adalah pengimbang dasar bumi yang amat sangat.
  4. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakkan bumi pada paksinya.
  5. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Tadi kelebihan Minuman Berais.

  1. Air minuman berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja kita ambil semasa makan. Ianya boleh melemahkan penghadaman.
  2. Boleh menyebabkan berlakunya strok secara tiba-tiba yang boleh membawa kematian kepada sesiapa yang suka minum minuman berais.



Monday 12 March 2012

Tanda-tanda Menunjukkan Si Dia Adalah Jodoh Kita

Assalamualaikum W.B.T


  1. Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cupa perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak terkawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang kita dapat mengesan si dia tengah berlakon. Tetapi, bila dia tampil dengan bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dialah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, mungkin dia bukan jodoh kita.
  2. Senang atau selesa ketika bersamanya walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan dengan diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan menjadi pengubat kedukaan di hati. Si dia pun merasainya juga. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan pada diri kita. 
  3.  Terima kita seadanya, malah tidak menghiraukan kisah lalu kita. Mungkin dia tahu akan kisah perpisahan kita dengan bekas kekasih kita dan dia. Bahkan, tidak mengambil kisah siapa kita pada masa lalu. Yang penting, siapa kita sekarang.
  4. Sentiasa jujur. Dan tidak kisah dengan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hukum Islam. Sikap jujur yang ditunjukkan menarik hati kita. Kita boleh tahu disaat dia berlakon untuk menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, selagi itu kebahagian menjadi milik kita.

Sunday 11 March 2012

Ilham Cinta Dari Insan Yang Tidak Bercinta

Assalamualaikum W.B.T

Aku tidak dapat menyentuhmu
Tapi aku bisa menggenggammu
Tidak ada masalah di manapun kamu berada
Kamu ada di sini, di hatiku
Walau kemanaku pergi..

Aku berharap semua jarak antara kita
Secepatnya menghilang
Kerana semua yang aku inginkan
Adalah hidup bersamamu

Aku memandang kearah bunga mawar
Begitu indah mawar diciptakan
Kemudian aku memandangmu
Dan terus memandangmu
Keindahan bunga mawar tidak seberapa jika dibandingkan denganmu

Pertama kali aku melihatmu,
Aku takut untuk menyentuhmu
Pertama kali aku menyentuhmu
Aku takut ingin menciummu
Pertama kali aku menciummu
Aku takut akan jatuh cinta padamu
Disaat ini
Saat aku mencintaimu
Aku takut kehilanganmu

Biarlah semua senyumku menjadi senyummu
Dan biar semua air matamu menjadi milikku
Biarlah semua kebahagiaanku menjadi milikmu
Dan biar semua kesedihanmu menjadi milikku
Biarlah seluruh dunia menjadi milikmu
Aku hanya minta satu iaitu ku ingin kamu menjadi milikku

Jika ada 10 orang yang menyayangimu, salah satunya mesti aku
Jika ada satu orang yang menjagamu, itu juga aku
Jika tiada orang yang menyayangi dan menjagamu,
Aku pasti tiada didunia ini lagi..

Pada saat hujan, kamu tidak dapat melihat matahari
Tapi sebenarnya matahari masih ada di sana
Aku berharap kita seperti itu
Kita tidak akan selalu untuk melihatn setiap hari
Tetapi kita selalu ada disini untuk bersama

Sebatang lilin dapat meleleh
Dan api terpadam
Tetapi cinta yang telah kau berikan kepadaku
Tidak pernah padam.

Thursday 8 March 2012

Hebatnya Seorang Wanita

Assalamualaikum W.B.T

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?

   Wanita tercinta dari rusuk lelaki,
   Wanita sayap kiri bagi kaum lelaki,
   Wanita berhati lembut,
   Wanita kuat emosi,
   Wanita kaum yang lemah.

Tetapi sedarkah kita disebalik semua itu...
Wanita dicipta untuk menjadi ibu,..

   Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan,
   Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, menyambung generasi,
   Ibu yang menyusukan anak selama 2 tahun,
   Ibu juga yang mengasuh, membesar dan mendidik anak-anak dengan penuh sabar...

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanitalah yang dapat melemahkan lelaki..

Hebatkan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

   Sesungguhnya, tidaklah Allah SWT menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaanNya
   saling melengkapi. Kerna itulah kita saling memerlukan satu sama lain.




Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum W.B.T


Sebuah hubungan jarak jauh (long distance relationship) adalah sebuah hubungan dimana setiap insan yang berpasangan berpisah antara satu dengan yang lain. Faktanya, hubungan seperti ini sangat rumit kerana tidak bertemu dengan satu sama yang lain. Sulit tidak bermakna tidak mungkin. Kita akan mengekalkan hubungan ini apabila kita berjuang untuk mengekalkannya.

Tip-tips untuk mengekalkan hubungan jarak jauh antaranya:
  • Kerapkan berhubung. Yang terbaik adalah setiap hari. Ya, setiap hari anda WAJIB hubungu pasangan anda. Jika anda dan pasangan tinggal di Malaysia namun berbeza negeri, jangan kedekut sangat melabur kredit handphone anda untuk pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, hubungi si dia dan ucapkan "good nyte" pun sudah memadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk mengucapkan kata-kata indah itu.
  • Gunakanlah laman sosial seperti Facebook, Skype, GTalk ataupun YM Messeger sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil membereskan kerja di pejabat. Ianya boleh mengekalkan kesejahteraan hubungan jarak jauh itu.
  • Hujung minggu, pulanglah ke rumah yang anda tinggal bersama (bagi pasangan yang sudah berumahtangga)
  • Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita. Jika kita berlaku curang dengan pasangan pastinya ada saat dan ketika pasangan kita akan tahu juga. 
  • Tips yang terakhir adalah percaya pada pasangan anda. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya hati menjadi kuat untuk terus percaya dengan pasangan masing-masing. Jika anda percayakan pasangan anda, pastinya pasangan anda juga akan mempercayai anda.

Jika entry ini bermanfaat kepada anda, maka berkongsilah dengan yang lain..
    

Wednesday 7 March 2012

Berdosakah Aku Pada Cinta

Assalamualaikum W.B.T

Ikuti kisah ini sebagai pengajaran pada yang bercinta atau bakal dicintai. Nukilan ini adalah benar dan bukannya rekaan semata-mata. Ianya pernah terjadi pada Eykine. Sebab itu Eykine masih berasa bersalah dengan cinta. Sakit kerana cinta tidak dapat diubat tidak seperti sakit di fizikal. Nukilan ini bukan untuk meraih simpati tetapi cuba untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan memberi kekuatan buat diri sendiri dan insan-insan yang lain yang kini lelah kerana cinta.

Namaku Nora. Pernah mengulit cinta bersama seseorang yang bergelar lelaki. Tahun demi tahun percintaan yang terjalin membuatkan diriku mencintai dia. Dalam hati berkata cukuplah dia dalam hidupku dan dialah akhirnya untuk diriku..


Cinta pandang pertama membuat kehidupan aku berubah kerana CINTA dan kerana Nora seorang yang penyabar itulah diriku yang sebenarnya. Segala pengorbanan yang aku lakukan kepadanya adalah ikhlas dari lubuk hati yang ikhlas. Tapi sayangnya kasih dan cintaku selama ini tidak berbalas dan ianya bagaikan dibawa angin sepi yang berlalu pergi.

Memang benarlah kata orang andai kekasih hati berkata itu ini secara keseluruhannya kita mudah mempercayainya. Hatta itulah perkara yang ditipu tanpa kita mengetahui sebabnya.  Dan itulah perkara yang aku alami selama empat tahun mengenali hati dan budinya aku tertipu.

Saat tembelang yang disimpan sekian lama akhirnya meletup jua tatkala semua perkara yang pernah disampaikannya kepadaku selama empat tahun semuanya tipu belaka dari lekuk bibirnya dan dia bangga kerana berjaya memperdayakan aku.

Antaranya dia sanggup menggunakan nama ibu dan walidnya sendiri untuk menipu diriku, sanggup juga menggadaikan perkataan sehidup semati demi nyawanya sendiri. Hanya kerana dia tahu diriku selalu sabar dengan tingkah lakunya.

Suatu ketika dia pengsan dan tidak semena-mena aku mendapatkannya dengan harapan yang hampa dan segalanya mengecewakan aku. Saat dia dalam kritikal, keadaanya membuatkan aku terasa jatuh rebah kebumi. Namun aku kuatkan hati dengan mencari penawar dan mentelaah buku-buku yang berkaitan dengan penyakit yang dihidapinya.

Andainya aku menulis semua bait-bait luka aku bersamanya disini, namun aku tidak
terdaya untuk mencoretnya kembali.


Maafkan diriku kerana tidak terdaya untuk melawan semua ini kerana aku seorang manusia biasa.. Aku takut dengan bayangan cinta untuk yang seterusnya namunku gagahkan diri untuk terus menongkah kehidupan ini..

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk pulih kepada sediakala tanpa merasa kehadiran 
perasaan yang bernama CINTA. 

Apakah salahku ke atas dirimu, sehingga sejauh ini dirimu menduga kesabaran yang berada di jiwa. Semoga dirimu gembira bersama insan tersayang.

Terima kasih kepada keegoan dirimu yang sentiasa melukakan perasaan ini tanpa
seculit perasaan kasihan kepada aku.








Maafkanlah Mereka..

Assalamualaikum W.B.T

Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilang serinya, ketawa kita menjadi sumbang dan air muka kita kehilangan cahayanya setiap kali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada perasaan benci dan sengaja untuk menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk menguji kewibawaan kita. 

Ya, inilah sebahagian dari warna warni kehidupan kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita menjadi lebih matang jika kita mampu menyingkap dengan betul.


Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu adalah orang-orang yang begitu hampir dengan kita? Dan apa perasaan kita apabila berhadapan dengan orang-orang ini, walaupun bilangannya tidak ramai?

Bagi saya yang selalu kena macam ni pastinya saya memberi KEMAAFAN kepada mereka. Ya, KEMAAFAN kepada mereka agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN mereka sehingga kebencian tidak lagi mencemarkan keindahan budi atau merubah jiwa kita. MAAFKAN mereka agar kita mampun tersenyum melihat kehidupan.

Pernahkah kita merasa kebencian itu menguntungkan kita ataupun akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan jauh dari ketenangan. Bahkan setiap kali kebencian mula bertaktha akan menguasai hati maka hati kita itu akan menjadi semakin keras, gersang, kasar dan merosak air muka sendiri. Sehingga akhirnya dunia yang dirasakan luas itu menjadi sempit, hidangan yang lazat menjadi hilang kenikmatan dan tidur yang dulunya menenangkan menjadi tidak lena. Jadi nyatakan apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu bukankah menambahkan lagi penderitaan kepada hati?

Jadi, MAAFKAN mereka kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang meyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita merindui keampunan dari Allah SWT kerana pengampunan dosa itu lebih bernilai dari pertambahan usia. Apa gunanya umur bertambah dan dosa tidak berkurang? Dan apa yang kita harapkan pada kehidupan ini?


MAAFKAN mereka kerana kita juga tidak terlepas melakukan kesilapan dan setiap kali kita melakukan kesalahan, kita pasti rindu dan mengharapkan orang lain berhadapan dengan sikap kita dan menegur kita dengan baik-baik. Kenapa orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan mempamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian?

MAAFKAN mereka, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuatkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukir senyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk malu dan hormat kepada kita.

Maafkan mereka
Agar jiwamu petah berbicara
Mengajar insan erti bahagia
Dan tersenyum dalam duka

Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
Yang penuh duka lara

Maafkan mereka  
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini datang dan pergi





Tuesday 6 March 2012

Ciri-ciri Seorang Psiko

Assalamualaikum W.B.T

Eykine nak share sesuatu untuk viewer. Apakah yang dimaksudkan dengan psiko?
Orang yang psiko adalah orang yang bersembunyi melalui pembohongan, curang, memanipulasi, suka mengorbankan orang lain dan menghancurkan orang lain. Semua yang berlaku tanpa berasa bersalah mahupun menyesal.

Ciri-ciri Psiko:

  1. Pada awalnya menampilkan sikap yang menarik, cenderung dibuat-buat, mempersona, dan bersikap baik. Ini menyebabkan orang mudah percaya dan kerana kepercayaan itu orang yang psiko akan mencelakakan dan menipu orang yang mempercayainya.  
  2. Beranggapan dirinya paling penting dan harus di dihormati. Semua diutamakan keatas dirinya.
  3. Sering menunjukkan perangai yang tiba-tiba "exploade". Sukar untuk mengendalikan emosi ketika emosi meledak. Semua kehendak harus cepat , kalau tidak perasaan orang itu akan menjadi luar kawalan.
  4. Hubungan sosial yang singkat. Sering berganti-ganti pasangan atau kawan-kawan.
  5. Sering berbohong.
  6. Kurang bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan. Berani mengambil risiko yang tinggi dan tidak belajar melalui pengalaman, selalu diamal.
  7. Cenderung menyalahkan orang lain untuk apa yang telah dilakukan. 

Monday 5 March 2012

Kesan Penggunaan Kasut Tinggi Di Kalangan Kaum Wanita

Assalamualaikum W.B.T

Lama dah Eykine tak up date blog. Rindu betullah nak share-share info dengan pembaca. :) Hari ini Eykine nak share info tentang kasut tumit tinggi atau dalam bahasa Inggeris nye "High Heel"..
So Eykine nak cerita pengalaman Eykine guna high heel time buat persembahan. Truely, masa tu Eykine lupa nak bawa kasut sendiri, nasiblah ada insan yang baik hati pinjamkan high heel dia untuk Eykine. Taksub betul.. hahaha... Lepas persembahan habis, Eykine kembalikan kasut kepada empunya. Malam sebelum tidur Eykine punye tulang belakang sakit sangat. Terpaksa ambil ubat tahan sakit. Hehehe... Itulah last Eykine guna high heel. Banyak keburukkan menggunakan high heel ni.

Memakai kasut bertumit tinggi ini memang membuatkan seseorang itu nampak lebih anggun, bergaya dan sebagainya. Malah pengguna kasut tumit tinggi juga tampak yakin. Menurut kajian banyak keburukkan menggunakan kasut tumit tinggi. Antaranya adalah:

  • Menjejaskan peluang untuk mendapatkan zuriat.
  • Merupakan punca rambut gugur
  • Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 cm boleh menjejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan bahu menjadi sakit. 
  • Boleh menyebabkan pening kepala dan gangguan haid.
  • Ketika menggunakan kasut bertumit tinggi, pinggul akan miring kehadapan dan menambah kelengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan tertumpu di belakang untuk memperbetulkan keseimbangan dan hal ini menyebabkan kemampatan pada punggung bahagian bawah.
  • Pemakaian kasut bertumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari kaki, kerosakkan tulang tapak kaki, dan meningkatkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tubuh tertumpu kepada jari-jari kaki. 
  • Postur yang dihasilkan ketika berjalan menggunakan kasut tumit tinggi menambahkan beban pada bahagian belakang lutut.
  • Kasut tumit tinggi dan bahagian hadapan kasut yang sempit dapat menimbulkan penebalan jaringan saraf antara jari kaki ketiga dan keempat yang dapat menimbulkan rasa sakit dan mati pada jari kaki.
  • Kaki menjadi mudah tercedera, terutamanya buku lali
  • Peredaran darah dibeberapa bahagian tidak mencukupi


Sampai ni saja yang Eykine dapat kongsikan. Sebenarnya banyak lagi keburukkan berbanding kebaikan menggunakan kasut tumit tinggi ni.