우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 11 January 2012

Cinta Beralih Arah

Assalamualaikum W.B.T

Dear viewer,

  Cinta beralih arah bukan sesuatu yang pelik ataupun luar biasa dalam sesebuah perhubungan lebih-lebih lagi dikalangan insan yang sedang memadu kasih.
  Namun sesuatu yang malang apabila cinta beralih arah ketika perhubungan telah diikat kejap dengan tali perkahwinan dan janji sehidup semati.
  Biarpun ketika itu si suami atau si isteri sudah bahagia memiliki keluarga yang sempurna, tetapi masing-masing masih mahu mencari kekurangan dengan apa yang dimiliki.
  Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mahukan sebuah perkahwinan yang bahagia dan aman damai, tetapi bukan semua yang diimpikan akan jadi kenyataan.
  Tidak dapat dinafikan sebagai makhluk Allah kita akan diuji dengan pelbagai ujian getir melihat sejauh mana kita sebagai makhlukNya mampu mengharungi saat-saat getir dalam hidup.
  Namun percayalah, Allah tidak kejam dengan umatNya, setiap dugaan yang diturunkan adalah setaraf dengan kempuan yang hambaNya ada.
  Sebenarnya, apabila ada kecurangan bermakna kepercayaan terhadap pasangan juga akan semakin berkurang dan kasih sayang yang di semai selama ini menjadi tawar.
  Biarpun tiada kajian kursus dan angka tepat mengenai peratusan kecurangan yang berlaku antara pasangan dalam perkahwinan, apa yang pasti kes sebegitu kerap berlaku yang menjadi antara punca keretakan rumah tangga. 

Persoalannya kenapa kecurangan berlaku dalam perhubungan?

  Sebenarnya pelbagai sebab dan faktor yang mendorong pasangan, baik suami atau isteri berlaku curang dalam rumah tangga walaupun perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku.
  Faktor yang biasa mendorong  pasangan berlaku curang adalah usia perkahwinan mereka. Pada peringkat awal perkahwinan mungkin masing-masing cuba untuk memahami antara satu sama lain, tetapi apabila sudah memahami dan ada perasaan jemu, mulalah berlaku perkara yang tidak diingini.
  Antaranya timbul perassan bosan terhadap pasangan dan keadaan itu menyebabkan kejujuran mula dipinggirkan dalam perhubungan. Selain itu, tiada sifat telus dalam perhubungan boleh membawa kepada timbulnya keinginan untuk curang kepada pasangan masing-masing.
  Selain itu, faktor tolakan dan tarikan antara pasangan juga merupakan faktor yang berlaku curang. Mungkin terlalu rimas antara satu sama lain menyebabkan individu yang terkena mencari alternatif lain untuk bergembira. 
  Bahkan, kurangnya perhatian yang diberikan oleh pasangan juga tidak dinafikan menjadi pencetus kepada fenomena curang dalam rumah tangga.
  Oleh itu, sayangilah hubungan yang sedia ada terjalin dan jagalah ia sebagai mana kita menjaga diri sendiri.




1 comment: