우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 7 January 2012

Erti Sebuah Cinta Sejati

Assalamualaikum W.B.T

Eykine nak kongsi satu cerita tentang percintaan yang abadi. Eykine baca dari sebuah blog.. Sharing is caring right?

   Dalam satu kisah percintaan yang bermakna. Sepasang suami isteri yang telah lama kahwin berjalan di tepian sebuah tasik tempat kali pertama mereka bertemu.. Kemudian mereka berhenti di bawah sebuah pokok besar yang mempunyai sebuah buaian. Si suami menghayun buaian yang diduduki oleh isterinya. Kemudian si isteri menanyakan sesuatu kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? 

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang tetap menyayangi dan mencintai           
            sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan 
          saya sedangkan abang tidak boleh menerangnya.

Suami : Betul, abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang.

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya nak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya 
          yang telah berkahwin dan mempunyai teman lelaki mempunyai sebab sendiri mengapa mereka 
          mencintai. Namun begitu, abang tak boleh terangkan sebabnya?!

Si suami menarik nafas panjang dan berkata:
Baiklah, abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan sentiasa mengingati abang. Abang juga suka dengan senyuman manis Sayang dan setiap langkah Sayang, disitulah cinta abang  pada Sayang.

Si isteri tersenyum dengan penerangan yang telah di beri oleh si suami. Namun selang beberapa hari, si isteri mengalami kemalangan dam koma..

Si suami amat sedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang tercinta. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya. Dan isinya berbunyi begini:

**********************************************************************************

"Sayang, jika disebabkan suara aku mencintaimu... Sekarang bolehkah dirimu bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatanku mencintaimu.. Sekarang bolehkah dirimu memberinya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyumanmu itu aku mencintaimu.. Sekarang bolehkah dirimu memberikan senyuman itu kepadaku? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintaimu.. Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu.. Sekarang bolehkah dirimu melangkah untukku? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.. Jika cinta memerlukan sebab, seperti sekarang. Abang tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu, namun abang masih mencintaimu yang dulu, kini dan selamanya. Dan cinta tidak perlukan sebab yang zahir. Kadang kala perkara yang cantik dan berharga tidak dapat dilihat, dipegang.. Namun begitu.. Ianya dapat dirasakan di dalam hati.. Cukuplah sayang sebagai suami isteri dan kita sebagai hamba Allah adalah penyebabnya..

**********************************************************************************




No comments:

Post a Comment