우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 11 January 2012

Cara Memujuk Teman

Assalamualaikum W.B.T

Ekin nak kongsi macam mana nak pujuk balik sahabat kita yang merajuk. Macam Ekin juga yang terpaksa mengalah apabila sahabat Ekin merajuk. Langsung tak bertegur. 
Ini salah seorang sahabat baik Ekin nama dia Hanizan. Ekin sangat rapat dengan Ejan dulu lepas tu tak bertegur lagi. Miss sangat dengan gurauan dulu-dulu.

Langkah-langkah yang dapat diambil untuk rakan yang macam ini adalah:

  1. Ambil Wudhuk - Kita ajak kawan kita yang merajuk itu ambil Wudhuk. Sambil berwudhuk, kita boleh menyejukan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.
  2. Menulis Sesuatu Yang Positif - Berikan beberapa helai dan pen atau pensil kepadanya. Kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa-apa sahaja yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran kearah yang baik.
  3. Memujinya Dengan Seadanya - Kita duduk dihadapanya sambil memerhati wajahnya. Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kebijaksanaan dan kecantikan itu kita luahkan kepada Allah tanda kita bersyukur. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.
  4. Tunjukkan Kasih Sayang - Tanyakan kepada rakan kita yang merajuk itu adakah dia hendakkan sesuatu seperti makanan atau lain-lain. Asalkan perbuatan kita itu tudak melanggar syariat. Kalau boleh, kita lakukan bersama-sama.
  5. Berbual-bual Dan Berada Di Samping Mereka - Usah biarkan rakan kita yang merajuk itu bersendirian atau melakukan sesuatu seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya kita berbincang tentang sesuatu yang menggembirakan, dan jangan melayan emosinya yang inginkan ruang untuk bersendiri. Kita berbual tentang cerita yang menyenangkan.
  6. Meminta Maaf - Ringankan lidah kita untu meminta maaf seandainya kita membuat mereka merajuk. Mengaku kesalahan walaupun kita tidak memulakannya. Katakan kepadanya bahawa kita merindui persahabatan seperti dahulu.

No comments:

Post a Comment