우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 10 January 2012

Mata, Anugerah Tidak Ternilai

Assalamualaikum W.B.T

Dear viewer,
  Hari ini Ekin nak kongsi serba sedikit tentang salah satu pancaindera kita iaitu, mata. Setiap orang mempunyai mata yang cantik dan ada insan yang tidak mempunyainya atas sebab-sebab tertentu.
 Pancaindera pada setiap manusia merupakan keajaiban ciptaan Illahi yang perlu dihargai. Tanpa salah satu daripadanya, manusia akan berasa kekurangan dan dipandang serong oleh sesetengah orang. Oleh itu, penjagaan rapi perlu dilakukan  daripada awal agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Mata adalah salah satu pancaindera manusia yang sangat bernilai. Tanpanya, kita tidak boleh melihat dan pastinya dunia seseorang itu gelap gelita. Sayangi mata anda dengan mengenal pasti beberapa penyakit yang berkaitan mata dan cara-cara penjagaannya. Mata amat sensitif dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agai ia kekal sihat sehingga ke akhir hayat.


Bayangan Hitam

Masalah ini tidak terlalu serius hingga boleh mendatangkan kemudaratan. Tetapi ia mampu mengganggu pandangan setiap masa. Pastinya setiap orang pernah mengalami situasi di mana munculnya bayangan hitam sama ada kecil mahupun besar apabila memandng kearah cahaya yang terlalu terang.
Pembentukan ini berlaku pada retina dan ia boleh membentuk pelbagai bentuk seperti bulatan, rangkaian bayangan dan sebagainya. Ia semakin menghilang tatkala pandangan kita mula beralih arah ke tempat yang kurang terang.
Apabila umur semakin meningkat, perkara ini akan kerap berlaku. Perkara yang lain yang menyebabkan ia terjadi adalah tekanan darah tinggi, migrain dan sakit kepala yang melampau.
Cara penyelesaian yang paling mudah adalah mengamalkan pengambilan makanan dan nutrisi yang sihat seperti lobak, brokoli, telur, bayam, tomato dan kobis. Semua makanan ini dipercayai mempunyai antioksidan yang penting untuk penjagaan mata yang sempurna.


Bergerak-Gerak

Sama seperti bayangan hitam, mata anda juga kadang-kadang bergerak-gerak secara sendiri tanpa kita sedari. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai Blepharospasm. Ia berlaku apabila beberapa sistem saraf di otak yang mengawal pergerakan mata tidak berfungsi secara normal. Ia memang tidak berbahaya, tetapi perlu diberi perhatian.
Perkara paling kerap dilakukan sehingga boleh mendapat masalah ini ialah apabila kita duduk terlalu lama menghadap komputer, televisyen, kurang tidur, tekanan, fobia dan juga kemarahan yang melampau.
Sebelum nekad untuk berjumpa doktor, apa kata kita cuba beberapa cara ini kerana ia dapat membantu mengurangkan  masalah yang kita alami.
Kurangkan tekanan emosi dan juga fizikal sebaik-baiknya. Atau pun, kurangkan pengambilan kafein dan amalkan tidur yang cukup setiap hari. Semua ini diyakini boleh mengawal masalah ini dengan sebaik-baiknya. Hasilnya, hidup kita lebih sihat dan tenang tanpa gangguan pada mata.


Kekeringan

Jangan terlalu fokus di depan skrin komputer tanpa hanti kerana ia menimbulkan masalah pada mata kita. Kekeringan pada mata sering kali berlaku kepada kita. Paling memburukkan keadaan apabila ia menjadi gatal dan kemerahan. Jika berlanjutan, anda diwajibkan untuk mendapatkan rawatan pakar mata.
Apabila perkara ini dibiarkan tanpa sebarang teknik penyembuhan, anda boleh kehilangan fungsi mata, sekali gus dunia anda tidak lagi bahagia dan terang seperti sebelum ini. Anda tidak disarankan untuk menggosok mata apabila gatal ataupun rasa seperti terbakar kerana ianya boleh menyebabkan mata tercedera kerana ianya merupakan pancaindera yang paling sensitif.
Sebaik-baiknya, gunakan cecair khas untukmelembabkan mata. Ianya boleh didapati dimana-mana farmasi ataupun kedai optik, tetapi jangan gunakan ianya terlalu kerap. Ianya mempunyai bahan yang mampun menghakis  jika digunakan setiap masa. Untuk cara tradisional, cukup sekadar merehatkan mata dengan melengkapkan potongan timun di bahagian mata.


Lingkaran Hitam

Pandangan utama apabila memandang cermin pasti ke arah mata kita. Cukup menjengkelkan apabila lingkaran gelap bawah mata muncul. Ianya sedikit mencacatkan penampilan kita sedia ada. Jangan terlalu marah kerana ia adalah kesan daripada penjagaan mata yang kurang oleh diri anda sendiri.
 Antara sebab yang menimbulkan lingkaran gelap bawah mata ini ialah tidur yang tidak mencukupi, alergik pada makanan atau pun persekitaran, terlalu kuat berkerja, peningkatan usia dan juga kekurangan kolagen pada mata.
Masalah ini berlaku hampir kepada setiap orang, cuma yang membezakannya sama ada teruk atau pun tidak. Kulit bawah mata menjadi semakin nipis dan apabila ia terlalu terdedah dengan sinaran matahari, ianya menyebabkan kerosakan kulit.
Amalan hidup yang sihat seperti minum jus buah yang segar dan sayuran yang berkhasiat mampu menghindarkan masalah ini. Bukan saja untuk mata, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan. Anda juga boleh disapukan krim vitamin K atau pun herba lain seperti teh herba pada mata. Hasilnya pasti mengagumkan.

No comments:

Post a Comment