우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 5 January 2012

Seandainya Lelaki Tahu..

Assalamualaikum W.B.T


Seandainya lelaki tahu.. Apabila seorang wanita jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Seandainya lelaki tahu.. Apabila seorang wanita mengalirkan air mata, itu bukan tandanya wanita itu lemah, tetapi wanita itu mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki tersebut.

Seandainya lelaki tahu... Apabila seseorang wanita itu marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya itu tetapi percayalah, itu tandanya dia mengambil berat dan menyayangi lelaki tersebut.

Seandainya lelaki tahu.. Apabila seseorang wanita itu banyak cakap, dia tidak bermaksud untuk merimaskan lelaki namun dia mahu lelaki mengenali wanita lebih dekat.

Seandainya lelaki tahu.. Apabila seseorang wanita berkata dia ingin anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu anda menjadi yang lebih baik, bukan untuk dirinya namun untuk masa depan anda.

Seandainya lelaki tahu.. Apabila wanita cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. Tetapi dia menganggap anda masih kecil yang memerlukan perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau apabila terlalu mempercayai anda dan akan anda khianati kepercayaan itu.. Naluri keibuanya amat kuat. Dia hanya mahu yang terbaik untuk anda.

Seandainya lelaki tahu.. Apabila wanita merajuk, janganlah anda mengatakan ianya mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit mahupun hadiah yang berdozen-dozen, tetapi berikanlah perhatian yang secukupnya yang memberinya rasa dihargai.

Seandainya lelaki tahu.. Apabila wanita mengatakan dia merinduimu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu sentiasa dimata.

Luahan By Miss Vanilla



No comments:

Post a Comment