우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 28 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Alocasia Macrorrhiza (L.) G. Don.

Nama Biasa: Keladi Gajah, Sebaring, Viha, Large Taro
Keluarga: Araceae

Taburan: 
-Berasal dari bahagian Asia yang beriklim tropika. 
-Boleh di dapari di negara-negara beriklim tropika.

Kedapatan:
-Tumbuh meliar di kawasan terbiar semak samun dan penempatan yang mengandungi humus tinggi, lembab serta terlindung kepada cahaya matahari.
-Boleh didapati di tanaman hiasan di kawasan landskap terutama di kawasan kediaman dan taman.

Keterangan:
-Herba yang besar setinggi 2 m.
-Pembiakan dari belahan anak dan anak dari akar.

Rasa @ Sifat:
*Seluruh Bahagian- berasa pedas, bersifat panas dan rizom beracun.

Kandungan:
*Seluruh Bahagian- mengandungi air, karbohidrat, serat, mineral dan kalsium oksalat.

Khasiat Tumbuhan:
*Batang- merawat bisul, kurap, digigit ular, anjing atau serangga
*Daun- merawat badan bertoksik, sengatan serangga, TBC paru-paru, TBC kelenjar, sakit kepala kerana angin panas
*Rizom- merawat selesema, panas badan terlalu tinggi, demam malaria, cirit birit, tifut akut, reumatik dan keputihan.

Cara Penggunaan:
*Badan Bertoksik- sehelai daun Keladi Gajah, daun serta batang Potudung, daun Rumput Tahi Ayam, daun Tobuhasa, anak cambah Bemban, Serai dan seluruh bahagian Lalang direbus dengan air secukupnya sehingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian ketika masih panas.
*Bisul, Kurap, Digigit Ular, Anjing atau Serangga, Reumatik- batang Keladi Gajah dihiris nipis, dipanggang sehingga panas lalu ditampalkan pada bahagian yang sakit. Setelah sejuk, tukar dengan batang lain yang telah dipanaskan.
*Keputihan- rizom Keladi Gajah dihiris nipis, digoreng tanpa minyak bersama beras sehingga hangus. Masukkan kedalam air dan gula secukupnya dan rebus selama 3-5 jam. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Sakit Kepala Kerana Angin Panas- tunas Keladi Gajah secukupnya dihiris nipis, lalu ditampalkan di kepala.
*TBC Paru-paru, TBC Kelenjar- tangkai daun Keladi Gajah secukupnya diperah airnya lalu diminum 1 sudu besar. Lakukan setiap hari secara rutin.
*Tikus Akut, Selesema, Panas Badan, Demam Malaria, Cirit Birit- 11 g rizom Keladi Gajah kering direbus dengan 3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga tinggal segelas air. Setelah sejuk, tapis dan minum kesemuanya.

Tuesday 27 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Ageratum Conyzoides L.

Nama Sinonim: A. Ciliare Lour, A. Cordifolium Roxb.
Nama Biasa: Rumput Tahi Ayam, White Weed
Keluarga: Compositae

Taburan: Berasal dari Amerika Tropika. Boleh didapati di negara-negara beriklim tropika pada ketinggian 1-2100 m dari paras laut.

Kedapatan: 
-Tumbuh di kawasan lembab dan terdedah kepada matahari
-Tumbuh merata di kawasan penempatan, penanaman, tepian jalan, belukar, kawasan lapang dan tanah terbiar.

Keterangan:
-Herba bersaiz sederhana, ketinggian boleh mencapai 0.3-0.9 m.
-Pembiakan dari biji benih

Rasa @ sifat:
*Bunga- berasa sedikit tawar, pedas. bersifat panas
*Daun- berasa sedikit pahit, pedas. bersifat neutral

Kandungan:
*Daun- mengandungi air, karbohidrat, serabut, mineral, asid amino, organik asid, o-sitosterol, sulfur dan potassium klorida

Khasiat Tumbuhan:
*Seluruh Bahagian- merawat demam panas, malaria, sakit kerongkong, radang paru-paru, radang telinga tengah, pendarahan rahim, luka, hidung berdarah, sakit perut, cirit birit, muntah, perut kembung, badan letih, ketumbuhan rahim dan mencegah kehamilan.

Cara Penggunaan:
*Bisul- 1 pohon Rumput Tahi Ayam termasuk akar dibasuh bersih, ditumbuk lumat bersama 1 genggam nasi sejuk dan sedikit garam. Tampal pada bisul dan dibalut dengan kain. Lakukan 2 kali sehari.
*Malaria- 15-10 g pokok Rumput Tahi Ayam tanpa akar direbus dengan 2 gelas air lalu dibiarkan mendidih sehingga tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum kesemuanya. Lakukan 2 kali sehari.
*Pendarahan Rahim- 10-15 g pokok Rumput Tahi Ayam tanpa akar direbus dengan 2 gelas air lalu dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis lalu minum kesemuanya. Lakukan 2-3 kali sehari.
*Radang Telinga Tengah- daun Rumput Tahi Ayam secukupnya dibasuh, ditumbuk lumat, diperah serta ditapis airnya lalu dititikan 2 titis air perahan ke dalam telinga. Lakukan 4 kali sehari.
*Tumor Rahim- 30-60 g Rumput Tahi Ayam segar dan 15-30 g Rumput Tahi Ayam kering direbus dengan 3 gelas air sehingga airnya tinggal segelas. Minum air rebusan segelas sehari. Lakukan sehingga sembuh.

Penting!
Ibu hamil dilarang minum air rebusannya kerana boleh menyebabkan keguguran janin. Ia boleh menyebabkan muntah, sakit perut yang teramat sangat dan kerosakan pada hati.

Sunday 25 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Acorus calamus L.

Nama Biasa: Jerangau, Jeringau, Jerangan, Alwah, Dringo
Keluarga: Acoraceae

Taburan: berasal dan tumbuh di negara yang beriklim tropika

Kedapatan:
-gemar tumbuh di kawasan lembab yang menakung air dan mendapat pancaran cahaya matahari penuh
-tumbuh meliar di parit, kolam, tepian tasik dan sawah

Keterangan:
-herba saka boleh meninggi sehingga 1 m atau lebih
-rupa jerangau kelihatan hampir sama dengan lalang namu perbezaan adalah pada bau yang dikeluarkan
-jerangau Malaysia tidak mengeluarkan bunga
-pembiakan dari belahan anak dan rizom

Rasa @ sifat: 
*Seluruh bahagian- berasa payau dan berbau wangi

Kandungan Dalam Tumbuhan:
*Seluruh Bahagian- mengandungi x-asaron, azulena, elemisin, isoeugenol, limorena, minyak pati dan minyak meruap.

Khasiat Herba:
*Daun- merawat sakit perut, cirit birit, masuk angin, muntah, asma, sakit urat dan rawatan ibu selepas bersalin
*Rizom- merawat ibu selepas bersalin, sakit perut, cirit birit, masuk angin, muntah asma, sakit urat, kolik, dispepsia, demam, ulser usus, pendarahan dalaman, reumatik, sakit saraf, disenteri, lelah, jangkitan bronkus, batu karang, lemah tenaga batin, sakit kepala, selesema, uri terlekat pengeluaran darah haid tidak lawas dan sukar bersin.
*Seluruh Bahagian- merawat lemah tenaga batin, sistem penghadaman bermasalah, demam panas, selesema dan rawatan ibu selepas bersalin.

Cara Penggunaan:
*Badan berangin, kolik, dispepsia, demam, ulser usus, pendarahan dalaman, reumatik, penyakit saraf, disenteri, lelah, jangkitan pada bronkus- risom Jerangau secukupnya dibasuh bersih direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Darah haid tidak lawas, lemah tenaga batin, sakit kepala dan rawatan ibu selepas bersalin- rizom Jerangau direbus dengan 3 gelas air dan direbus sehingga tinggal segelas. Tapis air dan diminum ketika masih panas.
*Demam panas dan selesema- seluruh bahagian Jerangau dan rizom Halia Bara yang telah dikupas kulitnya, dibasuh bersih, direbus dengan 2 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
*Sakit buah pinggang dan batu karang- rizom Jerangau dan sedikit Kemenyan direbus dalam 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
*Sakit ketika haid- 2 g daun Jerangau, 10 g daun Sendokan Kiurat, 4 g rizom Temu Lawak, 5 g daun Dukong Anak, 2 g daun Sembong, 20 g biji Ketumbar dan 10 g Hati-hati Ungu direbus dengan 2 gelas air sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum. Lakukan setiap hari semasa haid.
*Sukar Bersin- akar Jerangau dibakar lalu asapnya disedut bagi membangkitkan bersin.

Penting!
Jerangau boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Jika terkena mata, bersihkan dengan air bersih selama 10 minit.



Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Acanthus Ebracteatus Vahl.

Nama Biasa: Jeruju Hitam @ Sea Holly
Keluarga: Acanthaceae

Taburan: Berasal dari Asia Tenggara hingga Australia. Berada di selatan Asia yang beriklim tropika.

Kedapatan:
-tumbuh meliar di tebing dan muara sungai yang mengalami air pasang surut dan kawasan perkampungan
-ditanam di kawasan landskap sebagai tanaman hiasan

Keterangan:
-herba setinggi sehingga 1 m
-pembiakan dari biji benih, belahan rumpun dan keratan batang

Rasa @ Sifat:
*Daun- berasa sedikit pahit dan bersifat sejuk.

Kandungan Dalam Tumbuhan:
*Biji- mengandungi 2(3H)-benzoxazolon

Khasiat Tumbuhan:
*Akar dan batang- merawat pelbagai penyakit kulit, demam panas kronik dan mengekalkan tubuh menjadi sihat
*Biji- merawat bisul, batuk, kecacingan, kencing manis dan tekanan darah tinggi
*Daun- merawat asma, batuk, bengkak, reumatik, keputihan dan rambut serta kulit kepala bermasalah

Cara Penggunaan:
*Asma, batuk, bengkak, reumatik- daun Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih, tapis lalu minum airnya. Lakukan selalu sehingga sembuh.
*Batuk- biji Jeruju Hitam, bunga Belimbing Buluh, batang Tebu Hitam, kulit batang Kayu Manis dan gula batu rebus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis lalu minum.
*Bisul- biji Jeruju Hitam ditumbuk lumat lalu di tekap ke bahagian yang bisul manakala biji Jeruju Hitam yang dipanggang ditumbuk lumat lalu ditelan bersama air.
*Demam Panas Kronik- akar Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum airnya.
*Kecacingan dalam perut @ usus, kencing manis dan darah tinggi- biji Jeruju Hitam secukupnya dibasuh bersih lalu ditelan terus bersama air masak.
*Keputihan- daun Jeruju Hitam secukupnya dibasuh bersih, direbus bersama susu. Airnya ditapis lalu diminum.
*Lemah badan- batang Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Rambut dan kulit kepala bermasalah- daun Jeruju Hitam ditumbuk lumat, diperah airnya lalu disapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
*Penyakit kulit- akar Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum airnya. 

Saturday 24 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini Ekin kongsikan sedikit sebanyak tentang tumbuhan liar yang boleh di jadikan ubat:

Acalypha Indica L
Nama Saintifik: A.australis L.
Nama Biasa: Ceka Mas
Keluarga: Euphorbiaceae

Taburan:
Boleh didapati di negara beriklim tropika

Boleh Di Dapatkan:
Tumbuh di kawasan lapang yang terbiar yang mengandungi tanah berpasir, berhumus tinggi serta terdedah kepada cahaya matahari penuh. Tumbuh meliar di kawasan penempatan, pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.

Keterangan:
-Merupakan herba semusim
-tumbuh secara menegak
-tinggi 0.3-0.5m
-batang mempunyai cabang yang pendek
-keseluruhan pokok berbulu halus
-pembiakan melalui biji benih

Sifat @ rasa:
Seluruh bahagian- berasa pahit, bersifat sejuk dan beracun

Kandungan Dalam Tumbuhan:
Akar- mengandungi saponin dan tanin
Batang- mengandungi flavonoida, saponin dan tanin
Daun- mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin

Khasiat Ubatan:
Akar- merawat reumatik, ulser mulut, penyakit kulit
Daun-merawat ulser mulut dan penyakit kulit
Seluruh bahagian kecuali akar- merawat kencing tidak lawas, pendarahan, sakit perut, cirit-birit, terlalu kurus, gangguan pencernaan makanan, hidung berdarah,muntah darah, berak darah, kencing darah, malaria dan sembelit.     

Penggunaan:
*Penyakit kulit, Sakit mulut- Pokok Ceka Mas segar tanpa akar direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih selama 15 minit. Gunakan air rebusan yang suam untuk mencuci luka.
*Luka, Bisul, Radang Kulit, Di Gigit Ular- Pokok Ceka Mas tanpa akar dibasuh, ditumbuk lumat bersama 1 sudu teh gula pasir lalu ditampal pada bahagian kulit yang sakit.
*Perut Memulas dan Pendarahan- 30-60 g Pokok Ceka Mas kering termasuk akar, dibasuh bersih, direbus dengan 3 gelas air sehingga airnya tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 1/2 gelas pada waktu pagi dan 1/2 pada waktu petang. Lakukan sehingga sembuh.
*Reumatik- Akar Ceka Mas, rizom Halia Bara (dikupas kulit) dan daun Puding Emas dibasuh bersih, direbus dengan 1 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk tapis lalu diminum kesemuanya. Lakukan sehingga sembuh.

Penting!
Simptom utama keracunan yang ditunjukkan ialah rasa loya, muntah, cirit birit, sakit kepala, mengantuk, tidak dapat memberi tumpuan, tidak dapat bertindak balas, kepenatan, separa sedar, lemah anggota badan, sawan dan koma. Jika terkena kulit ianya boleh menyebabkan keradangan.               

Friday 23 December 2011

What We Got....?

Assalamualaikum W.B.T

Lets seen what we got in all alphabet in our name:

N-Smiling
O-Sporting
R-Unpredictable
A-Gifted
S-Romantic
Y-Caring
I-Respected
K-Loved by all
I-Respected
N-Smiling

Lets see what we get from Him name:

A-Gifted
L-Arrogant

T-Proud
A-Gifted
R-Unpredictable
M-Great Person
I-Respected
Z-Pretty
I-Respected

Its only a game. But some is true. shhh... keep its know..

By  Trouble Maker.

Thursday 22 December 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hurm... Ekin nak cerita tentang hari ini. Hari Khamis merupakan hari yang bermakna untuk Ekin. Yang pertama, Ekin hari ini tak escape buat terapi. Sakit memang sakit itu tak dapat di elakkan. Biarlah Ekin tak ada selera makan. Ekin tak kisah pun. Biar macam tu sampai Ekin dapat pegang segulung ijazah untuk parent.
 Yang kedua, Ekin dapat menerima hakikat yang Ekin ni memang pencurang. Ekin bukan perempuan baik. Biar Ekin buat perkara yang baik pun orang dah tuduh Ekin nie jahat, biarlah. Kalau Ekin setia pun orang tuduh Ekin curang. Biar setia itu Ekin seorang yang tahu. Ekin adalah seorang wanita yang JAHAT. Ekin tahu.. Cukuplah jangan hina Ekin lagi. Biarkan.....
  Yang ketiga, Ekin memang penipu. Ekin tipu hati sendiri untuk orang lain. Tak perlu tahu kenapa Ekin buat macam tu. Ekin nak semua orang genbira dan jangan fikir tentang kebahagiaan Ekin. Ekin korbankan kebahagiaan Ekin untuk semua orang. Jahatkan Ekin. Dah jangan cari Ekin lagi kalau merindui. Kalau rindukan Ekin, bacakan sahaja surah Yassin untu Ekin.

Wassalam

Wednesday 21 December 2011

Cerita Hati Seorang Wanita Kepada Seseorang

Assalamualaikum W.B.T

Kadang kala wanita sering menyembunyikan satu rasa sakit pada seseorang sehingga menitiskan air mata namun lelaki tidak melihatnya. Kerana wanita menangis dalam senyap. Menangis di dalam hati. Derita seorang wanita sukar difahami kerana wanita pandai memainkan peranan dalam wataknya dengan menyembunyikan kesedihan dengan sebuah senyuman yang terukir.

Dan kadang kala lelaki mampu melihat air mata yang mengalir. Sungguh disaat itu amat perit derita yang ditanggung oleh kaum wanita. Dan seolah-olah telah kehilangan satu kekuatan diri kerana selalu menahan diri dari mengeluarkan air matanya. Dan jika diteruskan wanita dalam kesedihan, pastinya akan melakukan sesuatu diluar jangkaan.. Kaum lelaki tenangkanlah wanita.

Di saat wanita menitiskan air mata, berpesanlah engkau wahai lelaki dan berjanji untuk tidak melukai perasaannya. Pastinya dia menerima kata-kata kamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara. Dan berpesanlah supaya tidak menangis lagi dan berjanji untuk menjaganya.

Kadang kala wanita jarang mengatakan kata rindu, janganlah kaum lelaki menyangka wanita tersebut tidak mempunyai perasaan rindu kepada kamu. Apabila wanita mengatakan rindu kepada lelaki, pasti ianya benar dan memaksudkannya. Kadang kala  wanita tidak fokus kerana terlalu merindui kamu.

Seandainya wanita yang disayangi mengatakan lelaki lain itu lebih baik daripada kamu, janganlah kamu mempercayainya. Wanita ingin menguji kamu saja. Dia cuma mahu melihat sejauh mana kamu dapat membuktikan bahawa kamu lebih baik daripada lelaki yang di pujinya itu. Kerana itulah dia semakin menyayangi kamu wahai kaum lelaki.

Kadang kala wanita menjadi degil, bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki yang di sayanginya itu mampu bersabar dengan karenahnya. Percayalah hati wanita adalah lembut sebenarnya. Andai betul cara untuk memujuknya, jangan terkejut seandainya wanita tercinta itu menukar fikirannya sesaat.

Wahai kaum lelaki janganlah engkau menyakiti hati seorang wanita. Kerana sekali engkau menyakitinya, pastinya luka yang tercipta di hati akan merebak. Dan tidak mudah untuknya melupakan kesalahan yang telah engkau lakukan.



Pada Jiwa-jiwa Yang Terluka

Assalamualaikum W.B.T


Pedih Dan Terluka

Hati kita terluka dan meninggalkan kesan yang dalam. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dirasakan begitu berat dan di luar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah hidup. Melihat kepayahan diri, memberi suram pada jati dan kita masih begini. Hilang di kesamaran hidup.

Luka dan pedih terasa apabila cinta yang diharapkan telah kecundang di tengah jalan. Sakitnya sehingga memakan hati sedikit demi sedikit. Kesakitan terasa semakin ngilu sehingga tidak mempercayai noktah cinta yang akan hadir.

Memandang lesu pada satu kehidupan. Merasa sunyi dan sepi pada setiap langkah yang diaturkan. Berbicara tentang luka cinta yang sakit. Meneliti sedikit demi sedikit perasaan yang pernah ada. Mencari diman hati yang  pernah hilang.

Tiada sesiapa yang inginkan kegagalan dan tiada sesiapa pun yang ingin menempuh hidup baru dengan kekecewaan tetapi itulah yang sering kita hidapi. Ini adalah warna warni kehidupan dan kita terlalu kerdil untuk mengubah arus dan gelombang kehidupan ini tetapi kita mampu mengubah layar kehidupan kita supaya perjalanan hidup kita tetap berlangsung walau ada saat-saatnya kita menanti sehingga ribut reda.

Kegagalan bukanlah alasan untuk kita terus diam dan tersungkur. Kekalahan yang pernah menjadi luka-luka itu bukanlah untuk ditangisi. Kekecewaan bila sesuatu tidak menjadi seperti mana yang di hajati bukanlah satu penyebab untuk diri mengalah.

Sememangnya kegagalan itu sering mencederakan jiwa. Jiwa sakit dan terdampar kehausan kepada kasih yang hilang. Jiwa pedih di dalam kekecewaan antara cinta yang malang. Membuatkan kita hanyut kealpaan hingga kini.

Bayangkan hidup tanpa warna. Apa lagi yang terdapat pada kehidupan itu. Tentu hari-hari yang mendatang hambar dan menjemukan. Warna-warni kehidupan inilah yang menjadikan kita matang sehingga kita dapat membezakan kehidupan dan kematian.

Kehidupan ini bagaikan satu pendakian. Dimana hari-hari yang mendatang membawakan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dari semalam. Semakin kita meningkat dewasa, semakin berat tugas dan tanggungjawab kita.

Kerana hidup bukanlah hanya untuk cinta. Bukan mengharapkan cinta sesama insan sahaja. Terlalu taksub dengan cinta mengakibatkan kita lupa dengan dunia yang sebenar.

Yang lepas dan hilang satu warna itu, lepaskan sahaja jangan biarkan ia menjadi pahit untuk sepanjang hidup. Biarlah ia menjadi sempadan agar hati kita selalu ingat akan kepayahan dan kesulitan akan kehidupan jika kita terus hilang.

Kehidupan yang suram tidak akan terus suram seandainya kita tidak mengubahnya pada tahap yang terbaik dalam hidup kita.


Monday 19 December 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
Hasil ilham yang hendak di delete..




The most beauty created by my self

Wednesday 14 December 2011

Friends and friendship

Persahabatan merupakan anugerah Allah SAW yang paling berharga dan indah. Hubungan persahabatan tidak dapat diputuskan melalui percakapan, perlakuan mahupun hati. Hubungan ini hanya terputus dengan kematian mahupun ketika dunia kiamat. Maka sayangilah insan yang bergelar SAHABAT kepada kita. Tanpa sahabat, kita tidak dapat maju kehadapan.


Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ianya bukan dipelajari disekolah tetapi jika kita mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.


Janganlah memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.


Orang yang suka mengkhianati teman sendiri diibaratkan binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai itu, bertambah seleralah ia.


Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir di pantai tetapi teman yang sejati
adalah mutiara diantara pasir-pasir itu.


Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat
dengan orang lain.


Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan
kematian.


Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran,
Dialah hiasan dikala senang dan merupakan perisai dikala kesusahan.


seorang sahabat yang baik adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kita lupa akan bait-baitnya.


Sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita kepada kebahagiaan hakiki. Sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita ke jalan yang benar.


Sahabat ibarat permata yang bernilai, beruntung kepada sesiapa yang mempunyai sahabat yang dapat bersama ketika susah dan senang.


Kehidupan ini benar-benar bermakna bila kita ada sahabat berkongsi suka dan duka. Namun hidup ini menjadi kosong, sunyi dan sepi bagi hari-hari yang dilalui bila sahabat kita menjauhkan diri dan tidak berterus terang tentang apa kesilapan kita yang perlu diperbetulkan. Hargailah setiap detik yang kita ada bersama sahabat seandainya kita masih ada sahabat kerana bila kita kehilangan ianya tidak akan muncul lagi. Memang sukar untuk menemui sahabat sejati.


Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Lama dah Ekin tak up date blog. Ni baru ada masa nak up date. Dah 2 minggu lebih Ekin abis paper SPM. Paper banyak yang dapat Ekin jawab dengan lancar. Alhamdullilah. Senyum kesyukuran. Doa syukur membasahi bibir. Alhamdullilah.
  Lepas SPM sebulan Ekin duduk dekat rumah mengisi masa dengan berjihad dan belajar drive kereta. Mula-mula nak belajar drive kereta manual memang susah lepas tu jadi okey sudah. hehehee...
  About someone, Mr.A. Ekin rindu sangat dekat dia. Tapi dia menjauhi diri dari Ekin. jahat sangat ke Ekin ni sampai begitu sekali Mr.A buat? Apakah kesalahan Ekin dekat Mr.A. Hanya Mr.A yang berada dihati Ekin. Biarpun ramai pemuda yang ingin menjadi peneman hidup Ekin. Ekin tolak dan anggap mereka sebagai kawan biasa je. 

Ekin Sayang Mr.A