Assalamualaikum W.B.T
Dear viewer blogger,
Sekarang Ekin nak cerita serba sedikit personaliti Ekin yang selalu berubah. Namun hati tidak berubah ye.. hehehhee
Di sini, Ekin nak buat pengakuan yang tak pernah Ekin bagitau dengan siapa-siapa, terutamanya kawan baik Ekin.
Sebenarnya orang yang paling rapat dengan Ekin selama ini adalah diri Ekin sendiri. Insan tercinta dah takde, so seumur hidup Ekin ditemani oleh diri sendiri. Berdiri di kaki sendiri. Tentang masalah yang muncul, besar macam mana pun masalah yang Ekin hadapi, Ekin hanya memandang masalah itu dan membiarkan ianya berlalu pergi. Bukan Ekin tak peduli dengan apa yang berlaku, tapi Ekin tahu masalah akan berlalu pergi juga walaupun kita tak menyelasaikannya.
Ekin mempunyai ramai sahabat.. Tapi kebanyakkannya kawan-kawan Ekin adalah lelaki. Bukan salah Ekin nak berkawan dengan lelaki, semua kawan perempuan Ekin menghindar dari bersua dan berborak dengan Ekin. Ekin lebih selesa bila berkomunikasi antara dua hala dan lebih..
Ekin seorang yang open-minded. Cerita atau luahkan saja apa yang tersimpan dalam hati. Pasti Ekin dengar dan kalau perlukan nasihat dari Ekin. Namun Ekin jenis yang tertutup hatinya. Ekin tak suka menceritakan masalah Ekin kepada sesiapa pun, walaupun dengan ahli keluarga Ekin. Dalam berkawan, Ekin memilih juga dan ianya mengakibatkan Ekin tak ramai kawan. Namun begitu, Ekin tetap suka dengan apa yang Ekin lakukkan. Ekin tahu apa yang terbaik untuk diri dan masa depan Ekin.
Pada saat ini Ekin senyum sendirian kerana separuh impian Ekin termakbul. Dan separuh lagi belum. Slow-slow nak penuhi semua tu.. Ekin juga bukan seorang yang ego. Kalau ada pun sederhana je. Ekin mempunyai hubungan persahabatan yang sederhana, sebab itu rakan-rakan Ekin tak mengenali Ekin dengan seadanya.
No comments:
Post a Comment