우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 16 January 2012

Keistimewaan Wanita Mengikut Hadis

Assalamualaikum W.B.T


  1. Doa wanita lebih termakbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayang wanita lebih kuat daripada sifat penyayang orang lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripasa bapa dan doa orang yang penyayang tidak di sia-siakan."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang solehah.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.
  5. Barangsiapa yang membawa hadiah maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang membuatkan anak perempuannya suka seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
  6. Syurga dibawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersifat ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sifat tanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.
  8. Apabila dirimu dipanggila oleh kedua-dua ibu bapa mu, maka jawablah panggilan dari ibumu dahulu.
  9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu syurga yang diingini tanpa di hisab.
  10. Apabila wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad dijalan Allah SWT.
  11. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Created by Miss Vanilla


No comments:

Post a Comment