Assalamualaikum W.B.T
Kadang kala cinta boleh membuatkan kita lalai dengan diri sendiri.. Tapi yang sebenarnya itu bukanlah salah cinta yang membuatkan diri kita hanyut namun diri kita sendiri yang membawakan perwatakan yang membiarkan nafsu menguasai fikiran..
Kehidupan ini kita dapat rasakan ketidakadilan terhadapa diri sendiri.. Kadang kala kita merasakan kehidupan ini amat menyesakkan kita sehingga sepanjang hari kita mengeluh resah mengapa semua ini terjadi kepada kita.. Amat menyusahkan untuk memilih peluang yang terbentang di depan mata.
Jangan tanya lagi kerana hati ini tidak mempunyai jawapan.. Mengenangkan kisah lalu membuatkan kita terus mengelamun.. Masih di dalam kenangan lama yang membuatkan kita semakin khayal..
Dan masih tersimpan dalam satu persoalan namun jawapannya sebagai menepuk tangan sebelah.. Amat sukar untuk meramal sesuatu yang terletaknya di dalam hati.. Dan amat sukar untuk difahami jika hati menyimpan dengan rapi rasa dan kisah yang berlaku. Sebuah kisah yang mendambakan rasa cinta yang terpendam..
Apakah kesalahan yang ku rasa ini harus dibiarkan tanpa tanda tanya? Membiarkan persoalan dan jawapan tidak selari dengan rasa di hati..
Apakah salah minda meneka berapa jauhnya jarak kita berdua? Mencari sesuatu yang telah hilang namun tidak menemuinya.. Sedangkan aku mempunyai naluri yang sama sepertimu yang merinduiku disini..
Adakah ini juga rasa cinta darimu? Mendengar degupan jantung ini berdetak ketika aku merinduimu.. Diantara indah sinar mata ini sering melihat keindahan cinta dari dirimu..
Kita tetap manusia.. Kita tetap hambaNya.. Dimana kita memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwa agar kita mengerti akan takut dan tunduk.. Kerana takut itu mengajar kita erti keberanian dan tunduk itu mengajar kita erti ketinggian.. Agar kita mengerti erti taat dan patuh.. Kerana taat itulah beza antara iman kita.. Kerana patuh itulah tuntutan rohani kita..
Created by heart of Miss Vanilla
06/01/2012
No comments:
Post a Comment