우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 12 January 2012

Cara Untuk Melupakan Seseorang Yang Telah Meninggalkan Kita

Assalamualaikum W.B.T

Dear Viewer,
  Ekin nak share serba sedikit tentang macam mana nak lupakan seseorang yang meninggalkan diri kita. Kalau Ekin memang tak dapat. Sebab insan tu telah Ekin simpan dalam segenap jiwa dan raga Ekin. So, Ekin tak dapat. Ehehehehe....
  
Antaranya adalah:

  1. Tulislah 10 pucuk surat dan poskan kepada diri sendiri, lepas itu balas balik surat yang kita pos tu. Lakukan sehari sekali, atau 3 kali sehari. (hahahaha, Ekin pernah buat macam nie, pas tu Ekin ketawa dengan apa yang Ekin buat)
  2. Jauhkan diri daripada menonton drama yang romantik ataupun filem-filem Hindustan. Elakkan kerana ianya akan menyababkan kita merasa merindui.
  3. Berkenalanlah dengan rakan-rakan baru di majalah, ruang sosial mahupun rakan-rakan yang berada ditepi jalan. hehxhexhex... Bukalah warung untuk sesi interview. Ingatlah bungan bukan sekuntum, ladybird bukan seekor. hahahaha 
  4. Buat perusahaan pertanian ataupun penternakan. Nanti bila apa yang diusahaka pastinya membuatkan kita lupa dengan insan tersebut, kerana sibuk memikirkan keuntungan yang datang.. :)
  5. Bagi yang bekerja, sibuk-sibukkan diri dengan kerja yang mendatang. Kalau tidak pun overtime je sampai bila-bila. Kalau dah sibuk tu pastinya senang untuk melupakan.
  6. Pergi manghadap cermin yang setia memandang muka kita tiap-tiap hari. Pasti kita jatuh hati dengan cermin pula. 
  7. Atau pun gantung gambar si dia yang curang dan kutuk habis-habisan. hahaha...
  8. Terima seadanya bahawa kita tidak mempunyai jodoh dengan si dia. Itu lebih baik.


Created by Miss Vanilla

No comments:

Post a Comment