Assalamualaikum W.B.T
Bukan semua si gadis jelita atau anggun sudah berpunya. Sekiranya benar, anda mungkin pernah bertanya-tanya mengapa sehingga hari ini anda tidak menemui pasangan hidup. Anda dikurniakan Allah rupa paras yang sungguh cantik, bekerjaya hebat dan memiliki segalanya. Namun, jauh disudut hati masih merasa sunyi tanpa cinta daripada kaum Adam.
Sebab-sebabnya adalah:
- Terlalu Jual Mahal - Kebiasaanya, si gadis jelita ini agak jual mahal walaupun adakalanya dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin si jelita merasakan dirinya digilai ramai. Tetapi, ingatlah kesombongan itu bakal memakan diri sendiri kelak! Makanya, bermurahlah hati untuk melemparkan senyuman pada sesiapa sahaja.
- Terlalu Komited Dengan Kerjaya - Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang cantik ini barangkali terfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerjaya jatuh pada nombor satu. Namun, mereka lupa usia tidak menunggu kita. Oleh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja, sehingga kehari ini masih sendiri.
- Pernah Dikecewakan - Oleh kerana terlalu serik bercinta, si jelita lebih bahagia bersendiri. Biarpun begitu banyak yang datang menagih cinta, namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu mensia-siakan hidupnya dengan lelaki yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.
- Persepsi yang Sukar Didekati - Kaum Adam biasanya menganggap si jelita agak sukar untuk didekati apatah lagi untuk dijadikan pasangan hidup. Kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapa dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, maka sampai ketualah si jelita membujang.
- Mencari Pasangan Ideal - Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. Orang cantik pastinya mencari orang yang sepadan dengannya. Namun, harus diingatkan bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh yang datang.
- Banyak Pilihan - Aduh.... Pening kepala memilih yang mana satu sesuai menjadi teman hidup. Kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka. Kalau pilih yang di sini, yang di sana akan kecewa. Akhirnya dua-dua ditolak. Maka jadilah 'single' sehingga ke hari ini.
Created by Miss Vanilla
No comments:
Post a Comment