Assalamualaikum W.B.T
Sukar!
Memang sukar untuk mengungkap rahsia hati,
Tiada siapa yang menduga mahu pun memahami diari hati ini kerana ia menyimpan beribu khazanah didalamnya walaupun di tulis tanpa dakwat namun pena hati dan jiwa mampu melakarkan apa yang dicoret.
Begitulah unggulnya diari hati ini,
Tercoret secebis ungkapan rindu dan perasaan cinta yang sukar untukku luahkan padamu,
Insan yang amat ku sayangi.
Perkenalan pertama sewaktu dipertemukan di sesuatu tempat telah memikat jiwaku yang kosong,
Kemesraanmu pengubat hati nurani,
Gurau sendamu adalah kebahagiaanu,
Senyumanmu penggerak nadiku,
Pintu hati yang telah tertutup rapat telah diketuk oleh kehadiranmu,
Membuatkan jiwa yang semakin kosong terisi dengan bunga-bungaan yang mekar berkembang.
Walaupun kadang kala,
Sikapmu yang kurasa agak keterlaluan pernah mengecewakanku tetapi ketahuilah,
Dirimu tidak mampu kubenci walaupun berkali-kali kucuba mengundang perasaan itu.
Aku membohongi diriku sendiri jika aku katakan,
Dirimu tidak pernahku suka,
Aku pernah mencuba untuk melupakanmu namun aku tidak berdaya kerana semakinku cuba lupakan,
Semakin segar rindu ini padamu.
Makin segar rindu ini padamu,
Dengan itu,
aku mula menyedari sedikit demi sedikit bahawa aku menyayangimu,
Kadang kala sikapmu membuatku terasa diri ini seperti satu persingahan tapi hakikatnya aku tahu,
Kau bukanlah seperti yang kufikirkan.
Ketahuilah teman,
Kerana apa yang kau rasa,
Itulah yang kurasa.
Cuma yang kuharapkan kau dapat membahagiakan diri ini dan menyayangiku sepenuh hati,
Aku tidak mahu dan tidak ingin cinta yang bakal dibina berakhir di tengah jalan,
Aku takut pada kekecewaan kerana dirimu adalah cinta pertamaku.
Created by Miss Vanilla
No comments:
Post a Comment