우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 16 January 2012

Cara Mengatasi Kesedihan

Assalamualaikum W.B.T


Dear viewer,
  Hari ini Ekin nak share  cara nak menhatasi kesedihan yang kita alami.


Antaranya adalah:

Perlukan waktu dan ruang yang cukup untuk memulihkan jiwa
Beri peluang pada diri sendiri. Kita perlu mengurangkan segala harapan yang kita inginkan.

Luahkan kepada sesiapa
Cari teman terdekat mahupun ahli keluarga kita yang rapat untuk luahkan sehalanya. Sangat penting untuk melepaskan apa yang membuatkan kita rasa sedih kepada seseorang yang rapat dengan kita.

Katakan "Selamat Tinggal"
Buatlah surat perpisahan kepada seseorang yang telah meninggalkan kita. Ianya merupakan sejenis penghilangan emosi yang membantu untuk proses penyembuhan jiwa. Namun jangan dipaksa untuk berbuat demikian. Buat sesuatu yang kita rasa itulah cara yang terbaik untuk kita.

Membuat kenangan
Caranya kumpul semua benda yang memberikan kenangan kita bersama insan yang kita sayang seperti foto-foto, hadiah-hadiah atau surat-surat yang pernah di utuskan oleh insan tersayang yang meninggalkan kita. Tunjukkan kepada orang lain untuk membantu kita mencurahkan perasaan kita.

Menangislah
Menangislah sekiranya kita rasa perlu. Kita mungkin dalam keadaan terkejut dan menyangkal bahkan tidak merasakan kesedihan beberapa jam atau beberapa ketika selepas kehilangan insan yang kita sayang. Namun bila tiba saatnya, tanpa dipinta air mata kita akan mengalir dengan sendirinya.

Menghabiskan masa berada diluar rumah
Habiskan masa di tempat-tempat seperti cafe dan bersama-sama rakan menonton filem di pawagam. Ataupun berjalan-jalanlah di taman.

Mencari jalan penyelesaian
Misalnya, seseorang yang dalam keadaan tertekan, dia pastinya banyak masa untuk tidur. Hal ini merupakan mekanisma untuk pertahanan tubuh. Cari penyelesaian yang lain seperti mencari hobi baru.

Singkirkan sifat negatif
Hentikan berfikir tentang perkara-perkara yang negatif kerana ianya akan mengubah unsur-unsur kimia dalam otak untuk berfikir secara lebih negatif. Berhati-hatilah bila berada dikalangan orang yang berfikiran negatif. Seharusnya fikirkanlah perkara yang menyenangkan kita sendiri.


Created by Miss Vanilla


No comments:

Post a Comment