우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 31 January 2012

Kepahitan Itu Indah

Assalamualaikum W.B.T


"Betapa selama ini manusia sering merasakan kepahitan itu sebagai unsur negatif yang merosakkan diri sehingga membunuh hati untuk menikmati indahnya kehidupan yang diciptakan oleh Yang Esa. Betapa insan sering terlupa yang mereka mempunyai pilihan untuk mengharungi setiap keperitan itu, biar pun dipenuhi kepedihan tapi akhirnya berlalu, kita akan menjadi seorang yang tabah. Semoga selepas itu, perkara-perkara yang lain terjadi  dalam hidup akan lebih dihargai dan di anggap manis kerana yang paling pahit itu telah berlalu pergi, menjauh dari hidup."

Created By Miss Vanilla
Nurkilan dari hati..

Madu Atau Racun ?

Assalamualaikum W.B.T


“Orang kata kalau kita tak merasa kepahitan dalam hidup, kita takkan dapat menikmati betapa berertinya setiap kemanisan yang hadir dalam hidup. Aku mahu menjadi manusia yang mampu menilai perbezaan antara madu dan racun tapi aku takkan mungkin boleh menelan racun itu, lalu bagaimana pula aku bisa mengetahui betapa manisnya madu itu?"

Created by Miss Vanilla 

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear viewer,
  Eykine hari ini nak cerita sedikit tentang apa yang Eykine lalui. Ada saatnya Eykine rasa nak menangis je. Eykine tak tahu dekat siapa Eykine luahkan apa yang Eykine rasa. Kawan? Kawan Eykine semua dah jauh dari Eykine. Family? Seorang pun tak nak dengar apa yang Eykine cakap. Hurm.. Sebab itulah Eykine luah melalui blog Eykine ini.
  Bagaimana rasa dikhianati ataupun ditipu oleh seseorang yang rapat dengan kita? Pastinya perasaan kita menjadi sakit. Kalau tidakpun kita berasa sedih. Eykine dah tak tahan dengan kehidupan Eykine sekarang. Seseorang yang rapat dengan Eykine telah mengkhianati Eykine. Syabas Eykine ucapkan. Bagus sangat apa yang awak buat dekat Eykine. Depan Eykine, dia acting macam tiada apa yang berlaku, kalau dibelakang Eykine pula.. Adalah benda yang tak baik dia buat.
  Sebab itulah Eykine rela bersendiri daripada ditemani. Eykine tak sanggup disakiti. Eykine dah puas dengan apa yang orang cakap dekat Eykine, bukannya benda yang baik nak dibualkan, nak memalukan orang lagilah ada. Hurm... Tak apa, Eykine tak bertindak namun Allah akan membalasnya.
  Eykine hanya mampu berdiam diri. Walaupun Eykine rindu dengan Mr. A, hati Eykine tetap diam. Sampai bila-bila, Eykine akan merindui dan mencintai Mr.A dari jauh walaupun Mr.A membenci Eykine. Eykine tahu yang Eykine bukannya Nabi yang sentiasa sempurna, Eykine tak terhindar dari dosa-dosa dunia. Biarkanlah Eykine hidup seperti ini, takdir cinta Eykine dengan Mr. A adalah seperti ini. Ada Mr.A dengan si dia yang baru, bukan Eykine yang mahu, semoga Allah memimpin Eykine kejalan yang diredhaiNya.

Friday, 27 January 2012

Diari Hati

Assalamualaikum W.B.T



Sukar!
Memang sukar untuk mengungkap rahsia hati,
Tiada siapa yang menduga mahu pun memahami diari hati ini kerana ia menyimpan beribu khazanah didalamnya walaupun di tulis tanpa dakwat namun pena hati dan jiwa mampu melakarkan apa yang dicoret.

Begitulah unggulnya diari hati ini,
Tercoret secebis ungkapan rindu dan perasaan cinta yang sukar untukku luahkan padamu,
Insan yang amat ku sayangi.

Perkenalan pertama sewaktu dipertemukan di sesuatu tempat telah memikat jiwaku yang kosong,
Kemesraanmu pengubat hati nurani,
Gurau sendamu adalah kebahagiaanu,
Senyumanmu penggerak nadiku,

Pintu hati yang telah tertutup rapat telah diketuk oleh kehadiranmu,
Membuatkan jiwa yang semakin kosong terisi dengan bunga-bungaan yang mekar berkembang.
Walaupun kadang kala,
Sikapmu yang kurasa agak keterlaluan pernah mengecewakanku tetapi ketahuilah,
Dirimu tidak mampu kubenci walaupun berkali-kali kucuba mengundang perasaan itu.

Aku membohongi diriku sendiri jika aku katakan, 
Dirimu tidak pernahku suka,
Aku pernah mencuba untuk melupakanmu namun aku tidak berdaya kerana semakinku cuba lupakan,
Semakin segar rindu ini padamu.

Makin segar rindu ini padamu,
Dengan itu,
aku mula menyedari sedikit demi sedikit bahawa aku menyayangimu,
Kadang kala sikapmu membuatku terasa diri ini seperti satu persingahan tapi hakikatnya aku tahu,
Kau bukanlah seperti yang kufikirkan.

Ketahuilah teman, 
Kerana apa yang kau rasa,
Itulah yang kurasa.

Cuma yang kuharapkan kau dapat membahagiakan diri ini dan menyayangiku sepenuh hati,
Aku tidak mahu dan tidak ingin cinta yang bakal dibina berakhir di tengah jalan,
Aku takut pada kekecewaan kerana dirimu adalah cinta pertamaku.

Created by Miss Vanilla

Saturday, 21 January 2012

Hati Yang Mempunyai Cerita

Assalamualaikum W.B.T

Kesunyian ini terlalu indah... Terlalu asyik untuk dihayati.. Walaupun pedih dan terluka.. Sunyi ini pasti menemani.. Walaupun pahit dan sengsara, sanggup ku tempuh.. Kerana aku keseorangan.. Kerana aku kesepian.. Kerana tiada sesiapa yang menemani dan memahami diri ini kecuali ku sendiri..


Kehilangan cinta yang disemai bertahun lamanya memang membuatkan seseorang itu seolah perginya separuh jiwa.. Hanyut di dalam dunianya sendiri tanpa ada belas dari sesiapa.. Lemas didalam kesakitan yang amat sukar di bayangkan. 

Saya Mencintainya

Assalamualaikum W.B.T

Aku Mencintainya, tanpa melihat perkataan "SEMPURNA"..
Aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan...
 Aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fizikalnya....
Aku mencintainya dengan sebentuk cinta yang aku punya...
Aku mencintainya, tanpa melebihi cintaku padaNya..
Aku mencintainya dengan melihat segala kelebihan dan kekurangan yang ia miliki..


Created by Miss Vanilla

Mungkin Takdir Telah Menentukan

Assalamualaikum W.B.T

Kadang-kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,  Bila dia mengelak,


...Bukan Sebab Si Dia Membenci Kamu...
Bukan sebab saya yang bertepuk sebelah tangan..
Bukan kerana saya seorang yang merasakan itu...

Tetapi kerana si dia tahu..
Dan dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia mempunyai perasaan yang sama.


~biar saya setia menjaga cinta ini...andai tiada jodoh...saya redha~



Andai Aku Adalah Tulang Rusukmu Yang Hilang

Assalamualaikum W.B.T

Dear Viewer,
  Ekin nak share sesuatu yang datang ikhlas dari hati Ekin.


•♥• ~~~ •♥•
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~
Created By Miss Vanilla


Ya Allah Adakah Dia Untukku?

Assalamualaikum W.B.T


"Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain."

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
hati ini berdebar-debar…semakin diingat tentang itu…hati semakin tidak tenteram…ya Allah apa yang berlaku ini?
————–
pagi itu, Auni bersiap-siap seperti biasa untuk ke kuliah…jam hampir menunjukkan jam 9 pagi…alamak! dia terlewat…jeritan dari sahabatnya seketika tadi menyedarkan lamunannya…ya Allah!
kuliah pagi ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dia dan sahabatnya, Arissa tiba tepat pada masanya. Langkahan kaki ke tempat duduknya telah menarik minat seorang insan di hujung kelas. Sudah lama dia memerhatikan gerak geri Auni yang penuh dengan kelembutan, malah cukup berdedikasi di dalam kelas. Adakah dia sudah berpunya? Persoalan itu kerap bermain di mindanya. Mahu mendekati Auni? Tidak! Itu bukan dirinya… Nantilah dahulu, getus hatinya lagi.
————————-
Program motivasi yang dianjurkan oleh salah sebuah persatuan di kolejnya menarik minatnya untuk hadir. Sekali lagi, hati lelaki itu berdebar-debar. Entah kenapa dirinya sendiri kurang pasti. Setibanya dia di situ, baru dia mengerti kenapa hatinya tidak tenteram. Auni! Ya, gadis yang telah menambat hatinya turut ada di situ. Malah, dia merupakan salah seorang insan yang terlibat di dalam program tersebut. Malam itu, dia bersujud kepada Allah memohon petunjuk. Istikharahnya beberapa malam ini jelas menunjukkan gadis itu. Namun, dia sendiri tidak yakin. Ya Allah, benarkah dia untukku? Benarkah dia insan yang telah dipilih oleh-Mu untuk diriku? Dalam sujudnya, lelaki itu memohon agar diberikan petunjuk.
————————————-
Di dalam diam, sebenarnya gadis itu turut menyimpan perasaan yang sama. Malah, gadis itu turut melakukan solat istikharah di malam hari meminta petunjuk dari Allah. Benar, wajah lelaki itu yang muncul di dalam mimpinya. Ya Allah, benarkah dia untukku? Benarkah dia pilihan dari-Mu?
————————————-
Subhanallah… Apabila niat yang baik, doa yang baik dari insan yang baik…pasti Allah akan memakbulkan permintaan hamba-Nya. Alhamdulillah akhirnya, Auni & Azrai disatukan di dalam satu walimah yang cukup sederhana tapi cukup bermakna bagi mereka. Masakan tidak, masing-masing tidak menjangkakannya. Namun, benarlah, jodoh itu telah pun Allah tentukan di Luh Mahfuz lagi.  Moga tautan cinta yang mereka bina ini kekal hingga ke syurga… Benarlah untuk mendapatkan yang solehah, diri sendiri perlu berubah menjadi soleh. Yakin dengan janji Allah, apabila kita berusaha untuk menjadi yang terbaik, Allah juga akan berikan yang terbaik untuk kita.
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Itu hanya bingkisan kisah yang sempat dikongsikan. Buat sahabat-sahabat yang masih tertanya-tanya adakah dia untukku?…yakinlah dengan janji Allah. Jodoh setiap insan telah pun ditetapkan. Cuma cepat atau lambat sahaja. Baiklah, nasihat pada sahabat-sahabat yang belum lagi bertemu jodoh:
Mulalah berdoa dari sekarang. Jangan sesekali berputus asa apabila telah lama berdoa. Yakinlah Allah pasti mendengar doa dari hamba-Nya yang ikhlas.
Jadilah insan yang baik. Yakinlah, bila kita dah berupaya menjadi insan yang baik, kita akan dapat yang terbaik.
Pilihlah insan yang bertanggungjawab & amanah.
YA ALLAH! BENARKAH DIA UNTUKKU? 
″Bila kita memang dijodohkan. Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan. Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya .″Ya Allah, Ajarkan kami mencintai dgn sederhana, Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,Ya Allah, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, Aku mencintainya kerana-Mu, Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah..
Antara doa-doa yang boleh diamalkan oleh mereka yang menginginkan jodoh:
Surah Al-Mukminun ( ayat 29) : Doa mendapat keluarga yang baik
Surah Al-Anbiya ( ayat 89) : Doa memohon agar tidak berseorang diri
Surah Toha ( ayat 131-132) : Doa berkaitan dengan rezeki
” …Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya tetapi siapa dia setelah menikah denganmu…
Jadi, janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju Syurga… “
p/s Kalau Allah izinkan…sejauh mana kita terpisah…selama mana kita menyepi….INSYA ALLAH….kita akan disatukan~

Created By Miss Vanilla

Doa Bertemu Jodoh

Assalamualaikum W.B.T

Bagi yang ingin dipertemukan jodoh masing-masing, boleh
mengamalkan ayat-ayat ini:

Surah Syura Ayat 19

Maksudnya:
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Surah Yusuf Ayat 4

Maksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
Surah Toya Ayat 39

Maksudnya:

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

Surah Ali-Imran Ayat 31

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Ayat 1000 Dinar 

Maksudnya:

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



Created by Miss  Vanilla








Friday, 20 January 2012

Ciri-Ciri Lelaki Yang Soleh

Assalamualaikum W.B.T

Dear viewer, 
  Ekin dah beberapa hari tak up date blog. Hari ini Ekin nak kongsi ciri-ciri lelaki yang soleh untuk dijadikan suami. Ekin nakkan suami yang macam ini. Tapi Allah telah menentukan.. Jangan salahkan takdir tau.. 

Ciri-ciri lelaki soleh antaranya adalah:

~ Insan yang soleh adalah insan yang melakukan kewajiban utama yang di syariatkan oleh Islam, dan sentiasa melakukan perkara sunat yang boleh mengisi masa lapangnya.

~ Insan yang menjauhi perbuatan dosa besar dan menegur insan yang lain yang melakukan kemungkaran dan mengajaknya ke jalan Allah..

~ Insan yang sentiasa berdedikasi dengan apa yang dilakukan dan apa yang dilakukannya adalah kerana Allah.

So, para wanita carilah bakal suami yang berciri-cirikan ini. Kerana ianya boleh membawa isteri dan anak-anak ke Syurga. InsyaAllah..


Created by Miss Vanilla

Monday, 16 January 2012

Keistimewaan Wanita Mengikut Hadis

Assalamualaikum W.B.T


  1. Doa wanita lebih termakbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayang wanita lebih kuat daripada sifat penyayang orang lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripasa bapa dan doa orang yang penyayang tidak di sia-siakan."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang solehah.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.
  5. Barangsiapa yang membawa hadiah maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang membuatkan anak perempuannya suka seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
  6. Syurga dibawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersifat ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sifat tanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.
  8. Apabila dirimu dipanggila oleh kedua-dua ibu bapa mu, maka jawablah panggilan dari ibumu dahulu.
  9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu syurga yang diingini tanpa di hisab.
  10. Apabila wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad dijalan Allah SWT.
  11. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Created by Miss Vanilla


Tips Kehamilan Untuk Lelaki Sebagai Ayah

Assalamualaikum W.B.T

Dear Viewer,
  Ekin nak share sesuatu kepada bakal menjadi seorang ayah atau pun suami kepada seorang insan yang teristimewa. Tahukah ada beberapa perkara yang patut dihindari oleh bakal ayah yang menginginkan anak bersama isteri, jika tidak pastinya sukar untuk mendapatkan waris yang diingini.

Perkara yang patut dihindari adalah:

Jangan selalu mandi air panas atau sauna
Kesuburan kaum lelaki berada dalam keadaan baik, bila di jaga dalam suhu yang yang tidak terlalu tinggi,iaitu beberapa darjah dari suhu yang normal. Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang ketat atau sintetik akan membuatkan testis menjadi panas dan mempengaruhi penghasilan sperm. Keadaan panas pada bahagia testis menurunkan produktiviti penghasilan sperm.

Jangan terlalu kerap berbasikal
Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus keatas padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindar tekanan seperti ini.


Elakkan stress atau tekanan
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical Collage of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.

Elakkan daripada terdedah dengan bahan radiasi
Terkena bahan radiasi atau kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma dan merosakkan genetik untuk menghasilkan generasi sendiri.

Jangan ambil ubat sebarangan
Tanyakan pada doktor anda apakah kesan pengambilan ubat-ubatan terhadap fungsi seksual anda. Kebanyakkan ubat-ubat untuk penyakit yang teruk mengakibatkan masalah penurunan penghasilan sperma dan kurang subur.

Jangan merokok
Kajian-kajian yang dijalankan sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkakn sperma yang sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Pada suami yang perokok tegar, kalian haruslah memberhantikan tabiat merokok ini kerana ianya menyebabkan isteri dan anak menjadi perokok pasif.

Elakkan makanan ringan
Elakkan memakan makanan yang kurang berkhasiat. Sesungguhnya gantikan ia dengan makanan yang sihat seperti sayur, buah-buahan, dan sebagainya. Dengan ini kalian akan lebih sihat menjadi seorang ayah kepada generasi yang baru.

Created by Miss Vanilla.