우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 28 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Alocasia Macrorrhiza (L.) G. Don.

Nama Biasa: Keladi Gajah, Sebaring, Viha, Large Taro
Keluarga: Araceae

Taburan: 
-Berasal dari bahagian Asia yang beriklim tropika. 
-Boleh di dapari di negara-negara beriklim tropika.

Kedapatan:
-Tumbuh meliar di kawasan terbiar semak samun dan penempatan yang mengandungi humus tinggi, lembab serta terlindung kepada cahaya matahari.
-Boleh didapati di tanaman hiasan di kawasan landskap terutama di kawasan kediaman dan taman.

Keterangan:
-Herba yang besar setinggi 2 m.
-Pembiakan dari belahan anak dan anak dari akar.

Rasa @ Sifat:
*Seluruh Bahagian- berasa pedas, bersifat panas dan rizom beracun.

Kandungan:
*Seluruh Bahagian- mengandungi air, karbohidrat, serat, mineral dan kalsium oksalat.

Khasiat Tumbuhan:
*Batang- merawat bisul, kurap, digigit ular, anjing atau serangga
*Daun- merawat badan bertoksik, sengatan serangga, TBC paru-paru, TBC kelenjar, sakit kepala kerana angin panas
*Rizom- merawat selesema, panas badan terlalu tinggi, demam malaria, cirit birit, tifut akut, reumatik dan keputihan.

Cara Penggunaan:
*Badan Bertoksik- sehelai daun Keladi Gajah, daun serta batang Potudung, daun Rumput Tahi Ayam, daun Tobuhasa, anak cambah Bemban, Serai dan seluruh bahagian Lalang direbus dengan air secukupnya sehingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian ketika masih panas.
*Bisul, Kurap, Digigit Ular, Anjing atau Serangga, Reumatik- batang Keladi Gajah dihiris nipis, dipanggang sehingga panas lalu ditampalkan pada bahagian yang sakit. Setelah sejuk, tukar dengan batang lain yang telah dipanaskan.
*Keputihan- rizom Keladi Gajah dihiris nipis, digoreng tanpa minyak bersama beras sehingga hangus. Masukkan kedalam air dan gula secukupnya dan rebus selama 3-5 jam. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Sakit Kepala Kerana Angin Panas- tunas Keladi Gajah secukupnya dihiris nipis, lalu ditampalkan di kepala.
*TBC Paru-paru, TBC Kelenjar- tangkai daun Keladi Gajah secukupnya diperah airnya lalu diminum 1 sudu besar. Lakukan setiap hari secara rutin.
*Tikus Akut, Selesema, Panas Badan, Demam Malaria, Cirit Birit- 11 g rizom Keladi Gajah kering direbus dengan 3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga tinggal segelas air. Setelah sejuk, tapis dan minum kesemuanya.

Tuesday, 27 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Ageratum Conyzoides L.

Nama Sinonim: A. Ciliare Lour, A. Cordifolium Roxb.
Nama Biasa: Rumput Tahi Ayam, White Weed
Keluarga: Compositae

Taburan: Berasal dari Amerika Tropika. Boleh didapati di negara-negara beriklim tropika pada ketinggian 1-2100 m dari paras laut.

Kedapatan: 
-Tumbuh di kawasan lembab dan terdedah kepada matahari
-Tumbuh merata di kawasan penempatan, penanaman, tepian jalan, belukar, kawasan lapang dan tanah terbiar.

Keterangan:
-Herba bersaiz sederhana, ketinggian boleh mencapai 0.3-0.9 m.
-Pembiakan dari biji benih

Rasa @ sifat:
*Bunga- berasa sedikit tawar, pedas. bersifat panas
*Daun- berasa sedikit pahit, pedas. bersifat neutral

Kandungan:
*Daun- mengandungi air, karbohidrat, serabut, mineral, asid amino, organik asid, o-sitosterol, sulfur dan potassium klorida

Khasiat Tumbuhan:
*Seluruh Bahagian- merawat demam panas, malaria, sakit kerongkong, radang paru-paru, radang telinga tengah, pendarahan rahim, luka, hidung berdarah, sakit perut, cirit birit, muntah, perut kembung, badan letih, ketumbuhan rahim dan mencegah kehamilan.

Cara Penggunaan:
*Bisul- 1 pohon Rumput Tahi Ayam termasuk akar dibasuh bersih, ditumbuk lumat bersama 1 genggam nasi sejuk dan sedikit garam. Tampal pada bisul dan dibalut dengan kain. Lakukan 2 kali sehari.
*Malaria- 15-10 g pokok Rumput Tahi Ayam tanpa akar direbus dengan 2 gelas air lalu dibiarkan mendidih sehingga tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum kesemuanya. Lakukan 2 kali sehari.
*Pendarahan Rahim- 10-15 g pokok Rumput Tahi Ayam tanpa akar direbus dengan 2 gelas air lalu dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis lalu minum kesemuanya. Lakukan 2-3 kali sehari.
*Radang Telinga Tengah- daun Rumput Tahi Ayam secukupnya dibasuh, ditumbuk lumat, diperah serta ditapis airnya lalu dititikan 2 titis air perahan ke dalam telinga. Lakukan 4 kali sehari.
*Tumor Rahim- 30-60 g Rumput Tahi Ayam segar dan 15-30 g Rumput Tahi Ayam kering direbus dengan 3 gelas air sehingga airnya tinggal segelas. Minum air rebusan segelas sehari. Lakukan sehingga sembuh.

Penting!
Ibu hamil dilarang minum air rebusannya kerana boleh menyebabkan keguguran janin. Ia boleh menyebabkan muntah, sakit perut yang teramat sangat dan kerosakan pada hati.

Sunday, 25 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Acorus calamus L.

Nama Biasa: Jerangau, Jeringau, Jerangan, Alwah, Dringo
Keluarga: Acoraceae

Taburan: berasal dan tumbuh di negara yang beriklim tropika

Kedapatan:
-gemar tumbuh di kawasan lembab yang menakung air dan mendapat pancaran cahaya matahari penuh
-tumbuh meliar di parit, kolam, tepian tasik dan sawah

Keterangan:
-herba saka boleh meninggi sehingga 1 m atau lebih
-rupa jerangau kelihatan hampir sama dengan lalang namu perbezaan adalah pada bau yang dikeluarkan
-jerangau Malaysia tidak mengeluarkan bunga
-pembiakan dari belahan anak dan rizom

Rasa @ sifat: 
*Seluruh bahagian- berasa payau dan berbau wangi

Kandungan Dalam Tumbuhan:
*Seluruh Bahagian- mengandungi x-asaron, azulena, elemisin, isoeugenol, limorena, minyak pati dan minyak meruap.

Khasiat Herba:
*Daun- merawat sakit perut, cirit birit, masuk angin, muntah, asma, sakit urat dan rawatan ibu selepas bersalin
*Rizom- merawat ibu selepas bersalin, sakit perut, cirit birit, masuk angin, muntah asma, sakit urat, kolik, dispepsia, demam, ulser usus, pendarahan dalaman, reumatik, sakit saraf, disenteri, lelah, jangkitan bronkus, batu karang, lemah tenaga batin, sakit kepala, selesema, uri terlekat pengeluaran darah haid tidak lawas dan sukar bersin.
*Seluruh Bahagian- merawat lemah tenaga batin, sistem penghadaman bermasalah, demam panas, selesema dan rawatan ibu selepas bersalin.

Cara Penggunaan:
*Badan berangin, kolik, dispepsia, demam, ulser usus, pendarahan dalaman, reumatik, penyakit saraf, disenteri, lelah, jangkitan pada bronkus- risom Jerangau secukupnya dibasuh bersih direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Darah haid tidak lawas, lemah tenaga batin, sakit kepala dan rawatan ibu selepas bersalin- rizom Jerangau direbus dengan 3 gelas air dan direbus sehingga tinggal segelas. Tapis air dan diminum ketika masih panas.
*Demam panas dan selesema- seluruh bahagian Jerangau dan rizom Halia Bara yang telah dikupas kulitnya, dibasuh bersih, direbus dengan 2 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
*Sakit buah pinggang dan batu karang- rizom Jerangau dan sedikit Kemenyan direbus dalam 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
*Sakit ketika haid- 2 g daun Jerangau, 10 g daun Sendokan Kiurat, 4 g rizom Temu Lawak, 5 g daun Dukong Anak, 2 g daun Sembong, 20 g biji Ketumbar dan 10 g Hati-hati Ungu direbus dengan 2 gelas air sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum. Lakukan setiap hari semasa haid.
*Sukar Bersin- akar Jerangau dibakar lalu asapnya disedut bagi membangkitkan bersin.

Penting!
Jerangau boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Jika terkena mata, bersihkan dengan air bersih selama 10 minit.



Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Acanthus Ebracteatus Vahl.

Nama Biasa: Jeruju Hitam @ Sea Holly
Keluarga: Acanthaceae

Taburan: Berasal dari Asia Tenggara hingga Australia. Berada di selatan Asia yang beriklim tropika.

Kedapatan:
-tumbuh meliar di tebing dan muara sungai yang mengalami air pasang surut dan kawasan perkampungan
-ditanam di kawasan landskap sebagai tanaman hiasan

Keterangan:
-herba setinggi sehingga 1 m
-pembiakan dari biji benih, belahan rumpun dan keratan batang

Rasa @ Sifat:
*Daun- berasa sedikit pahit dan bersifat sejuk.

Kandungan Dalam Tumbuhan:
*Biji- mengandungi 2(3H)-benzoxazolon

Khasiat Tumbuhan:
*Akar dan batang- merawat pelbagai penyakit kulit, demam panas kronik dan mengekalkan tubuh menjadi sihat
*Biji- merawat bisul, batuk, kecacingan, kencing manis dan tekanan darah tinggi
*Daun- merawat asma, batuk, bengkak, reumatik, keputihan dan rambut serta kulit kepala bermasalah

Cara Penggunaan:
*Asma, batuk, bengkak, reumatik- daun Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih, tapis lalu minum airnya. Lakukan selalu sehingga sembuh.
*Batuk- biji Jeruju Hitam, bunga Belimbing Buluh, batang Tebu Hitam, kulit batang Kayu Manis dan gula batu rebus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis lalu minum.
*Bisul- biji Jeruju Hitam ditumbuk lumat lalu di tekap ke bahagian yang bisul manakala biji Jeruju Hitam yang dipanggang ditumbuk lumat lalu ditelan bersama air.
*Demam Panas Kronik- akar Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum airnya.
*Kecacingan dalam perut @ usus, kencing manis dan darah tinggi- biji Jeruju Hitam secukupnya dibasuh bersih lalu ditelan terus bersama air masak.
*Keputihan- daun Jeruju Hitam secukupnya dibasuh bersih, direbus bersama susu. Airnya ditapis lalu diminum.
*Lemah badan- batang Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Rambut dan kulit kepala bermasalah- daun Jeruju Hitam ditumbuk lumat, diperah airnya lalu disapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
*Penyakit kulit- akar Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum airnya. 

Saturday, 24 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini Ekin kongsikan sedikit sebanyak tentang tumbuhan liar yang boleh di jadikan ubat:

Acalypha Indica L
Nama Saintifik: A.australis L.
Nama Biasa: Ceka Mas
Keluarga: Euphorbiaceae

Taburan:
Boleh didapati di negara beriklim tropika

Boleh Di Dapatkan:
Tumbuh di kawasan lapang yang terbiar yang mengandungi tanah berpasir, berhumus tinggi serta terdedah kepada cahaya matahari penuh. Tumbuh meliar di kawasan penempatan, pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.

Keterangan:
-Merupakan herba semusim
-tumbuh secara menegak
-tinggi 0.3-0.5m
-batang mempunyai cabang yang pendek
-keseluruhan pokok berbulu halus
-pembiakan melalui biji benih

Sifat @ rasa:
Seluruh bahagian- berasa pahit, bersifat sejuk dan beracun

Kandungan Dalam Tumbuhan:
Akar- mengandungi saponin dan tanin
Batang- mengandungi flavonoida, saponin dan tanin
Daun- mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin

Khasiat Ubatan:
Akar- merawat reumatik, ulser mulut, penyakit kulit
Daun-merawat ulser mulut dan penyakit kulit
Seluruh bahagian kecuali akar- merawat kencing tidak lawas, pendarahan, sakit perut, cirit-birit, terlalu kurus, gangguan pencernaan makanan, hidung berdarah,muntah darah, berak darah, kencing darah, malaria dan sembelit.     

Penggunaan:
*Penyakit kulit, Sakit mulut- Pokok Ceka Mas segar tanpa akar direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih selama 15 minit. Gunakan air rebusan yang suam untuk mencuci luka.
*Luka, Bisul, Radang Kulit, Di Gigit Ular- Pokok Ceka Mas tanpa akar dibasuh, ditumbuk lumat bersama 1 sudu teh gula pasir lalu ditampal pada bahagian kulit yang sakit.
*Perut Memulas dan Pendarahan- 30-60 g Pokok Ceka Mas kering termasuk akar, dibasuh bersih, direbus dengan 3 gelas air sehingga airnya tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 1/2 gelas pada waktu pagi dan 1/2 pada waktu petang. Lakukan sehingga sembuh.
*Reumatik- Akar Ceka Mas, rizom Halia Bara (dikupas kulit) dan daun Puding Emas dibasuh bersih, direbus dengan 1 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk tapis lalu diminum kesemuanya. Lakukan sehingga sembuh.

Penting!
Simptom utama keracunan yang ditunjukkan ialah rasa loya, muntah, cirit birit, sakit kepala, mengantuk, tidak dapat memberi tumpuan, tidak dapat bertindak balas, kepenatan, separa sedar, lemah anggota badan, sawan dan koma. Jika terkena kulit ianya boleh menyebabkan keradangan.               

Friday, 23 December 2011

What We Got....?

Assalamualaikum W.B.T

Lets seen what we got in all alphabet in our name:

N-Smiling
O-Sporting
R-Unpredictable
A-Gifted
S-Romantic
Y-Caring
I-Respected
K-Loved by all
I-Respected
N-Smiling

Lets see what we get from Him name:

A-Gifted
L-Arrogant

T-Proud
A-Gifted
R-Unpredictable
M-Great Person
I-Respected
Z-Pretty
I-Respected

Its only a game. But some is true. shhh... keep its know..

By  Trouble Maker.

Thursday, 22 December 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hurm... Ekin nak cerita tentang hari ini. Hari Khamis merupakan hari yang bermakna untuk Ekin. Yang pertama, Ekin hari ini tak escape buat terapi. Sakit memang sakit itu tak dapat di elakkan. Biarlah Ekin tak ada selera makan. Ekin tak kisah pun. Biar macam tu sampai Ekin dapat pegang segulung ijazah untuk parent.
 Yang kedua, Ekin dapat menerima hakikat yang Ekin ni memang pencurang. Ekin bukan perempuan baik. Biar Ekin buat perkara yang baik pun orang dah tuduh Ekin nie jahat, biarlah. Kalau Ekin setia pun orang tuduh Ekin curang. Biar setia itu Ekin seorang yang tahu. Ekin adalah seorang wanita yang JAHAT. Ekin tahu.. Cukuplah jangan hina Ekin lagi. Biarkan.....
  Yang ketiga, Ekin memang penipu. Ekin tipu hati sendiri untuk orang lain. Tak perlu tahu kenapa Ekin buat macam tu. Ekin nak semua orang genbira dan jangan fikir tentang kebahagiaan Ekin. Ekin korbankan kebahagiaan Ekin untuk semua orang. Jahatkan Ekin. Dah jangan cari Ekin lagi kalau merindui. Kalau rindukan Ekin, bacakan sahaja surah Yassin untu Ekin.

Wassalam

Wednesday, 21 December 2011

Cerita Hati Seorang Wanita Kepada Seseorang

Assalamualaikum W.B.T

Kadang kala wanita sering menyembunyikan satu rasa sakit pada seseorang sehingga menitiskan air mata namun lelaki tidak melihatnya. Kerana wanita menangis dalam senyap. Menangis di dalam hati. Derita seorang wanita sukar difahami kerana wanita pandai memainkan peranan dalam wataknya dengan menyembunyikan kesedihan dengan sebuah senyuman yang terukir.

Dan kadang kala lelaki mampu melihat air mata yang mengalir. Sungguh disaat itu amat perit derita yang ditanggung oleh kaum wanita. Dan seolah-olah telah kehilangan satu kekuatan diri kerana selalu menahan diri dari mengeluarkan air matanya. Dan jika diteruskan wanita dalam kesedihan, pastinya akan melakukan sesuatu diluar jangkaan.. Kaum lelaki tenangkanlah wanita.

Di saat wanita menitiskan air mata, berpesanlah engkau wahai lelaki dan berjanji untuk tidak melukai perasaannya. Pastinya dia menerima kata-kata kamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara. Dan berpesanlah supaya tidak menangis lagi dan berjanji untuk menjaganya.

Kadang kala wanita jarang mengatakan kata rindu, janganlah kaum lelaki menyangka wanita tersebut tidak mempunyai perasaan rindu kepada kamu. Apabila wanita mengatakan rindu kepada lelaki, pasti ianya benar dan memaksudkannya. Kadang kala  wanita tidak fokus kerana terlalu merindui kamu.

Seandainya wanita yang disayangi mengatakan lelaki lain itu lebih baik daripada kamu, janganlah kamu mempercayainya. Wanita ingin menguji kamu saja. Dia cuma mahu melihat sejauh mana kamu dapat membuktikan bahawa kamu lebih baik daripada lelaki yang di pujinya itu. Kerana itulah dia semakin menyayangi kamu wahai kaum lelaki.

Kadang kala wanita menjadi degil, bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki yang di sayanginya itu mampu bersabar dengan karenahnya. Percayalah hati wanita adalah lembut sebenarnya. Andai betul cara untuk memujuknya, jangan terkejut seandainya wanita tercinta itu menukar fikirannya sesaat.

Wahai kaum lelaki janganlah engkau menyakiti hati seorang wanita. Kerana sekali engkau menyakitinya, pastinya luka yang tercipta di hati akan merebak. Dan tidak mudah untuknya melupakan kesalahan yang telah engkau lakukan.



Pada Jiwa-jiwa Yang Terluka

Assalamualaikum W.B.T


Pedih Dan Terluka

Hati kita terluka dan meninggalkan kesan yang dalam. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dirasakan begitu berat dan di luar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah hidup. Melihat kepayahan diri, memberi suram pada jati dan kita masih begini. Hilang di kesamaran hidup.

Luka dan pedih terasa apabila cinta yang diharapkan telah kecundang di tengah jalan. Sakitnya sehingga memakan hati sedikit demi sedikit. Kesakitan terasa semakin ngilu sehingga tidak mempercayai noktah cinta yang akan hadir.

Memandang lesu pada satu kehidupan. Merasa sunyi dan sepi pada setiap langkah yang diaturkan. Berbicara tentang luka cinta yang sakit. Meneliti sedikit demi sedikit perasaan yang pernah ada. Mencari diman hati yang  pernah hilang.

Tiada sesiapa yang inginkan kegagalan dan tiada sesiapa pun yang ingin menempuh hidup baru dengan kekecewaan tetapi itulah yang sering kita hidapi. Ini adalah warna warni kehidupan dan kita terlalu kerdil untuk mengubah arus dan gelombang kehidupan ini tetapi kita mampu mengubah layar kehidupan kita supaya perjalanan hidup kita tetap berlangsung walau ada saat-saatnya kita menanti sehingga ribut reda.

Kegagalan bukanlah alasan untuk kita terus diam dan tersungkur. Kekalahan yang pernah menjadi luka-luka itu bukanlah untuk ditangisi. Kekecewaan bila sesuatu tidak menjadi seperti mana yang di hajati bukanlah satu penyebab untuk diri mengalah.

Sememangnya kegagalan itu sering mencederakan jiwa. Jiwa sakit dan terdampar kehausan kepada kasih yang hilang. Jiwa pedih di dalam kekecewaan antara cinta yang malang. Membuatkan kita hanyut kealpaan hingga kini.

Bayangkan hidup tanpa warna. Apa lagi yang terdapat pada kehidupan itu. Tentu hari-hari yang mendatang hambar dan menjemukan. Warna-warni kehidupan inilah yang menjadikan kita matang sehingga kita dapat membezakan kehidupan dan kematian.

Kehidupan ini bagaikan satu pendakian. Dimana hari-hari yang mendatang membawakan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dari semalam. Semakin kita meningkat dewasa, semakin berat tugas dan tanggungjawab kita.

Kerana hidup bukanlah hanya untuk cinta. Bukan mengharapkan cinta sesama insan sahaja. Terlalu taksub dengan cinta mengakibatkan kita lupa dengan dunia yang sebenar.

Yang lepas dan hilang satu warna itu, lepaskan sahaja jangan biarkan ia menjadi pahit untuk sepanjang hidup. Biarlah ia menjadi sempadan agar hati kita selalu ingat akan kepayahan dan kesulitan akan kehidupan jika kita terus hilang.

Kehidupan yang suram tidak akan terus suram seandainya kita tidak mengubahnya pada tahap yang terbaik dalam hidup kita.


Monday, 19 December 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
Hasil ilham yang hendak di delete..




The most beauty created by my self

Wednesday, 14 December 2011

Friends and friendship

Persahabatan merupakan anugerah Allah SAW yang paling berharga dan indah. Hubungan persahabatan tidak dapat diputuskan melalui percakapan, perlakuan mahupun hati. Hubungan ini hanya terputus dengan kematian mahupun ketika dunia kiamat. Maka sayangilah insan yang bergelar SAHABAT kepada kita. Tanpa sahabat, kita tidak dapat maju kehadapan.


Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ianya bukan dipelajari disekolah tetapi jika kita mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.


Janganlah memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.


Orang yang suka mengkhianati teman sendiri diibaratkan binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai itu, bertambah seleralah ia.


Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir di pantai tetapi teman yang sejati
adalah mutiara diantara pasir-pasir itu.


Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat
dengan orang lain.


Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan
kematian.


Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran,
Dialah hiasan dikala senang dan merupakan perisai dikala kesusahan.


seorang sahabat yang baik adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kita lupa akan bait-baitnya.


Sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita kepada kebahagiaan hakiki. Sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita ke jalan yang benar.


Sahabat ibarat permata yang bernilai, beruntung kepada sesiapa yang mempunyai sahabat yang dapat bersama ketika susah dan senang.


Kehidupan ini benar-benar bermakna bila kita ada sahabat berkongsi suka dan duka. Namun hidup ini menjadi kosong, sunyi dan sepi bagi hari-hari yang dilalui bila sahabat kita menjauhkan diri dan tidak berterus terang tentang apa kesilapan kita yang perlu diperbetulkan. Hargailah setiap detik yang kita ada bersama sahabat seandainya kita masih ada sahabat kerana bila kita kehilangan ianya tidak akan muncul lagi. Memang sukar untuk menemui sahabat sejati.


Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Lama dah Ekin tak up date blog. Ni baru ada masa nak up date. Dah 2 minggu lebih Ekin abis paper SPM. Paper banyak yang dapat Ekin jawab dengan lancar. Alhamdullilah. Senyum kesyukuran. Doa syukur membasahi bibir. Alhamdullilah.
  Lepas SPM sebulan Ekin duduk dekat rumah mengisi masa dengan berjihad dan belajar drive kereta. Mula-mula nak belajar drive kereta manual memang susah lepas tu jadi okey sudah. hehehee...
  About someone, Mr.A. Ekin rindu sangat dekat dia. Tapi dia menjauhi diri dari Ekin. jahat sangat ke Ekin ni sampai begitu sekali Mr.A buat? Apakah kesalahan Ekin dekat Mr.A. Hanya Mr.A yang berada dihati Ekin. Biarpun ramai pemuda yang ingin menjadi peneman hidup Ekin. Ekin tolak dan anggap mereka sebagai kawan biasa je. 

Ekin Sayang Mr.A

Thursday, 24 November 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dears diaries,
  My latest pictured. 
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Ketujuh

This pictured own by Mr. A a.k.a Al Tarmizi Ali Imran. Love him so much.

Monday, 21 November 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dears diary,
  Masa ni saya berasa takut sangat. Nak tahu kenapa? My father-in-law know everything about me. He know everything about me. So scared. Ya Allah, how you make my life like this. Life full of scary things. Everthing is scary. Even I go out with my friends,his spy sent the information to my father-in-law. 
  Entahlah, apa nak jadi sekarang. Saya rasa diperhatikan gerak-geri di luar rumah. Perkara macam ni membuatkan jantung saya berdegup dengan kencang. Nampaknya, abi future husband saya nak saya berkelakuan baik. Seharusnya saya duduk di rumah dan menelaah pelajaran berbanding berada di luar rumah. Cukup menakutkan. MasyaAllah, nak buat aktiviti macam biasa pun saya takut. Hanya bila waktu tertentu sajalah saya keluar dari rumah. 
  Betul apa yang di katakan Abang Mai, even kita happy bagai nak rak pun, kalau orang pandai tengok mata kita yang tengah bergelora, kantoilah kita. Susah nak sorokan perasaan ni. Even my umi know about that pun tak cakap yang saya di ekori.
  Patutlah, time taken paper Agama Islam pagi tadi hati ini rasa lain macam je. I needs changes my self right now. I don't lie with my self anymore. I needs trust my self for now and everyday. I now that my father-in-law got the information from someone that I don't know. You so briliant my father. I know what you needs from me. I promise that not being like this anymore. I love your son more than everything. Until the end of my life.
  Right now, no one know that I got huge problem with my self. I'm struggle to breath right now. Because I needs helps my fiance face this world. I needs him. The way that I love you, Al Tarmizi Ali Imran. I can't kill you my dears. But you can kill me slowly without you know. If you want to know, Abang Mai always protect me from being hurt by someone that needs me die, my love. Don't hate him like that my father-in-law and my future husband. No one in my heart except you.

Saturday, 19 November 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hari ini merupakan hari kesakitan, kepedihan, kepiluan berlaku pada diri ini. Sungguh besar dugaan Allah kepada diri ini. Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang tahu apa yang terbaik untuk diri ini. Hanya padaMu diri ini berserah, Ya Allah.
  Kehilangan yang akan berlaku pastinya akan mengubah keseluruhan hidup insan yang mencintai. Keadaan ini amat memilukan namun itulah kenyataan hidup. Tiada sesiapa yang dapat menyangkal ketentuan Ilahi. Air mata tidak berhenti mengalir seakan-akan air terjun yang mengalir deras. Tidak tertahan. Ternyata hati ini sangat merinduinya. Sesungguhnya hati ini memahami namun tidak dapat menerima hakikat yang menyakitkan.
  Peluang untuk dirinya pulih semula adalah tipis. Keadaan ini merupakan kejadian yang tidak dapat diri ini terima. Kesakitan, kepedihan hati melihat dan mendengar itu adalah segala-galanya apabila insan yang tidak berdosa menerima dugaan seberat zarah-zarah embun yang tidak tertanggung.
  Remuk-remuk hati ini sudah tidak bermakna. Dosa-dosanya telah pun diri ini maafkan. Kerana diri ini tidak mahu dirinya menanggung beban kekesalan yang amat sangat akibat perbuatan diri ini yang tidak memaafkan dirinya. Allah Maha Pengampun, sebagai hambaNya pun diri ini memaafkan dosa-dosa mu sayang. 
  Biar pun diri ini tak mampu kehilangan cinta yang kita semaikan, namun apalah daya ini sebagai hambaNya haruslah merelakannya. Kehilangan dirimu tiada yang dapat mengantinya sampai bila-bila. Perkenalan kita di bulan yang baik iaitu bulan Ramadhan 2011 amat menyinari hidup diri yang suram. Kehadiran dirimu seolah-olah cahaya yang menyinari malam yang gelap. Tepat 10 Ramadhan diri ini menjadi tunangmu yang setia. Walaupun kata-kata yang pernah dirimu luahkan itu menyakitkan hati namun diri ini merelakannya. Kerana diri ini menyayangi dirimu. 
  Tiada kekesalan yang berada di hati ketika menjadi tunangmu sayang. Percintaan kitalah yang teragung. Jika di bandingkan dengan cinta-cinta sebelum kita mengharungi bahtera hidup sebagai tunangan. Al Tarmizi, dirimu adalah insan yang terbaik yang pernah diri ini jumpa. Kerana dirimu telah merubah diriku secara keseluruhan. Dirimu sangat berharga namun Allah lebih menyayangimu sayang.
For the rest of my life, my love to you never change, Al Tarmizi.

Thursday, 17 November 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hari ini masuk hari yang keempat saya taken paper SPM. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi ketenangan ketika menjawab soalan-soalan yang di berikan. Kesabaran dan ketenangan yang di berikan amatlah dihargai setiap masa. Alhamdullilah..
  About my fiance Al Tarmizi, si dia sekarang berada di Hospital Umum, Kuching. Si dia koma selepas kemalangan pada hari Jumaat. Berita ini amat mengejutkan saya. Namun, apa yang dapat saya lakukan adalah mendoakan kesejahteraan si dia dari jauh. Saya amat merindui si dia. Si dia adalah segalanya bagi daku. Hanya Allah yang tahu betapa saya menyayangi dirinya.
  Tinggal beberapa hari lagi nak habis paper. Hanya mampu tersenyum walaupun hati menangis. Ekin sangat merindui Al Tarmizi. Masa ni saya hanya mampu menghantar meceg melalui perasaan dari hati ke hati. Memang nampak pelik, namun itulah kenyataannya, hanya itu yang terbaik. Hanya mampu untuk berdiam diri.

Sunday, 23 October 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hari ini saya wake up lambat. hahaha.. Sikit je breakfast yang family tinggalkan untuk saya.. Jahat betul.. After that saya teruskan aktiviti hari ini tanpa menggosok gigi or cuci muka.. Hahaha... Nampak sangat malas.. Yang paling best nya saya tengok cerita The Socretes and The White Snake. Best betul. Banyak scene yang menyentuh hati. Menangis saya.. owh....
  Best betul pagi-pagi dah hujan. Kuat pulak tu. Takut saya.. Guruh pulak tu.. Eee...... Saya mimpikan Mr. A menemani saya di hospital. So sweet, he hold my hands. he take care of me. Nak menangis saya. 
  Dear Mr. A, saya tahu awak masih marah kat awak.. Saya rindu awak tau tak.. Hurm.. My heart needs you my love. Awak time ni mesti masih study kan. Yelah awak ade paper hujung bulan nie.. Saya pula next month. Hurm.. Saya study betul2 sebab saya nak berjaya macam awak jugak.
  Ada yang mencemburui hubungan kita hingga sanggup menggunakan cara yang kasar. owh.. Tidak oernah saya sangka akan jadi bergini. hurm.. Saya akan terus bertahan dan akan mencintai awak selama-lamanya. Saya sanggup jadi ular putih untuk jaga awak. Macam cerita yang saya tengok. Saya tak sanggup awak di sakiti oleh siapa-siapa. Saya cuma nak tengok senyuman awak je. Kalau awak susah hati, saya pun susah hati jugak.. Percaya lah..
  Esok paper Biology. Hurm.. Saya dah prepair awal untuk Biology.. Wish me the best ye Mr. A. I always wish for you for the best.

My Inspired

Promise

Edge were required to wait one thousand one hundred years
Love a man in a instantaneous
Love is a fan of your site to take risks
I am willing, feeling ready to put the red light dust
Information call your sigh my heart strings moving
For your eyes by the tears are bitter sweet
Renshijiancang Haibiansangtian
My heart will not change
Just want you to re-appear
I live for you is the promise of many
Afraid to lose you lose what
Happy just to love you no wrong
The flail-year-old lock on our fragile than
Move aside your black hair my heart strings
You want to read deep shallow hole pupil
For your eyes by the tears are bitter sweet
Silent love between the inspired move heaven and earth
One year and one year
My heart is your heart
Will not change can not be changed
You only want you to
Out now and then appear again
I live for you is the promise of many
Afraid to lose you lose what
Happy just to love you no wrong

Friday, 21 October 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hari ini aku takde mood sangat. Banyak betul masalah yang datang kat saya. Selesai satu timbul pulak satu. Adowh.. Sakit saya kalau macam ini selalu. Jahat sangat ke saya di mata you all? Ni sume kerja si perempuan gila tu. Benci betul.. Ape masalah die kat saya sebenarnya?
  Dear budak gila yang nak merosak hubungan saya. Argh... Why awak buat macam tu? Ade ke saya kacau hidup awak??? Awak tahu tak saya kehilangan semuanya dalam satu masa yang singkat. Saya hilang semangat saya, Mr. Al Tarmizi Ali Imran.. Saya sayang nya tauk sik. Saya hilang kepercayaan dari family member.. Teruk betul..
  Namun saya tak kehilangan kasih sayang dari Allah. Itu yang awak perlu tahu..Saya benci awak tau tak. Benci sangat2. Saya sayang dengan Al Tarmizi je.
  Lagi tu awak babit kan orang yang tak tahu apa-apa dalam hal ini. Awak memang tak puas hati kat saya. Cakap je, but jangan babitkan sapa-sapa. Its only our problem.. 

Thursday, 20 October 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Baru je up date blog nie. Someone say that I call him BODOH.. If you want to know, my blog was been sabotaj by someone. What the hell to that person. Truely its not me. Pity with me. Aigoo.
  Kesian I punye future husband. Salah sangka sudah bah. Im sorry Mr. A. Its really not me write that blog. :'(...
Saya punye blog kena sabotaj. What the hell. Benci betul.. Meh sini aku sekeh hang punye dahi, buat suka hang je nak sabotaj aku punye blog. Siap hang..
 Eykine love Al Tarmizi. Only him in my heart.. Saranghae..

Wednesday, 19 October 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Eykine cemburu, then Mr.A marah. Hot temper sangat. Tak bertempat langsung. Sume benda nak amik kesah. Boleh ke macam tu? Hurm.. ape-ape jelah.. Eykine tak kisah.. Eykine got latest picture of Mr. A.. Cute sangat.. Hohoho...


Tuesday, 18 October 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum w.b.t

Dear diaries,
  Hari ni masuk hari keempat trial paper SPM 2. Ada paper susah and ada jugak paper yang senang. Hari ini paper MATHEMATIC MODEN.. Susah betul. Susah nak score. Tapi apakah daya saya dah beri yang terbaik untuk exam kali ini. Hurm.. Its not enough to pass the SPM paper.
  Dan baru aku tahu siapa yang mulut jahat sebar saya punye cerite. Benci betul. Budak tu ade maslah mental sikit. What the hell betul lah.. Benci tau.. Dah tahu awak tu GAY buat lah cara GAY. Jangan nak babitkan saye dengan pekerjaan yang tak senonoh tu. Benci tau.. Awak dengan kawan saya dua orang tu same jugak. Paparazi tak berbayar. What the hell.
  Esok hari pula paper CHEMISTRY II and III. Banyak yang aku kena belajar. Adoi.. Catch up suma yang saya tak faham. Cikgu yang mengajar saya itu cantik tapi cemerkap. Kesian betul kat aku yang nak ambik paper CHEMISTRY. Dear Miss Chong Miew Ngeek.. Saya sayang cikgu dan cikgu kena ajar saya baik-baik sampai saya faham. Jangan banyak sangat mencubit student. Lebam tau..
  Rindu dengan Mr. A. Studylah si Dia sekarang coz got exam to. Hurm.. Aniey rindu Abiey.. Aniey tak nak kehilangan Abiey. Only you Mr. A.. Ala~ 
  Letih betul minggu ni. Nak nangis pun ade. Hurm.. Tak lama lagi nak SPM. MasyaAllah. Nak jatuh pulak jantung ni. Macam pergi perang pun ade jugak. ala.. Teruk betul lah sya nie.. Hahahaha... Calm down Eykine.. By the way, I always in my own way.. 

Thursday, 13 October 2011

Lyric Of My Life

Malaikat Pelangi Cinta
Laku Band

kasih kau bagaikan pelangi
mewarnai bahtera hidupku
kau tetap terbaik untukku
kau tercantik, engkaulah cintaku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
kau bagai malaikat yang selalu setia
melindungi menjaga dan mendampingiku
baik dalam susah dan senang
kau selalu ada bersamaku

reff:
setiap malammu selalu ku melindungimu
di bangun tidurmu ku ingin selalu di sampingmu
dalam tidurmu ku selalu ingin di sisimu
kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi

aku pun berjanji akan selalu menjagamu
melindungi dan berdoa untukmu
semoga apa yang kau inginkan tercapai selalu
hidupku adalah milikmu

repeat reff
hidupmu adalah hidupku
kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku
kesedihanmu adalah kesedihanku
nyawamu adalah hidupku

kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi



Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hari ini merupakan hari pertama trial terakhir SPM dan hari period yang menyakitkan. Rasa nak meraung je. Sakit sangat. Salu tak macam ni. Letih betul hari ini... Pic untuk hari ini.. Hehehee


Cute tak saye? Komen sikit.. Hehehehe

Saturday, 8 October 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Masa ini aku dah dapat terima hakikat. Thanks to Allah cause give me another chance. Setelah aku puas menangis aku menemui jalan lain untuk menyelesaikan masalah aku dengan Mr."A". Alhamdullilah sangat-sangat.
We in relationship dewh. Love him so much. 
  Hari ini aku rindu sangat kat Mr."A". Love you abiey, miss you so much. Needs to hugs you. But I'cant cause kite bukan muhrim. Saya janji akan secret our promise. No one can know about its, right abiey? I like a crazy women meh~.. so sad with my self. But I appreciate with my life.
  Layan tears flow in eyes and lagu chinese. So sad maa~ Liao.. I already in love with you , Mr."A". No one cant replace your place. Its only you sayang.. Lastly, I love you for ever sayang.. Always pray for our relation.. 

Friday, 7 October 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum w.b.t

Dear diaries,
  Hari ini aku nak tell story about my own life. PERTUNANGAN.. Hurm.. apa yang aku boleh ulas melalui word tu adalah aku dengan Mr. A dah tak ada apa-apa relation. Apa sebabnya aku pun tak tahu. Dia beri kata putus ketika aku dalam keadaan memerlukan seseorang untuk menasihati dan memberi kasih sayang seutuhnya kepada ku. Namun ianya janji-janji manis yang di taburkan di bibir.. Hurm.. aku terlalu lurus untuk semua ini.
  Oleh sebab aku ini terlalu matang bila memikirkan semua ini akhirnya aku menjadi tidak keruan. Hanya Allah tempat untuk ku mengadu. Tiada jodoh antara kami berdua.. Tali pertunangan ini telah diputuskan pada 7 October 2011. Hari yang sangat bermakna..
  Aku dah lelah nak fikir benda macam niey.. Cukuplah luka yang lama belum sembuh sepenuhnya. pas nie nak fokus kat SPM pulak. Lulus je SPM terus g sambung study.. Truely, I'm so pity with my self. Dipermainkan macam anak patung.. No more love after this. Nilai cinta tidak berharga lagi di fikiran dan mataku.. Tiada lagi cinta untuk NORASYIKIN MANSOR.. 
  Tiada lagi masa untuk bercinta, aku ingin menghabiskan masa aku dengan menuntut ilmu dan menghadap ilahi.. I'm not perfect women, I'm not a supergirl that can make all time perfect.. I'm sick.. 

Tuesday, 27 September 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hari ini aku sakit hati sangat nan adik beradik Oppa aku niey. Benci tahap dewa.. Ada ke patut Oppa aku kasi dia punye adik guna wa punye lappy... Benci...........................Yaw.... Dah lah aku benci dengan family abah aku tu.. 
  Aku tekad.. Tak kira Oppa ku nak mengamok atau aper tah.. aku tak akan kasi wa punya lappy sama itu orang.. Tunggu wa mati baru lu ada hak..
  Petang tadi aku dengar adik aku cerita yang mamat cinta setengah mati namun tak berbalas tu melarikan diri dari rumah. Gara-gara aku. MasyaAllah... Apa mau jadi sama laki-laki zaman sekarang?
  Aku takut lappy aku rosak.. Tu je.. Masih aku ingat, aku terpaksa keluarkan duit untuk fix it my lappy, after used by adik Oppa aku.. aku tak nak perkara tu berulang lagi.. Aku sayang lappy aku.. Love its sangat..

Monday, 26 September 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
    Hari ini aku terkejut bercampur marah and kesal.. Hari ini aku melontarkn kata-kata yang tak sedap didengar kepada tenaga pengajar ku.. Then, ku siap jeling lagi tenaga pengajar tu.. Time rehat ku semburkan perasaan marah kepada budak yang kerja kat kantin aku.. Kesian betul tengok die time tu.
    Terkebil-kebil je budak tu.. Pas tu aku balik ke kelas. Menyesal pulak aku buat macam tu..Time belajar aku belajar. Tumpukan seluruh perhatian.. After class time 1.30 pm. Sambung lagi dengan aktiviti kokurikulum sampai jam 2.30 pm. MasyaAllah rasa nak putus pulak kaki ini.. Nasib je time aku on the way, Oppa aku limpas dengan motor LC nye.. So aku tumpang lah.
    Sampai je kat rumah ku makan and tukar baju and terus online.Time aku log in je aku bukak notification ku. My fiance Al Tarmizi  give me lagu Detik Terindah by Apit. So sweet that song.. Sekarang ni pun aku masih dengar lagu tu.. So sweet meh.. Aigoo.. 
    To my fiance, Aniey really miss you. Never let me cry alone... 

Yang pakai baju coklat tu dengan dongakan maut tu adalah my husband. Al Tarmizi..

Lyric Of My Life

Detik Terindah by Apit


sungguh indah bila bersama
ku merasa sungguh bahgia
bersyukur pada yang esa
di atas pertemuan ini


ku berjanji akan setia
padamu yang ku kasihi
marilah kita bersama
membentuk cinta abadi



dan walau apapun rintangan 
melanda
ku harap kitakan tempuhi
bersama
seandainya kau dan ku berjauhan


membina mahligai seindah
permata
yang kita impikan berdua
selamanya
agar kita kecapi bahagia


ku berjanji
akan terima
seadanya dirimu
keinginanku
setia padaku


kemarilah
wahai sayangku
kan ku cium tanganmu
sebagai tanda
kau lah kekasihku


ulang*


ku berjanji akan setia
padamu yang ku kasihi
marilah kita bersama
membentuk cinta abadi

Thursday, 22 September 2011

Lyric Of My Life

Pesona Bintang Utara 
Sixth Sense

Bisunya kerlipan bintang di utara
Suatu masa yang hilang
Dalam kerinduan tika malam terdiam
Menanti saat perpisahan cinta yang tinggal

Gelora nyanyian rindu menambahkan
Apakah perlu ada cinta dijiwa ku
Setenang rembulan
Atau harus ku memulangkan kemarau yang panjang

(Korus)
Biarpun kicau burung dan denting guruh
Tak mungkin merubah sisa cintaku
Engkau dan malam
Ku serahkan bayang wajahmu
Semoga terlebur segala dosa dari kekhilafanku