Assalamualaikum W.B.T
Kadang kala wanita sering menyembunyikan satu rasa sakit pada seseorang sehingga menitiskan air mata namun lelaki tidak melihatnya. Kerana wanita menangis dalam senyap. Menangis di dalam hati. Derita seorang wanita sukar difahami kerana wanita pandai memainkan peranan dalam wataknya dengan menyembunyikan kesedihan dengan sebuah senyuman yang terukir.
Dan kadang kala lelaki mampu melihat air mata yang mengalir. Sungguh disaat itu amat perit derita yang ditanggung oleh kaum wanita. Dan seolah-olah telah kehilangan satu kekuatan diri kerana selalu menahan diri dari mengeluarkan air matanya. Dan jika diteruskan wanita dalam kesedihan, pastinya akan melakukan sesuatu diluar jangkaan.. Kaum lelaki tenangkanlah wanita.
Di saat wanita menitiskan air mata, berpesanlah engkau wahai lelaki dan berjanji untuk tidak melukai perasaannya. Pastinya dia menerima kata-kata kamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara. Dan berpesanlah supaya tidak menangis lagi dan berjanji untuk menjaganya.
Kadang kala wanita jarang mengatakan kata rindu, janganlah kaum lelaki menyangka wanita tersebut tidak mempunyai perasaan rindu kepada kamu. Apabila wanita mengatakan rindu kepada lelaki, pasti ianya benar dan memaksudkannya. Kadang kala wanita tidak fokus kerana terlalu merindui kamu.
Seandainya wanita yang disayangi mengatakan lelaki lain itu lebih baik daripada kamu, janganlah kamu mempercayainya. Wanita ingin menguji kamu saja. Dia cuma mahu melihat sejauh mana kamu dapat membuktikan bahawa kamu lebih baik daripada lelaki yang di pujinya itu. Kerana itulah dia semakin menyayangi kamu wahai kaum lelaki.
Kadang kala wanita menjadi degil, bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki yang di sayanginya itu mampu bersabar dengan karenahnya. Percayalah hati wanita adalah lembut sebenarnya. Andai betul cara untuk memujuknya, jangan terkejut seandainya wanita tercinta itu menukar fikirannya sesaat.
No comments:
Post a Comment