우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 25 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Acanthus Ebracteatus Vahl.

Nama Biasa: Jeruju Hitam @ Sea Holly
Keluarga: Acanthaceae

Taburan: Berasal dari Asia Tenggara hingga Australia. Berada di selatan Asia yang beriklim tropika.

Kedapatan:
-tumbuh meliar di tebing dan muara sungai yang mengalami air pasang surut dan kawasan perkampungan
-ditanam di kawasan landskap sebagai tanaman hiasan

Keterangan:
-herba setinggi sehingga 1 m
-pembiakan dari biji benih, belahan rumpun dan keratan batang

Rasa @ Sifat:
*Daun- berasa sedikit pahit dan bersifat sejuk.

Kandungan Dalam Tumbuhan:
*Biji- mengandungi 2(3H)-benzoxazolon

Khasiat Tumbuhan:
*Akar dan batang- merawat pelbagai penyakit kulit, demam panas kronik dan mengekalkan tubuh menjadi sihat
*Biji- merawat bisul, batuk, kecacingan, kencing manis dan tekanan darah tinggi
*Daun- merawat asma, batuk, bengkak, reumatik, keputihan dan rambut serta kulit kepala bermasalah

Cara Penggunaan:
*Asma, batuk, bengkak, reumatik- daun Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih, tapis lalu minum airnya. Lakukan selalu sehingga sembuh.
*Batuk- biji Jeruju Hitam, bunga Belimbing Buluh, batang Tebu Hitam, kulit batang Kayu Manis dan gula batu rebus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis lalu minum.
*Bisul- biji Jeruju Hitam ditumbuk lumat lalu di tekap ke bahagian yang bisul manakala biji Jeruju Hitam yang dipanggang ditumbuk lumat lalu ditelan bersama air.
*Demam Panas Kronik- akar Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum airnya.
*Kecacingan dalam perut @ usus, kencing manis dan darah tinggi- biji Jeruju Hitam secukupnya dibasuh bersih lalu ditelan terus bersama air masak.
*Keputihan- daun Jeruju Hitam secukupnya dibasuh bersih, direbus bersama susu. Airnya ditapis lalu diminum.
*Lemah badan- batang Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Rambut dan kulit kepala bermasalah- daun Jeruju Hitam ditumbuk lumat, diperah airnya lalu disapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
*Penyakit kulit- akar Jeruju Hitam secukupnya direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum airnya. 

No comments:

Post a Comment