우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 25 December 2011

Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum W.B.T

Acorus calamus L.

Nama Biasa: Jerangau, Jeringau, Jerangan, Alwah, Dringo
Keluarga: Acoraceae

Taburan: berasal dan tumbuh di negara yang beriklim tropika

Kedapatan:
-gemar tumbuh di kawasan lembab yang menakung air dan mendapat pancaran cahaya matahari penuh
-tumbuh meliar di parit, kolam, tepian tasik dan sawah

Keterangan:
-herba saka boleh meninggi sehingga 1 m atau lebih
-rupa jerangau kelihatan hampir sama dengan lalang namu perbezaan adalah pada bau yang dikeluarkan
-jerangau Malaysia tidak mengeluarkan bunga
-pembiakan dari belahan anak dan rizom

Rasa @ sifat: 
*Seluruh bahagian- berasa payau dan berbau wangi

Kandungan Dalam Tumbuhan:
*Seluruh Bahagian- mengandungi x-asaron, azulena, elemisin, isoeugenol, limorena, minyak pati dan minyak meruap.

Khasiat Herba:
*Daun- merawat sakit perut, cirit birit, masuk angin, muntah, asma, sakit urat dan rawatan ibu selepas bersalin
*Rizom- merawat ibu selepas bersalin, sakit perut, cirit birit, masuk angin, muntah asma, sakit urat, kolik, dispepsia, demam, ulser usus, pendarahan dalaman, reumatik, sakit saraf, disenteri, lelah, jangkitan bronkus, batu karang, lemah tenaga batin, sakit kepala, selesema, uri terlekat pengeluaran darah haid tidak lawas dan sukar bersin.
*Seluruh Bahagian- merawat lemah tenaga batin, sistem penghadaman bermasalah, demam panas, selesema dan rawatan ibu selepas bersalin.

Cara Penggunaan:
*Badan berangin, kolik, dispepsia, demam, ulser usus, pendarahan dalaman, reumatik, penyakit saraf, disenteri, lelah, jangkitan pada bronkus- risom Jerangau secukupnya dibasuh bersih direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Darah haid tidak lawas, lemah tenaga batin, sakit kepala dan rawatan ibu selepas bersalin- rizom Jerangau direbus dengan 3 gelas air dan direbus sehingga tinggal segelas. Tapis air dan diminum ketika masih panas.
*Demam panas dan selesema- seluruh bahagian Jerangau dan rizom Halia Bara yang telah dikupas kulitnya, dibasuh bersih, direbus dengan 2 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
*Sakit buah pinggang dan batu karang- rizom Jerangau dan sedikit Kemenyan direbus dalam 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
*Sakit ketika haid- 2 g daun Jerangau, 10 g daun Sendokan Kiurat, 4 g rizom Temu Lawak, 5 g daun Dukong Anak, 2 g daun Sembong, 20 g biji Ketumbar dan 10 g Hati-hati Ungu direbus dengan 2 gelas air sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum. Lakukan setiap hari semasa haid.
*Sukar Bersin- akar Jerangau dibakar lalu asapnya disedut bagi membangkitkan bersin.

Penting!
Jerangau boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Jika terkena mata, bersihkan dengan air bersih selama 10 minit.



No comments:

Post a Comment