Assalamualaikum W.B.T
Ageratum Conyzoides L.
Nama Sinonim: A. Ciliare Lour, A. Cordifolium Roxb.
Nama Biasa: Rumput Tahi Ayam, White Weed
Keluarga: Compositae
Taburan: Berasal dari Amerika Tropika. Boleh didapati di negara-negara beriklim tropika pada ketinggian 1-2100 m dari paras laut.
Kedapatan:
-Tumbuh di kawasan lembab dan terdedah kepada matahari
-Tumbuh merata di kawasan penempatan, penanaman, tepian jalan, belukar, kawasan lapang dan tanah terbiar.
Keterangan:
-Herba bersaiz sederhana, ketinggian boleh mencapai 0.3-0.9 m.
-Pembiakan dari biji benih
Rasa @ sifat:
*Bunga- berasa sedikit tawar, pedas. bersifat panas
*Daun- berasa sedikit pahit, pedas. bersifat neutral
Kandungan:
*Daun- mengandungi air, karbohidrat, serabut, mineral, asid amino, organik asid, o-sitosterol, sulfur dan potassium klorida
Khasiat Tumbuhan:
*Seluruh Bahagian- merawat demam panas, malaria, sakit kerongkong, radang paru-paru, radang telinga tengah, pendarahan rahim, luka, hidung berdarah, sakit perut, cirit birit, muntah, perut kembung, badan letih, ketumbuhan rahim dan mencegah kehamilan.
Cara Penggunaan:
*Bisul- 1 pohon Rumput Tahi Ayam termasuk akar dibasuh bersih, ditumbuk lumat bersama 1 genggam nasi sejuk dan sedikit garam. Tampal pada bisul dan dibalut dengan kain. Lakukan 2 kali sehari.
*Malaria- 15-10 g pokok Rumput Tahi Ayam tanpa akar direbus dengan 2 gelas air lalu dibiarkan mendidih sehingga tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum kesemuanya. Lakukan 2 kali sehari.
*Pendarahan Rahim- 10-15 g pokok Rumput Tahi Ayam tanpa akar direbus dengan 2 gelas air lalu dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis lalu minum kesemuanya. Lakukan 2-3 kali sehari.
*Radang Telinga Tengah- daun Rumput Tahi Ayam secukupnya dibasuh, ditumbuk lumat, diperah serta ditapis airnya lalu dititikan 2 titis air perahan ke dalam telinga. Lakukan 4 kali sehari.
*Tumor Rahim- 30-60 g Rumput Tahi Ayam segar dan 15-30 g Rumput Tahi Ayam kering direbus dengan 3 gelas air sehingga airnya tinggal segelas. Minum air rebusan segelas sehari. Lakukan sehingga sembuh.
Penting!
Ibu hamil dilarang minum air rebusannya kerana boleh menyebabkan keguguran janin. Ia boleh menyebabkan muntah, sakit perut yang teramat sangat dan kerosakan pada hati.
No comments:
Post a Comment