Assalamualaikum W.B.T
Alocasia Macrorrhiza (L.) G. Don.
Nama Biasa: Keladi Gajah, Sebaring, Viha, Large Taro
Keluarga: Araceae
Taburan:
-Berasal dari bahagian Asia yang beriklim tropika.
-Boleh di dapari di negara-negara beriklim tropika.
Kedapatan:
-Tumbuh meliar di kawasan terbiar semak samun dan penempatan yang mengandungi humus tinggi, lembab serta terlindung kepada cahaya matahari.
-Boleh didapati di tanaman hiasan di kawasan landskap terutama di kawasan kediaman dan taman.
Keterangan:
-Herba yang besar setinggi 2 m.
-Pembiakan dari belahan anak dan anak dari akar.
Rasa @ Sifat:
*Seluruh Bahagian- berasa pedas, bersifat panas dan rizom beracun.
Kandungan:
*Seluruh Bahagian- mengandungi air, karbohidrat, serat, mineral dan kalsium oksalat.
Khasiat Tumbuhan:
*Batang- merawat bisul, kurap, digigit ular, anjing atau serangga
*Daun- merawat badan bertoksik, sengatan serangga, TBC paru-paru, TBC kelenjar, sakit kepala kerana angin panas
*Rizom- merawat selesema, panas badan terlalu tinggi, demam malaria, cirit birit, tifut akut, reumatik dan keputihan.
Cara Penggunaan:
*Badan Bertoksik- sehelai daun Keladi Gajah, daun serta batang Potudung, daun Rumput Tahi Ayam, daun Tobuhasa, anak cambah Bemban, Serai dan seluruh bahagian Lalang direbus dengan air secukupnya sehingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian ketika masih panas.
*Bisul, Kurap, Digigit Ular, Anjing atau Serangga, Reumatik- batang Keladi Gajah dihiris nipis, dipanggang sehingga panas lalu ditampalkan pada bahagian yang sakit. Setelah sejuk, tukar dengan batang lain yang telah dipanaskan.
*Keputihan- rizom Keladi Gajah dihiris nipis, digoreng tanpa minyak bersama beras sehingga hangus. Masukkan kedalam air dan gula secukupnya dan rebus selama 3-5 jam. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
*Sakit Kepala Kerana Angin Panas- tunas Keladi Gajah secukupnya dihiris nipis, lalu ditampalkan di kepala.
*TBC Paru-paru, TBC Kelenjar- tangkai daun Keladi Gajah secukupnya diperah airnya lalu diminum 1 sudu besar. Lakukan setiap hari secara rutin.
*Tikus Akut, Selesema, Panas Badan, Demam Malaria, Cirit Birit- 11 g rizom Keladi Gajah kering direbus dengan 3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga tinggal segelas air. Setelah sejuk, tapis dan minum kesemuanya.
No comments:
Post a Comment