우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 19 November 2011

Forecast For today..

Assalamualaikum W.B.T

Dear diaries,
  Hari ini merupakan hari kesakitan, kepedihan, kepiluan berlaku pada diri ini. Sungguh besar dugaan Allah kepada diri ini. Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang tahu apa yang terbaik untuk diri ini. Hanya padaMu diri ini berserah, Ya Allah.
  Kehilangan yang akan berlaku pastinya akan mengubah keseluruhan hidup insan yang mencintai. Keadaan ini amat memilukan namun itulah kenyataan hidup. Tiada sesiapa yang dapat menyangkal ketentuan Ilahi. Air mata tidak berhenti mengalir seakan-akan air terjun yang mengalir deras. Tidak tertahan. Ternyata hati ini sangat merinduinya. Sesungguhnya hati ini memahami namun tidak dapat menerima hakikat yang menyakitkan.
  Peluang untuk dirinya pulih semula adalah tipis. Keadaan ini merupakan kejadian yang tidak dapat diri ini terima. Kesakitan, kepedihan hati melihat dan mendengar itu adalah segala-galanya apabila insan yang tidak berdosa menerima dugaan seberat zarah-zarah embun yang tidak tertanggung.
  Remuk-remuk hati ini sudah tidak bermakna. Dosa-dosanya telah pun diri ini maafkan. Kerana diri ini tidak mahu dirinya menanggung beban kekesalan yang amat sangat akibat perbuatan diri ini yang tidak memaafkan dirinya. Allah Maha Pengampun, sebagai hambaNya pun diri ini memaafkan dosa-dosa mu sayang. 
  Biar pun diri ini tak mampu kehilangan cinta yang kita semaikan, namun apalah daya ini sebagai hambaNya haruslah merelakannya. Kehilangan dirimu tiada yang dapat mengantinya sampai bila-bila. Perkenalan kita di bulan yang baik iaitu bulan Ramadhan 2011 amat menyinari hidup diri yang suram. Kehadiran dirimu seolah-olah cahaya yang menyinari malam yang gelap. Tepat 10 Ramadhan diri ini menjadi tunangmu yang setia. Walaupun kata-kata yang pernah dirimu luahkan itu menyakitkan hati namun diri ini merelakannya. Kerana diri ini menyayangi dirimu. 
  Tiada kekesalan yang berada di hati ketika menjadi tunangmu sayang. Percintaan kitalah yang teragung. Jika di bandingkan dengan cinta-cinta sebelum kita mengharungi bahtera hidup sebagai tunangan. Al Tarmizi, dirimu adalah insan yang terbaik yang pernah diri ini jumpa. Kerana dirimu telah merubah diriku secara keseluruhan. Dirimu sangat berharga namun Allah lebih menyayangimu sayang.
For the rest of my life, my love to you never change, Al Tarmizi.

No comments:

Post a Comment