Assalamualaikum W.B.T
Sebuah hubungan jarak jauh (long distance relationship) adalah sebuah hubungan dimana setiap insan yang berpasangan berpisah antara satu dengan yang lain. Faktanya, hubungan seperti ini sangat rumit kerana tidak bertemu dengan satu sama yang lain. Sulit tidak bermakna tidak mungkin. Kita akan mengekalkan hubungan ini apabila kita berjuang untuk mengekalkannya.
Tip-tips untuk mengekalkan hubungan jarak jauh antaranya:
- Kerapkan berhubung. Yang terbaik adalah setiap hari. Ya, setiap hari anda WAJIB hubungu pasangan anda. Jika anda dan pasangan tinggal di Malaysia namun berbeza negeri, jangan kedekut sangat melabur kredit handphone anda untuk pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, hubungi si dia dan ucapkan "good nyte" pun sudah memadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk mengucapkan kata-kata indah itu.
- Gunakanlah laman sosial seperti Facebook, Skype, GTalk ataupun YM Messeger sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil membereskan kerja di pejabat. Ianya boleh mengekalkan kesejahteraan hubungan jarak jauh itu.
- Hujung minggu, pulanglah ke rumah yang anda tinggal bersama (bagi pasangan yang sudah berumahtangga)
- Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita. Jika kita berlaku curang dengan pasangan pastinya ada saat dan ketika pasangan kita akan tahu juga.
- Tips yang terakhir adalah percaya pada pasangan anda. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya hati menjadi kuat untuk terus percaya dengan pasangan masing-masing. Jika anda percayakan pasangan anda, pastinya pasangan anda juga akan mempercayai anda.
No comments:
Post a Comment