Assalamualaikum W.B.T
Ikuti kisah ini sebagai pengajaran pada yang bercinta atau bakal dicintai. Nukilan ini adalah benar dan bukannya rekaan semata-mata. Ianya pernah terjadi pada Eykine. Sebab itu Eykine masih berasa bersalah dengan cinta. Sakit kerana cinta tidak dapat diubat tidak seperti sakit di fizikal. Nukilan ini bukan untuk meraih simpati tetapi cuba untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan memberi kekuatan buat diri sendiri dan insan-insan yang lain yang kini lelah kerana cinta.
Namaku Nora. Pernah mengulit cinta bersama seseorang yang bergelar lelaki. Tahun demi tahun percintaan yang terjalin membuatkan diriku mencintai dia. Dalam hati berkata cukuplah dia dalam hidupku dan dialah akhirnya untuk diriku..
Cinta pandang pertama membuat kehidupan aku berubah kerana CINTA dan kerana Nora seorang yang penyabar itulah diriku yang sebenarnya. Segala pengorbanan yang aku lakukan kepadanya adalah ikhlas dari lubuk hati yang ikhlas. Tapi sayangnya kasih dan cintaku selama ini tidak berbalas dan ianya bagaikan dibawa angin sepi yang berlalu pergi.
Memang benarlah kata orang andai kekasih hati berkata itu ini secara keseluruhannya kita mudah mempercayainya. Hatta itulah perkara yang ditipu tanpa kita mengetahui sebabnya. Dan itulah perkara yang aku alami selama empat tahun mengenali hati dan budinya aku tertipu.
Saat tembelang yang disimpan sekian lama akhirnya meletup jua tatkala semua perkara yang pernah disampaikannya kepadaku selama empat tahun semuanya tipu belaka dari lekuk bibirnya dan dia bangga kerana berjaya memperdayakan aku.
Antaranya dia sanggup menggunakan nama ibu dan walidnya sendiri untuk menipu diriku, sanggup juga menggadaikan perkataan sehidup semati demi nyawanya sendiri. Hanya kerana dia tahu diriku selalu sabar dengan tingkah lakunya.
Suatu ketika dia pengsan dan tidak semena-mena aku mendapatkannya dengan harapan yang hampa dan segalanya mengecewakan aku. Saat dia dalam kritikal, keadaanya membuatkan aku terasa jatuh rebah kebumi. Namun aku kuatkan hati dengan mencari penawar dan mentelaah buku-buku yang berkaitan dengan penyakit yang dihidapinya.
Andainya aku menulis semua bait-bait luka aku bersamanya disini, namun aku tidak
terdaya untuk mencoretnya kembali.
Maafkan diriku kerana tidak terdaya untuk melawan semua ini kerana aku seorang manusia biasa.. Aku takut dengan bayangan cinta untuk yang seterusnya namunku gagahkan diri untuk terus menongkah kehidupan ini..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk pulih kepada sediakala tanpa merasa kehadiran
perasaan yang bernama CINTA.
Apakah salahku ke atas dirimu, sehingga sejauh ini dirimu menduga kesabaran yang berada di jiwa. Semoga dirimu gembira bersama insan tersayang.
Terima kasih kepada keegoan dirimu yang sentiasa melukakan perasaan ini tanpa
seculit perasaan kasihan kepada aku.
No comments:
Post a Comment