Assalamualaikum W.B.T
Kepada pasangan yang tengah hangat ber"couple", Eykine nasihatkan supaya segera bernikah dengan cara yang sah. Kerana perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan secara berlebihan adalah HARAM dan DILARANG dalam Islam.
Tidak semua perhubungan berakhir dengan keindahan, sekali pun itulah yang diharapkan oleh lelaki dan wanita.
Tanyalah pada mana-mana pasangan sekali pun, masing-masing mahukan yang terbaik dalam hidup. Bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga pula, tentu saja mengharapkan tiada perbalahan mahupun penceraian berlaku dalam alam berumah tangga.
Sekali pun penuh dengan pelbagai ujian namun adakalanya ramai yang tidak mampu bertahan. Ada masa-masa perhubungan menjadi suram, lesu dan penuh konflik.
Justeru Eykine berkongsikan tips untuk mengekalkan cinta agar tidak lesu. Antaranya adalah:
1. Bersikap Jujur
Kenapa kejujuran diletakkan sebagai perkara asas dalam sebuah rumah tangga atau perhubungan? Tiada siapa yang boleh membaca hati dan fikiran orang lain melainkan adanya ilmu kebatinan. Ini samalah apabila ditanya tentang adakah anda jujur kepada pasangan anda.
Jawapan di bibir mungkin mengiakan tetapi di dalam hati, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ada kalanya dibibir tidak sama dengan apa yang diungkapkan oleh hati. Bibir mengungkap kejujuran semata-mata untuk menjaga hati orang lain agar tidak berasa sedih mendengar bait ungkapan.
Seharusnya anda bersikap jujur dengan pasangan kerana dengan berterus-terang sahajalah, sebuah perhubungan itu dapat diselamatkan. Jadi berterus-teranglah kerana ia akan menyelamatkan keadaan sekali gus membuktikan bahawa anda masih sayangkan perhubungan ini.
2. Berkongsi Perasaan
Konflik akan muncul sekiranya salah seorang memendam perasaan. Bagi mereka, lebih baik berdiam diri dari bercerita yang mana adakalanya boleh membuat hubungan menjadi kecoh.
Kalau anda merasakan hubungan menjadi suram, berkongsilah perasaan dengan si dia yang anda sayangi. Sekurang-kurangnya apabila anda sudah meluahkan apa yang terbuku di dada, anda tentu lega. Mana tahu, dia juga berfikiran sama dan percayalah hubungan akan menjadi bertambah mesra dan erat.
3. Berubah sikap
Setelah anda berterus -terang, berkongsi perasaan dengan pasangan aspek ketiga paling penting ialah mengubah sikap yang mungkin sudah menjadi tabiat anda sebelum ini.
Bagi yang belum pula, mungkin boleh membuat kejutan menghadiahkan si dia dengan sekuntum bunga atau coklat. Paling penting adalah mengubah sikap negatif ke positif. Jangan hanya tahu jujur sahaja namun tidak berubah sikap.
Lebih baik berubah segala-galanya kalau anda merasakan bahawa hubungan menjadi semakin suram. Jadi anda boleh menunjukkan bukti kepada pasangan, anda adalah orang yang paling layak mendampinginya.
4. Jangan terus menghukum
Jangan terus menghukum pasangan anda jika anda sudah tahu kesalahannya. Kerana ianya akan meretakkan hubungan yang terjalin. Kalau anda menyedari perhubungan sudah mula merosot kualitinya di mana cinta tidak lagi membara-bara, rona-rona cinta juga semakin menyepi, lebih baik anda mengingati kembali rasa cinta yang pernah wujud.
Yakinlah, kerana tiada sesiapa yang boleh menghindar daripada melakukan kesilapan kerana manusia bukan bersifat maksum. Mungkin tanpa kita sedari kita juga pernah melakukan kesalahan. Tidak dinafikan jika seseorang itu cuba menyorokkan kesalahan namun apabila melihat kesalahan orang lain itu lebih besar darinya. Demi menyelamatkan hubungan, maka berubahlah menjadi seorang yang bertimbang rasa.
No comments:
Post a Comment