Assalamualaikum W.B.T
Orang kata cinta pandang pertama memang sukar untuk dilupakan. Lagi-lagi bila kita tak memandang wajah si dia yang cantik atau kacak. Adoi.. Harus ke macam tu? Sampaikan makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Itulah salah satu ayat penangan dalam percintaan. hehehe..
Ada juga sebilangan dari kita yang bercinta adakalanya dia akan menyanjungi sikap kekasih hatinya itu. Cuba buat yang terbaik dalam perhubungan yang tersedia terjalin itu. Wujudkan keserasian antara satu sama lain, saling menjaga perasaan pasangan masing-masing. Urm.. Betul ke ada garis panduan sebegitu dalam percintaan? Sampaikan apa yang dilakukan oleh pasangan adalah benar belaka. Tapi harap-harap sikap itu kekallah sampai ke alam perkahwinan. Amin...
Tahukah anda bahawa anda sememangnya dalam kelemasan dalam mencintai si dia. Tentu sekali anda tidak mengakuinya. Mari kita semak alasan mengapa kita atau anda mencintai pasangan anda secara semulajadi. Sesungguhnya cinta itu tidak boleh dipaksa, ingat tau.. :)
Anda mencintai si dia bukan kerana siapa dirinya. Akan tetapi siapa dirimu apabila kamu berada disampingnya.
Pada waktu tersebut tiada yang mencintai dirimu melainkan dirinya yang bertapak di sanubarimu. Bak kata orang lebih baik kita bersama pada orang yang tahu menghargai perasaan kita dari orang yang tidak tahu menilai langsung erti sesebuah percintaan yang ikhlas dan setia.
Si dia sudah semestinya akan selalu peka dengan keadaan dirimu dalam segala aspek kehidupan dan si dia juga tahu bagaimanakah caranya untuk memujuk kamu dikala rajuk mula bertemu hati sudah pasti saat itu amat romantik sekali.
Saat yang paling mengharukan tatkala si dia sanggup berada di sisi kamu disaat kamu sakit, gagal, ceria ataupun berduka lara si dia akan sentiasa berada berhampiran dengan dirimu. Dan tidak akan sesekali untuk melupakanmu.
Mungkin juga seseorang yang menghargai kamu tahu bagaimana mahu mengambil hati kamu. Malah sudah semestinya si dia juga berupaya untuk membuat hati kamu cukup bahagia apabila bersama dengannya.
Created by Miss Vanilla
No comments:
Post a Comment