Assalamualaikum w.b.t.
Aku ada baby pramatang. Usia kanndungan 7 bulan lebih je. Bila Fira lahir ke dunia je seakan-akan dialah yang akan menyelamatkan aku di akhirat. Lahir2 je Fira dengan berat 1.88 kg. Dan keadaan Fira yang kecil membuat hati jadi sayu. Yelah kan awal sangat nak keluar.
Aku terpaksa stay di hospital. Hari kedua aku dipindahkan ke NICU, dimana Fira diletakkan. Fira ditahan kerana jaundice selama seminggu. Alangkah kesiannye.
Detik paling yang tak dapat dilupakan apabila kali pertama Fira minum susu badan. Berdecap-decap mulut kecil menghisap susu. Lepas seminggu di NICU tengok nurse ambik darah then masukkan antibiotics kat Fira. Kecian..
Syukur kat pakar kanak2 yang handle kes Fira kasi green light untuk balik.
Dekat rumah, Fira menyesuaikan diri. Hehehehe..
Lepas sebulan badan Fira naik sebab minum susu badan. Dengan pipi yang tembam. Nur Zafirah lah bidadari kecil dalam hidup aku. Tiada yang penting dari Fira walaupun tiada kehadiran insan bernama ayah.
No comments:
Post a Comment