Assalamualaikum W.B.T
Baru perasan bila seorang hamba Allah mengatakan bahawa perjalanan hidup manusia bagaikan watak dalam novel. Aku? Novel genre mana satu? Seram? Cinta? Lawak? Entahlah aku sendiri pun tak tahu.
Cerita aku bermula apabila dihantar ke suatu tempat baru untuk menimba ilmu. Berjumpa dengan teman baru yang datangnya dari merata tempat. Ada yang peramah, ada yang sombong, ada yang aneh. Hehehehe. Kisah bermula disaat aku bangun pagi dan di tegur oleh seorang perempuan yang sama umur mungkin. Aku diajak berbual dan berkongsi kisah. Itulah Nuriza, budak Sabah. Dan aku ditempatkan di sebuah master room yang perlu di kongsi dengan 3 orang rakan yang datangnya dari Sabah. Diana, Joydiana, dan Nordiana. Bahkan kami merupakan satu batch dalam diploma of physiotherapy.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kami semakin rapat. Susah senang dikongsi bersama. Yang paling rapat dengan aku adalah minah Sabah, Ezah. Hehehe.. hanya dengan dia aku berasa selesa. Turun kelas bersama walaupun mengambil jurusan yang berbeza.
Kami mulai rapat apabila Ezah mengajak aku pergi tempat untuk berkaraoke di hadapan sebuah bangunan beli belah yang terdapat di Kuala Lumpur. Akhirnya aku jatuh cinta tanpa disedari. Dan tanpa mengetahui apa-apa seorang pekerja telah menghulurkan nombor telefonnya kepadaku. Dan aku kenali si dia, Shamsul Acol Asmat. Pemuda kacukan. Auww.. biasalah zaman remaja.
Pada suatu malam, Acol mengajakku ke tempat kerjanya. Dan membiarkan aku membawa seorang teman iaitu Ezah. Namun rancangan berubah apabila Diana memaksa untuk mengikuti kami.