우리의 관계

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 27 January 2014

Kehidupan seperti watak dalam novel

Assalamualaikum W.B.T

Baru perasan bila seorang hamba Allah mengatakan bahawa perjalanan hidup manusia bagaikan watak dalam novel. Aku? Novel genre mana satu?  Seram? Cinta? Lawak? Entahlah aku sendiri pun tak tahu.

Cerita aku bermula apabila dihantar ke suatu tempat baru untuk menimba ilmu. Berjumpa dengan teman baru yang datangnya dari merata tempat. Ada yang peramah, ada yang sombong, ada yang aneh. Hehehehe. Kisah bermula disaat aku bangun pagi dan di tegur oleh seorang perempuan yang sama umur mungkin. Aku diajak berbual dan berkongsi kisah. Itulah Nuriza, budak Sabah. Dan aku ditempatkan di sebuah master room yang perlu di kongsi dengan 3 orang rakan yang datangnya dari Sabah. Diana, Joydiana, dan Nordiana. Bahkan kami merupakan satu batch dalam diploma of physiotherapy.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kami semakin rapat. Susah senang dikongsi bersama. Yang paling rapat dengan aku adalah minah Sabah, Ezah. Hehehe.. hanya dengan dia aku berasa selesa. Turun kelas bersama walaupun mengambil jurusan yang berbeza.

Kami mulai rapat apabila Ezah mengajak aku pergi tempat untuk berkaraoke di hadapan sebuah bangunan beli belah yang terdapat di Kuala Lumpur. Akhirnya aku jatuh cinta tanpa disedari. Dan tanpa mengetahui apa-apa seorang pekerja telah menghulurkan nombor telefonnya kepadaku. Dan aku kenali si dia, Shamsul Acol Asmat. Pemuda kacukan. Auww.. biasalah zaman remaja.

Pada suatu malam, Acol mengajakku ke tempat kerjanya. Dan membiarkan aku membawa seorang teman iaitu Ezah. Namun rancangan berubah apabila Diana memaksa untuk mengikuti kami.

Saturday, 25 January 2014

My baby is premature baby

Assalamualaikum w.b.t.
Aku ada baby pramatang. Usia kanndungan 7 bulan lebih je. Bila Fira lahir ke dunia je seakan-akan dialah yang akan menyelamatkan aku di akhirat. Lahir2 je Fira dengan berat 1.88 kg. Dan keadaan Fira yang kecil membuat hati jadi sayu. Yelah kan awal sangat nak keluar.
Aku terpaksa stay di hospital. Hari kedua aku dipindahkan ke NICU, dimana Fira diletakkan. Fira ditahan kerana jaundice selama seminggu. Alangkah kesiannye.
Detik paling yang tak dapat dilupakan apabila kali pertama Fira minum susu badan. Berdecap-decap mulut kecil menghisap susu. Lepas seminggu di NICU tengok nurse ambik darah then masukkan antibiotics kat Fira. Kecian..
Syukur kat pakar kanak2 yang handle kes Fira kasi green light untuk balik.

Dekat rumah, Fira menyesuaikan diri. Hehehehe..
Lepas sebulan badan Fira naik sebab minum susu badan. Dengan pipi yang tembam. Nur Zafirah lah bidadari kecil dalam hidup aku. Tiada yang penting dari Fira walaupun tiada kehadiran insan bernama ayah.

Tuesday, 21 January 2014

My baby boo

Beberapa hari lagi dah nak masuk sebulan cik Fira comel saye nie. Huhuhu. Dah start nak check bulanan.

Friday, 10 January 2014

My little sunshine, Nur Zafirah

My baby was delivered at 23 December 2013. She was a girl. She born at house. I was take care of her at NSCU for 9 day. She only like breasts feeding than formula milk. She's my only angel.

Anakku Nur Zafirah